Wednesday, September 29, 2010

Levi's Curve ID

The other day my best friend asked me have I ever heard of Levis Curve ID? I said no, never heard of it. Then yesterday I found its ad in CLEO September which I bought end of last month. Hmmmph, it was me who didn't realize and read bout it... Cheh...!


Levis Curve ID ni keluaran terbaru Levis la agaknya. Tatau plak bile keluar tapi artikel pasal ni memang menarik. Ada 3 jenis:

If your jeans typically leaves a gap behind your waist, try the BOLD CURVE.
Blessed with an itty-bitty waist and some junk in the trunk? Celebrate your feminine curves with this fit! It hugs your waist without pulling or leaving a gap when you sit down.

If your jeans fits at the waist but isn't flattering, try the DEMI CURVE.
This is perfect for you! Flattering your waistline and perfect proportions, it enhances your shapely figure and gives a smoother silhouette.

If your jeans is usually too tight around the waist but fits everywhere else, try the SLIGHT CURVE.
Having a straighter figure doesn't mean you can't be sexy. This cut helps define and accentuate your curves by having a slim fit through the thigh area, which gives you a perky behind!

So which one are you? I'd definitely love to try the Bold Curve coz I always get the problem with a gap behind the waist whenever I'm trying a new pair of jeans. ;)

More info on Levis.

Tuesday, September 28, 2010

Back in KL

So now I'm back in KL. Bawak balik sedikit kek lapis untuk makan-makan dan jugak kut-kut ada yang berkunjung ke rumah ke. Huhu. Aku tunggu bila dah pindah ke rumah sendiri baru nak buat open house ke ape ke. Bile la agaknya tu ek? Tunggu si hubby kata OK.

Outfit balik KL.
Printed spaghetti top from Seed, cardi from Japan,
Jeans from Levis, heels from Charles & Keith,
accessories from Diva

Si Kecik

Sampai-sampai je KLIA, terus pecut gi rumah Nazreen, ex-crew AirAsia sebab die invite for 1st birthday party anak die Aaron. Jumpe la dengan ex-crew lain Zueryn datang dengan hubby dan Yati dengan hubbynye Anuar steward AirAsia gak, dengan baby diorang sekali BenGy. Sempat gathering la ni. Hehe... Apapun nampak cam semua masih maintainsss je...Hahaha.. masih kene jaga imej walaupun ex cabin crew...kukuku yelah tu...taklaaa, aku dah menggemuk. Adoi nak kene jaga makan ni.

Time keje AirAsia dulu takpernah pun nak diet-diet. Body tetap maintain la tu jugak. Walaupun melantak je keje. Berat tak juga naik-naik. Sampai ada crew tu masa fly dengan aku die dok sebok telek aku masa aku melantak dalam flight. Die tanye "Ko ni makan banyak-banyak, makanan tu pi mane?" Entahlah, keje penat kot. Sekarang bila nak makan je kene pikir 10 kali. Perut lak dah ada spare tyre campur lagi sebab dah beranak. Adei dei. Agaknya kalau aku pakai skirt merah AirAsia lama aku tu, mau nye takdapat zip, takpun baru pasang sampai peha dah takmuat!! Waaaaaaaaaaa!!

Si Yati dah jadik model, Zueryn lak ada business baju online dan si Nazreen tu bukak tadika. Aku lak? Bolehlah, ada rezeki sikit jadik freelance design. Yeke? Hahaha...tengah mencari-cari arah tuju. Anyway Happy 1st Birthday to Aaron! Buat geng-geng AirAsia, lenkali kite lepak lagi.

Mak-Chicks : Nazreen, Yati, Aku, Zueryn

Bengy, Aaron (Birthday Boy), Cuki (masing-masing busy sendiri)

Bapak-bapak

Saturday, September 25, 2010

Red on black

One of the latest edition in my closet is the red plaited belt. So for outfit kali ni aku match kan dengan black skirt from Cotton On.

polka top from Voir Exchange, black skirt from Cotton On,
skinny jeans from Nichii, heels from Charles & Keith,
red plaitedbelt from Parkson, accessories from Diva

A good point about plaited belt ni ialah pencucuk tu bleh cucuk kat mana-mana je, ikut seketat mana or selonggar mana kita nak takyah nak risau tak cukup lubang ke macam belt biasa.

Thursday, September 23, 2010

Flower and Turquoise

Tak banyak bawak baju balik Miri. So I tried my best to mix and match apa yang ada je. Masa packing dulu dah terus fikirlah jugak nak mix and match macamana baju-baju yang dibawak so that takdelah kelam kabut bila baju tu tak ngam langsung dengan skirt yang ada ke etc. Kasut pun bawak 3 pasang je. So this was what I wear when outing with sis-in-law ke Parkson.

Green basic tee and crochet vest from F21,
Chiffon skirt from Cantik La Closet,
Mary Jane pumps from Bandung,
Accessories from Diva



Seperti biasa terbeli sesuatu bila dah keluar. Cheh. Beli apa? Beli belt(s).

Blogshop: Tic Tac Toe

Ok, I admit last few days aku gila browsing blogshops and in the end submit order. Hampeh betul la. Ni plak aku tengah pikir-pikir nak beli ke tak. All from Tic Tac Toe.

Polka tutu skirt
Dapat inspiration from Yanny, so teringin gak nak ada satu.
Actually I like the pink one but sold out. Black je available. Gorgeous kan kan!


Vintage polka chiffon dress
Tataulah naper mata aku tertarik sangat dengan polkadot.
Ni pun nak jugak!


Denim vest
Ntahlah but nampak smart sangat! Must have in my closet. =p


Chiffon cardi
Sweet sangat, ni pun must have!


Red polka pleated skirt
Ni OBVIOUSLY nakkkkkkkkkkkkk sangat but unluckily me, dah sold out!!


What you guys think? Memang must have kan kan kan?!!!? Mak dah fening kapla ni.. =p

Wednesday, September 22, 2010

Stripey or Crochet?

Spotted these on blogshops:

Stripey cute dress RM42 from Dress2Dazzle.


Crochet neck floral dress RM42 from Project Love.
I like the brown one.

Which one is better?
Or shud I get both?

Tuesday, September 21, 2010

Can he stay 18 months forever?

Busy dengan Idulfitri lupe lak nak update progres si kecik at 18 mos.

1) boleh mengenali beberapa benda dan menyebutnya tapi sebutan belum perfect lagi. Antaranya:
moon = moo
balloon = boooon
ball = boooo
clock = kok
car = ka
star = ka
shoes/socks = sheshh
flower = wawe
bubble = ba be
rainbow = bo

2) boleh mengenali beberapa benda/haiwan tetapi belum pandai menyebutnya cuma tahu nak imitate. Antaranya:
train = huu huu (sambil tangan konon2 pull the cord)
dog = guk guk (buat bunyi anjing)
lion/tiger/monster = woooaaa (macam roar)
monkey = ee ee ee (takreti aku nak explain macamana die buat bunyi ni)
sheep/Timmy Time = deeeekkk (macam bunyi mbeekk)
cat = nyeeee (konon nak buat miau tapi tak menjadi, sambil lidah terkeluar2)
sun = angkat tangan macam dalam Barney bila nyanyi lagu Mister Sun, bebudak tu sume angkat tangan
elephant = tangan kiri pegang tangan kanan (pun ikut dalam Barney bila nyanyi lagu elephant, tangan tu jadi macam belalai elephant)

3) pandai menyebut nama panggilan beberapa orang ahli keluarga.
Papa = bakpa
Mama = bak bak kadang2 bakpa jugak, kadang2 mama
My maid = kaka (kadang2 ikut aku panggil nama As, die panggil Aaaaa)
Lydia/Yaya (anak kakak aku) = Kayaya
Luqman (anak kakak aku) = Aba (as in Abang, my sis and anak pompuan die panggil Abang)
Wa Doe (kakak aku) = Wawa
Bibik (maid kakak aku) = didik
Semua nenek2 = Nene (belum berapa pandai sebut actually tapi aku ada terdengar die sebut 2 kali)

4) Makan bubur 3 kali sehari. Kuantiti sepinggan macam dewasa punya portion. Hahaa..

5) Susu Pediasure masih 4oz every nap/sleep.

6) Suka imitate bunyi orang especially bila papanya bersin or hembus hingus dan sebagainya. Si kecik sibuk buat bunyi yang sama. Memang sangat lucu.

7) Masih nakal dan susah nak handle.

8) Suka makan Fuji Apple.

9) Suka makan kerepek dan makanan yang sewaktu dengannya. Yang macam keping-kepingan.

10) Apabila bertemu budak sama umur, suka nak share toys die, suruh budak lain main toys die.

11) Really likes car. And ball.

12) Obses tengok video dan gambar diri sendiri.

Yang pelik nye, 3 benda yang selalu dengan die sejak baby lagi die tak reti nak sebut. Iaitu Pepet (Paci), Stitch dan Barney. Musykil aku. Setiap masa kitorang sebut 3 benda ni.

Tiba-tiba aku terasa sedih bila mengenangkan si kecik akan membesar dan terus membesar. Walaupun die sangat nakal dan hari-hari pasti geram dan naik hangin dengan keletahnya tetapi aku amat suka si kecik pada umur ini. Sebab si kecik sangat cute. Dengan rambut mushroom. Dahla badan kecik. Dah besar nanti takkan sekiut sekarang. Pastu suka ketawa. Suka menyakat. Setiap kali nak tidur pasti nak bergurau dengan aku dulu.

Ok, I feel like crying now. I want him to stay as per now. Don't grow up too fast my son. :~(

Isn't he too adorable? :~(


Takut dengan pasir

Monday, September 20, 2010

The Pink Cardi


Tee from Hard Rock, pink cardi and ruched check skinny pants from Nichii,
black heels from Charles & Keith, handbag from Coach,
accessories from Diva

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya 2010


So hows your raya? Mesti meriah kan. Sesapa kat kampung pastinya lagi meriah dari yang di bandar. Hari Raya aku macam hari raya tahun-tahun sebelumnya juga. Tak banyak beza. Cuma sudah 2 tahun aku beraya dengan anak. Kalau dedulu raya berdua senang nak pergi beraya ke rumah kengkawan. Dah ada anak ni memang agak susah sikit. Kene ikut time anak la kan. Pastu kene hangkut mak bapak beg.

Tahun ni aku beli je baju raya yang dah siap. Biasanya aku mesti tempah kat tailor favorite aku. Ntahlah, mungkin aku rasa beli lagi murah dari tempah kot. Tapi bila dah beli ada sedikit rasa tak puas hati. Hahaha..Tahun ni memang simple sangat. Lagipun aku takde masa sangat nak survey-survey baju raya. Rasanya tahun depan aku tempah balik je la kot, kukukuku...

Aku balik Miri dengan si kecik dan maid aku beberapa hari before raya. Si hubby balik dua hari sebelum raya. Tu pun kebetulan diorang kene kasi cuti sebab masih dalam training. Kalau tak, ada kemungkinan takde cuti raya tahun ni. Seperti biasa aku mesti order kek lapis untuk family aku dan si hubby. Dulu aku tempah yang kat KL tapi merasalah kau nak bawak balik Miri naik belon. Sebijik kek dah berapa kilo! So kali ni aku order dari orang Miri je, nama dia Kak Faridah orang Pujut 4. Kalau nak no die pm je aku. Aku paling suka Chill Cheese Cake Oreo. Yang lain aku order rasa kek lapis biasa ler. Sama je rasa semua kek lapis tu. Beza cuma colour dan design je hehehee...


Raya kali ni aku tak visit rumah orang banyak sangat. Sedikit susah sebab anak dah umur setahun lebih. Kalau tahun lepas baru umur 6 bulan, amatlah senang. Baring je atas sofa die tak ke mana pun. Sekarang, adoiii...kene kejar sana sini dahtu kene berjaga takut die kacau segala balang-balang atas meja, dengan gelas air lagi...Mampus aku kalau pecah barang rumah orang. Tapi kadang2 aku amat hairan dengan tetamu yang datang beraya rumah bawak anak kecik, rilek je mak bapak die biar anak die kacau barang rumah orang. Caner tu ek? Makbapak die siap leh borak baik punya, takde nak jeling-jeling anak tu. Yelah kalau anak duduk diam takpelah jugak. Anak diorang dah pegi keluar masuk bilik rumah orang, panjat kerusi/sofa, berkejaran sana sini....emm... agaknya sampai ada barang pecah baru nak tinggi suara kat anak kot? Tak faham, tak faham. Nasib baik gak aku ada maid, dan maid aku tu alhamdulillah orangnya baik dan suka budak jugak. So die la yang dok kejar dan entertain anak aku kat rumah orang.

Apapun terima kasih kepada rakan-rakan/sanak saudara yang menjemput ke rumah terbuka mereka. Maaf kepada mana-mana yang kami tak dapat datang. Satu je lagi aku menunggu sehingga hari ini, bila lagi kitorang nak beraya rumah sendiri. Hehehe.. Aku teringin nak menghias rumah, buat kek dan kuih, menunggu tetamu datang, buat open house.... =p

Keluarga aku

Keluarga si hubby


Thursday, September 9, 2010

Syawal telah tiba

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta para pembaca blog ku yang setia. Semoga Syawal kali ini lebih meriah dan memberi banyak makna serta kenangan kepada anda semua. Kami memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap, terkasar budi bahasa yang pernah terbuat tanpa disedari, sesamalah kita bermaafan di Hari Raya yang mulia ini.

Selamat Hari Raya!!

Raya tahun lepas, baju pun warna coklat sama tahun ini, si kecik masih 6 bulan

Tuesday, September 7, 2010

Tips: Packing for Travel

Aku dah sampai pun kat Miri untuk cuti berhari raya bersama keluarga. Memang penat nak packing barang. Baju lebih banyak dari biasa sebab perlu tambah baju raya beberapa pasang. Sapa buat baju raya 10 pasang, kene tambah extra 10 pasang. Kasut pun kene bawak extra sikit.

Baju2 kurung aku semuanya kat KL. So kalau balik beraya memang kene bawak banyak. Baju kurung yang ada di Miri hanyalah set baju yang zaman dulu kala, zaman sekolah dan juga zaman universiti. Dan kebanyakannya mak aku dah sedekah kat sapa-sapa ntah.

Duit raya dah siap sedia. Cantik je duit baru tersusun rapi. Rasa macam sayang je nak guna. Eh tapi memang dah niat pun nak kasi kat mak bapak, nenek, cousin yang masih bersekolah, anak-anak buah...

Duit raya from aku and si hubby

Post kali ni bukanla nak crita tips ape pun. Saja nak tunjuk caner aku packing barang setiap kali traveling. Yela aku kan memang kaki traveling. Hampir setiap bulan pasti travel naik turun belon (airplane). Lagipun of cos memasing ada cara nak pack barang kan supaya senang kerja nanti. Takdelah tercari2 hilang sana-sini.

Amenities bag si kecik

Since kat rumah Miri dah ada shampoo dan shower cream for si kecik, jadi aku takperlu bawak from KL. Kecuali kalau travel ke tempat lain, barulah kene bawak saiz kecik. Dan lagi kene bawak berus cuci botol dan liquid wash untuk botol.

Luggage bag si kecik
Bawak diaper sikit je sebab nanti beli kat Miri


Mekap bag mama (complete)

Amenities bag mama

2 in 1 beg Doraemon + Beg mama

Baby bag ni hubby beli kat Aussie masa aku masih preggy dulu. Cukup luas dan trendy jugak. Oh, saja je nak promo, Angelina Jolie pun pakai beg ni. (Sebab tu aku beli, chehhh..) Oh brand dia Storksak. Barang-barang si kecik wajib ada dalam beg ini:
1) Susu
2) Air panas
3) Botol susu x 1
4) Botol air suam untuk minum
5) Container buah
6) Container assorted baby biscuits
7) Pacifier
8) Diaper x 2
9) Baju & Seluar extra
10) Baby wipes
11) Sanitizer
12) Tuala lap
13) Buku
14) Mini drawing board
15) Toy car
16) Sudu
17) Stitch hand

Mama's section:
1) Wallet
2) Handphone
3) Passport maid
4) Passport si kecik
5) Tiket flight
6) Compact powder
7) Lipbalm
8) Lipstick
9) Lipgloss
10) Sikat
11) Dentyne
12) Pen
13) Tissue

Luggage bags dan kotak yang dah siap sedia nak travel balik Miri!

Outfit naik belon: Loose top from The Long Sleeve Closet,
Ruched check skinny pants from Nichii,
Black heels from Charles & Keith,
Accesories from Diva

Si kecik dah ready tolak beg!

Sunday, September 5, 2010

I love my job

Hey, jangan ingat aku surirumah sepenuh masa! Di samping menjadi surirumah tangga (formal nye ayat aku), aku juga buat freelance design untuk company lama aku iaitu A To Z Language Centre. Promo jap: Sapa minat Jepun, bolehlah belajar bahasa Jepun kat language centre ni. Cikgu cikgi die memang best! Principal aka boss aku tu sangat baik orangnye, lemah lembut dan paling penting she is beautiful! Promo lagi: Nanti bulan December ATOZ ada menganjurkan Winter Course seminggu di Tokyo! Dalam masa seminggu tu korang akan belajar bahasa Jepun (ikut level masing-masing) dan juga ada banyak aktiviti yang dah disediakan untuk korang termasuklah pegi berlibur di Disneyland!! Tak ke masyukk tu? Tapi website tak kluar lagi pasal Winter Course ni, aku promo siap-siap.


Berbalik kepada tajuk di atas, Jumaat lepas aku attend meeting kat ATOZ. Staff meeting diorang buat every first Friday of the month la. Boss aku suruh aku datang setiap meeting supaya aku tau gak perkembangan office. Lepas meeting aku meet up dengan Japanese Teacher yang ajar Malay conversation ngan student Japanese. Terrer siot Mizuki san cakap Malay. Campur2 slang KL plak tu. Hehehe..Die ambik course pasal Malay Language masa kat universiti di Jepun dulu. Aku tolong die buat design untuk BM Lesson die. Sometimes she asked me lots bout Malay Language. So kitorang berborak dalam 3 bahasa, English, Japanese and Malay. Meletops!!

Anyway semua orang busy jadi taksempat and terlupa pulak nak ambil gambar dengan Mizuki san. Lainkali aku amik gambar.

Seperti biasa gambar outfit wajib ambil sebelum gerak ke office.

I'm wearing turqoise dress from Japan,
stripe cardigan and skinny jeans from Nichii,
black+turqoise heels from Vincci,
floral waist belt from A Model Xcess,
necklace from Diva,
unbranded bangles



I bought these super cool floral waist belts from online boutique A Model Xcess. Diorang ada boutique baju as well called A Model Studio. Kadang2 aku beli baju cantik-cantik with affordable price from this boutique. Check them out!