Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 11, 2010

Ngelepar

Dah lama tak update kisah si kecik. Lately si budak kecik tu kuat sangat ngelepar dan berolah. maksud dalam BM ialah tak reti duduk diam! Even for a minute. Hari tu kitorang semua gi klinik sebab aku, maid dan Si kecik tiga2 jangkit from papa before ni (now papa dah ok dah), kene batok and flu. Flu aku tak berapa sangat, tapi maid dan si kecik boleh tahan jugak runny nose nyer.

Alkisahnya masa kat klinik Si kecik takreti duduk diam. Dok asyik tarik tangan papa die nak ajak gi sana sini. Papa lak tengah nak kuarkan wallet from pocket, si kecik masih lagi tarik tangan papa. Dah banyak kali suh die "wait" and "stay still" tapi takfaham2 jugak. In the end ntah macamana die leh terhantuk dahi die kat coffee table yang ada kat situ. Nangis. Merah dah dahi. Tula, tak reti duk diam.

Pastu papa bawak die jalan2 sementara tunggu kitorang get the ubats. After a while papa bawak si kecik masuk klinik balik. Die start lagi dok jalan sana jalan sini pastu tarik tangan, berpusing2...non-stop.
One more time ntah cemana, die salah step, belakang kepala terhantuk lak kat kaki meja reception. Nangis. Lagi.

Kat rumah pun die macam tu. Memang tak faham langsung dengan arahan "wait" or "stay still" or "sit". Isk...makin besar die makin kuat perangai nakal. Anak baru sorang, tapi penat dengan kerenahnya teramat. selalu terpikir camne orang leh beranak sampai 10 orang. Kalau semua perangai n kelakuan macam yang sorang ni, camne lah ek?

Hmm, biasalah tu, budak kan. Umur baru setahun jagung mane nak faham cakap kita. Progress die tak banyak pun. Perkataan masih juga setakat tu je. Takde new achievement on saying words. Cuma die tau kalau kite tanye "where's your nose/ear?", die leh picit hidung die ataupun tarik telinga die. Hehehe..lucu je.

Lagi kalau disuruh ambil ball, give ball to mama/papa/kakak, go pick up car ke yang macamtu die bleh faham. Suruh ambil kain lap mulut yang penuh airliur die pun die tau buat. Sekarang ni suka tarik tangan kite ajak main, or die akan grab Stitch and paci pastu tarik tangan kite masuk bilik. Nak tido lah tu kot.

Dari segi makan, masih sama. Suka makan bubur dengan sup. Takde masalah. Susu la tu jugak, 4 oz je every nap. Kalau tak nap/tido, tak nyusu lah.

Hmm..tu jelah kot. Nanti update lagi on him.

Si kecik yang suka sangat Car

No comments:

Post a Comment