Sunday, August 29, 2010

Trend: Military Jacket

How To Wear Military Jackets

Military Jackets are so masculine, they should be paired with outfits that show the wearer’s femininity. Skinny jeans, dresses and tights are all great options. Pairing a Military Jacket with boyfriend or boot-cut jeans will make the look a little bit too militant.

How To Wear Military Jackets #1
Skinny Jeans offer a tight, slimming contrast to the broad structure of the Military Jacket. Pair with a tight, solid top and basic pumps to get a look similar to Victoria Beckham’s.

How To Wear Military Jackets #2
Pairing a Military Jacket with shiny leggings and studded heels gives you more of a rocker chic look than Skinny Jeans or a dress will. Make sure to find a t-shirt that hits mid-thigh and accessorize with long necklaces.

How To Wear Military Jackets #3
For a super feminine look, pair a Military Jacket with a full dress or skirt. For Fall, keep warm by wearing tights and boots or booties.

Courtesy of www.ssasychic.com


F21 long printed top, unbranded black leggings,
Nichii dark green military jacket, Charles & Keith off-white oxford booties,
Coach slingbag, Coach Aviator Shades

Friday, August 27, 2010

Who are they?


Who are they?
My lovely nephews.

Who is their mom?
Hubby's sister.

Names and how old are they?
The big brother, Ahmad Amin is 4 years old and the little one,
Ahmad Iman (finally dah ada nama :)) is just 17 days old.
Aren't they super duper adorable?

Balik Miri nanti tak sabar nak visit the newborn and the mother.
Apa agaknya reaksi si kecik bila tengok cute little baby nanti ek?


He calls flower, "wawe".
He calls moon, "mooooooo".
He calls ball, "boooo".
He calls shoes, "shesh".
He calls train, "wuuwuu" with one hand imitates pulling the cord
He calls his papa, "bakpa".
And he is my 18 months likes-to-throw-tantrums-mushroom-haired son.

Thursday, August 26, 2010

100th post

Eh..baru sampai post yang ke 100 rupanya blog aku ni.
Oklah sempena post yang ke 100 ni saya nak hadiahkan Cuppacakes from Wondermilk ini kepada pembaca blog saya! My favorite cupcake shop in the whole world!! Who don't?




P/S My favorite flavor: Chocolate chip!

Wednesday, August 25, 2010

Mix & Match (1)

Have you ever have an old blouse or pants which you keep wearing it with the same style over and over again? Everytime you wear that blouse, maybe you match it with only jeans?

The floral chiffon blouse from Voir is an old item in my closet, I think the last time I wore it was 2004... Iskkk lamanya aku takpakai blouse tu. Maybe sebab baju-baju baru semakin bertambah maka aku pun terlupa akan kewujudan blouse ini (kurang asam pulak melupakan barang lama yang telah berjasa, vintage tuh!)

So here it is, 1 blouse, 6 styles.


Left to right:
Style 1- Light pink inner blouse from Seed, jeans from Voir Jeans, heels from Charles&Keith
Style 2- White denim mini skirt from P&Co, skinny jeans and pink cardigan from Nichii, heels from Charles&Keith
Style 3- Unbranded yellow dress, dark red leggings from F21, heels from Charles&Keith

Style 4- Black vest from Nichii, unbranded red belt, washed grey jeans from Nichii, heels from Charles&Keith
Style 5- White loose top from P&Co, skirt from F21, heels from Charles&Keith
Style 6- Unbranded orange maxi, brown waist belt from Padini, pump shoes from URS&Inc.


P/S Sila ignore gambar yang tak berkualiti tinggi walaupun menggunakan camera DSLR. Sebab? Setting tak betul. Cheh..

Changes?

I've changed...

So do my blog....



(Entah ape2 ntah..)

Tuesday, August 24, 2010

Kene TAG (2)


Ok, ampunkan aku wahai kawanku kerana terlupa menunaikan apa yang telah kau tag kan aku. Huhu~ Seriously aku terlupa. Oklah ni aku kene tag oleh Puan Zila Zul...terima kasih, aku cuba menjawab soalan anda sebaik mungkin..

1) Apa nama blog dan kenapa letak nama tu?
Nama blog Love and Hate aku tatau nak letak ape sebenarnya. Main letak je. Takde idea tu. In the end aku malas nak tukar. Tapi aku rasa dalam hidup kita banyak benda kita love, banyak benda kita hate. Tipu la kalau takde hate langsung ye tak? So tula agaknya kot nape ku letak nama tuh.

2) Jelaskan kenapa dan bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda.
URL lak thelittleorangesocks.blogspot. Yang ni sebab masa aku tengah terpikir2 nak cari URL untuk blog aku ni, aku pegi tidurkan si kecik tu. Masa tu die pakai socks warna orange. Ntahlah terus je cam letak je la little orange socks. sebab kecit je socks die. comel. Heheh..

3) Bila blog anda mula beroperasi?
Em..first blog dulu dari Friendster punye blog, ntah tak ingat bila start. Kat blogspot ni first blog aku 10 December 2006. Pastu aku lama tak update. Last post aku on 29 June 2007. Biasa la..ada hantu MALAS kacau aku. Then aku rasa nak start balik blog tapi buat new URL and design sume, yang ni start 16 November 2009 until now.

4) Siapa follower pertama anda?
Kesian, blog aku ni takde peminat sangat. Huhu...Tapi ada jugak la follower. Terima kasih cik cik follower yang sudi mengikuti blog aku yang tak seberapa ni. Erm...aku tak pasti jugak sapa first follower aku, rasanya Cik yang bernama ~As~ kot. Mintak maap kalau tersalah orang ye.

5) Ucapan kepada si pemberi award.
Terima kasih Puan Zila kerana telah memberi award ini, huhu..hampeh je bunyi ucapan aku nih. Tatau nak cakap ape. Apapun, walaupun lama gak lost contact lepas Uni, aku sangat bersyukur kerana telah bertemu ko kembali di FB dan blog... Dan dapat kenal lebih dalam lagi dengan membaca blog ko. Eh ingat tak dulu masa orientation kat kolej tun fatimah, kite sama terpilih berlakon kan? ingat tak? aku lupe2 ingat lak...hehee. Anyway, aku doakan agar ko dan family sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki walaupun jauh nun di tempat orang. Raya balik tak?

6) Tag 9 orang yang patut terima award ini.
Aku takdela ramai kawan pun dalam blog. So aku tag sikit je so that diorang leh tag yang lain plak ye...
1- MommyMilan
2- Endun
3- Nurul cakapcakap
4- Shea

Monday, August 23, 2010

TAG

Tagged by MommyMilan. Thanks dear!


Soalan :


1) Jika sekarang anda ada RM 250. Anda nak buat apa?

Nak simpan for Papa's Birthday in October. Wanna buy something for him.


2) Cikgu kegemaran semasa tingkatan 3 dan kenapa?

Believe it or not, aku tak tau la aku suka cikgu sapa masa ni. Macam kabur2 saja ingatan aku ni. Aku suka Ustaz Fauzi kot. Eh Ustaz Fauzi ajar agama form 3 kah? Ustaz Fauzi best sebab understanding.


3) Subjek kegemaran semasa di Universiti?

Erm, the truth is I hated my course. Tapi aku cuma suka aku punya major - multimedia. Oh baru teringat ada satu subjek major multimedia tu aku suka, lupe lak nama dia. Tapi aku ingat aku suka sangat buat satu projek dalam subjek tu, buat Flash intro, brochure, namecard, letter header untuk business aku. Business yang aku create masa tu ialah resort hotel. Nama Hotel aku tu ialah Trublue Resort Hotel. Ceh...kalau dapat bukak hotel, memang kaya aku. =p


4) Perkara yang anda tak suka tentang sekolah?

Kalau sistem pendidikan Malaysia, yes aku tak suka. Ntah, cam hampeh je aku rasa. Banyak kali tukar bahasa Melayu/Malaysia sampai aku pun dah lost dah apa sebenarnya nama bahasa kita. Pastu sibuk pulak nak tukar Math and Science in English...dengar2 nak tukar balik in BM lagi, ye tak? Ntah aku takpaham. Kalau nak sangat student pandai cakap English, maintain je sekolah macam zaman dulu kala, zaman kakak aku dulu, semua in English. Kalau risau sangat nanti student tak pandai cakap melayu, then buatlah betul2. Jangan nak tukar banyak kali dan drastik atau tergesa-gesa. Dengar2 lagi nak mansuhkan UPSR dan PMR? Ntah, aku takpaham. Aku tatau la anak aku nanti masuk sekolah, macamana pulak sekolah masa tu. Em 2016 nanti. Eh keluar topik ke ni?


5) Apa yang anda risau?

1- Risau si kecik nenen takat 4 oz je. Umur dah nak masuk 18 months. Camne tu? Nenen only masa tidur je. Nasib baik makan ok.

2- Bila la dapat pindah rumah sendiri. Nak deco rumah sendiri. Nak invite kengkawan beraya kat rumah sendiri. Nak buat party/makan2 kat umah sendiri.

Itu je kot? So far life ok je. =)


Ok..sila tag 3 orang lain.


Korang ni kena tag:

1. Damiqula

2. Yanny

3. Zila Zul

Saturday, August 21, 2010

Girl or boy?

Saspen ke baca title post ni? Belum, belum lagi aku pregnant. Hehehe..

Teringat kisah lucu pada hari raya tahun lepas. Masa tu si kecik baru berumur 6 bulan. Kami bertiga dan keluarga ipar semua pergi ke rumah sedara mara untuk berhari raya.

Si kecik of cos memakai baju melayu pada hari tu. So nak dijadikan cerita gi beraya kat umah sorang ni. Biasalah semua nak tengok anak aku sebab baru first time diorang tengok kan since aku lepas deliver.

Masa tu si papa tengah bawak si kecik. Makcik sorang ni pun pi la picit2 si kecik sambil bertanya..."Girl ka boy ni?"

Si papa apalagi dahla jenis suke menyakat orang...die pun jawab balik makcik tu "Aduhhh....dah pakai baju melayu mestilah boy!!!" Makcik tu pun ketawa malu.

Aku sedar si kecik memang muka macam pompan. Sebab setiap kali jumpa orang, orang mesti akan bertanya girl ke? ataupun, girl or boy? Walaupun si kecik pakai seluar jeans n t-shirt ke. Tu belum lagi pakai dress or skirt. konfirm terus girl tu.

Teringat lak masa pegi klinik the other day, si kecik pakai seluar pendek and singlet je. The doctor referred him as "she". Hehhehe...

Aku takdelah kisah sangat pun, aku tau anak aku tu memang macam pompan lagilah aku nak simpan rambut die bulat macam mushroom. Ntahlah, aku suke budak laki rambut macam tu. Macam anak matsalleh rambut bulat selalu tengok dalam movie. Macamanelah rupa si kecik kalau berambut berus atau pendek ek? Korang rasa biar die rambut cendawan ke potong pendek berus? Hehhee..

Si kecik masa Raya tahun lepas. Girl or boy?

Fesyen rambut mushroom

Inilah rambut cendawan si kecik

Thursday, August 19, 2010

Menu berbuka puasa

Mesti pelik tengok blog aku ada gambar makanan.
Baca je, gerenti terliur. Yelah tu!

Hari ni buka puasa dengan spaghetti bolognese dan juga ayam goreng berempah.
Resipi ayam goreng berempah aku dapat dari resipi.net. pastu suruh maid aku buat.
Sebab aku attend si kecik tu. Kasi makan and mandi.

Bahan2:
1/2 ekor ayam
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 ulas bawang putih

Cara2:
1. Gaul rata kesemua bahan-bahan di atas. Perapkan buat seketika.
2. Goreng hingga masak.

Ayam goreng berempah

Spaghetti bolognese


Ini jelah menu aku bukak puasa. Sikit ke? Of cos ada masak nasi jugak. Sapa makan nasi, lauknye ayam berempah tu dengan sayur campur. Hubby ada kendo training from 7-9pm, balik nanti barulah die dapat makan. Tu pun skang ni die memang cut down nasik. Cuma makan lauk and sayur je. And spaghetti.

Aku pun diet sama. Fasting month is the best time to diet, no?

Perancangan masa depan

Tidak lama dulu aku dan laki aku pernah berbual-bual mengenai masa depan anak-anak kami. Eh apsal lak formal sangat ayat aku nih...
Kitorang bertukar2 pendapat tentang nak masukkan anak sekolah mana, bagaimana nak control sikap dan perbuatan mereka, apa yang patut kami lakukan untuk membantu mereka mencari arah tujuan hidup apabila besar nanti dan sebagainya...

So far inilah antara yang kami bincangkan. Apa yang aku nyatakan di sini adalah hanya daripada pendapat kami berdua dan bukan nak bersikap prejudis. Semuanya berdasarkan pengalaman kami dari kecil dan kami mahu anak-anak kitorang dapat mencuba atau menceburkan diri dalam sesuatu perkara yang kami tak berpeluang mencuba semasa kecil.

1) Untuk pre-school, kalau boleh dan mampu, aku nak hantar the kids masuk centre macam Q-Dees dan sebagainya. Kalau boleh taknak masukkan ke taska biasa. Entahlah..macam tak trust je.

2) Untuk sekolah rendah, aku akan pastikan the kids masuk sekolah Cina. Why? Sebab aku nak diorang pandai cakap Mandarin. Bagi aku bahasa ini adalah sangat berguna di Malaysia. Taknak masukkan diorang ke sekolah yang belajar bahasa lain. Seperti Tamil atau Arab. hehe.. Sebab, kalau pandai cakap Mandarin, nak carik kerja nanti kire senang jugak since boleh bercakap easily dengan customer Cina. Lagipun taklah buang masa selama 6 tahun bersekolah terus sekali dengan belajar bahasa Cina. Kalau masuk sekolah yang belajar bahasa lain, bukannya ada nak guna sangat pun kat malaysia bahasa tu. Betul tak? Ini pendapat kitorang la.

3) Untuk sekolah menengah, aku tak kisah lah nak masukkan die sekolah biasa ataupun sambung sekolah Cina.Sebab biasanya bila dah ada basic skolah rendah Cina, budak2 dah boleh fluent jugak cakap bahasa Cina. Apa yang penting, aku taknak the kids masuk Asrama. Aku selalu dengar parents cakap masuk skolah asrama bagus, sebab boleh independent, lagi mesti boleh score sebab asyik study je. But kenape aku taknak diorang masuk asrama? Sebab bagi kami, budak2 boleh juga belajar independent kat rumah. Yang penting, parents kena disiplin dan ajar anak-anak. Aku pernah duduk asrama. Laki aku budak harian. Tapi die jauh lebih independent dari aku. Dan study die lebih bagus dari aku.
Selain itu, bila the kids sekolah harian, lagi senang nak control dan tengok perkembangan. Lagipun aku taknak die terperap dalam kawasan skolah asrama je. Dan lagi satu pendapat kami, bila lepas SPM nanti pun diorang akan pergi jauh juga dari keluarga (maybe masuk Universiti overseas ke etc), so masa sebelum 18 tahun, seelok-eloknya spend time dengan family sebanyak yang mungkin. Sebab lepas university nanti tatau mereka akan jadi apa, mungkin kerja jauh, dahtu berkahwin dan pastinya semakin jauh dari family.

(Dari semasa bersekolah rendah) Selain bersekolah dan pergi buat aktiviti sekolah, kitorang nak the kids buat 3 jenis aktiviti luar iaitu:
- Martial art. tak kira belajar silat ke, taek won do ke, Kendo ke..
- Sports. Paling bagus, swimming. Atau yang lain seperti bolasepak atau basketball, depends dengan minat anak.
- Entertainment. Seperti piano, guitar, drum, dancing dan sebagainya. Ataupun kalau mereka berminat nak belajar language lagi, pun boleh juga. Japanese, French, Arabic etc...

Ini bertujuan untuk meng'expose'kan mereka kepada perkara-perkara fun yang mereka boleh lakukan. Supaya mereka mendapat idea walaupun sedikit, apa yang mereka hendak lakukan bila besar nanti.

Kalau kat rumah, kena ada disiplin jugak. Hanya boleh gunakan internet selama 2 jam dalam satu hari. Homework kene habiskan sebelum nak main internet. Aku taknak anak terlalu leka dengan internet, apatah lagi dengan adanya application macam Facebook, games dan sebagainya sekarang ni pasti anak-anak cepat leka.

Pastu satu lagi NO HANDPHONE! Until hmmmm...bila masa yang sesuai untuk ada hp ek? Mungkin dibenarkan ada handphone bila Form 4 kot. Itupun depends. Lagi kalau anak ada kelas/aktiviti kat luar, mungkin hp dipinjamkan sebentar dengan anak supaya senang nak call diorang. Pastu hp ambil balik bila dah balik rumah. Hp pun memberi influence yang besar terhadap bebudak. Lagipun diorang mesti ada hp pun untuk apa? paling-paling bersms atau berkontek dengan kawan-kawan dan juga boyfriend/girlfriend. Pastu duit banyak dihabiskan beli kredit. No No No No and No.... umur macamnilah kene diajar berjimat cermat walaupun ibubapa memang berkemampuan.

Lagi pasal duit belanja pula. Ini contohlah, masa sekolah rendah mungkin beri duit setiap hari. Tataulah ikut keadaan ekonomi masa tu la. seringgit ke 2 ringgit ke sehari. pastu sekolah menengah plak mungkin beri duit belanja untuk setiap bulan, contohnya RM50-RM70 setiap bulan. Jadi, diorang kene pandai-pandai guna duit tu dalam masa yang ditetapkan. Sebab kalau habis sebelum sampai waktunya, NO duit extra. so kat sini diorang dapat belajar financial management.

Ini semua adalah perancangan kami berdua untuk anak-anak kami dengan harapan kami dapat melaksanakannya suatu hari nanti. Yelah kadang-kadang benda yang dirancang pun tak semestinya akan betul-betul dilaksanakan. Kita cuma manusia. Tetapi it's very good to have a plan daripada langsung takde plan. Tak boleh jugak. Hancus nanti. Hehe...elok jugak aku jot down planning kat sini, mana tau suatu hari nanti aku nak refer balik apa yang aku dah plan. =)

Anak kembar ku Rais Dasuki & Rina Dasumi

Tuesday, August 17, 2010

Hari Jadi

Papa bawak aku and Si Kecik kuar gi Pavillion (dua L ke satu L ek?) nak carik hadiah for me. Papa jarang skit nak surprise kasi hadiah sebab die takut aku tak suke ke ape benda die kasik. hehehe..So papa prefer bawak aku gi beli hadiah yang aku nak dan suke.

Before hari jadi papa dah tanye dah nak apa for birthday. Aku pikir2 kemudian teringatla selama ni aku cuma ada satu je branded shades. Which is my favorite Dior shades yang salu aku pakai tu. Tu je la aku ade. Hehehe..aku memang susah nak cari shades yang sesuai ngan muka aku. Tatau lah kenape. Kalau masuk kedai spek, out of 20 specs maybe baru satu je yang ngam ngan muka aku dan aku berkenan. Yang lain mesti membuatkan muka aku cam kelakar je.


So kitorang gi Coach carik shades. Aku teringin Aviator shades. Oklah dah jumpa satu. Best! Suke sangat. Thank you so much papa I love you!!! (janganla muntah depan laptop tu!)

I'm wearing printed spaghetti strap top from P&Co, pink cardigan from Seed,
polkadot blue skirt from Cotton On, skinny jeans from Nichii,
pale pink studded heels from Charles & Keith,
Handbag and Aviator Shades from Coach,
Bangles and dangly earrings from Diva


Pastu jalan-jalan masuk lak Charles & Keith. Eh eh aku ni asyik je terdorong ke arah kedai kasut tu. Takde lain ke? Tup tup papa kata nak tambah apa lagi masih ada baki duit birthday. Eh orang dah sorongkan bantal. Aku suruh papa pilih heels for me. Jangan tak tau laki aku ni taste die boleh tahan. Most of the time, kasut yang die pilihkan untuk aku gerenti aku berkenan. Bukan je kasut, handbag pun die reti gak pilih. Dulu die pernah surprise kan aku beli handbag Coach kat Coach Airport Incheon, Korea. Eh baru perasan, beg yang aku pakai kat atas tu la! Mak suke!! Eh eh ni dah masuk kes puji laki sendiri ni. Takpelah laki aku kan. Tolong jangan muntah ye, bak kata Mama Harith & Najah. Dapatla dua ketul heels. Heels lagi! Tak boring ke korang? Eh sape yang shoe-aholic tu, takde perkataan boring tau dalam kamus!

Hadiah befday from papa~

Malam lak papa bawak gi dinner@bukak puasa kat Tenji Japanese Buffet Restaurant kat Solaris Mont Kiara. Gempak gak restaurant tu. Deco cantek! Food sedapsss~ Cuma...aku rasa choices of food tu kuranglah. Rasanya Jogoya Japanese Buffet yang kat Starhill tu lagi banyak choices nye. Em tapi Jogoya takde gerai takoyaki dan okonomiyaki. Cuma...(berapa kali nak sebut "cuma" ni?)...sayangnye takoyaki kat Tenji ni a little bit cam kering la. Camne nak cakap ek. Aku rasa takoyaki kat Jusco lagi sedap.


Si kecik memang kene bawak. Tapi jenuhlah layan kerenah die. Dahla buat bising, suka baling toys die. Aku dan papa siap bawak drawing board la, cars die la, and tak dilupa dvd player Barney die tu. Semua harta karun dah kluar dah, pun masih jugakkkkkk buat bising! Adeii...memang tak aman langsung nak makan.


Oklah tu je cerita harijadi ku yang ke 30. Eee laki aku masih 29 lagi. Cisss takble jadi ni kene jadi kakak sekejap untuk 2 bulan.

Unbranded Long dress from Bandung,
unbranded brown cardigan, pump shoes from URS&Inc.

Monday, August 16, 2010

Makcik dah 30!

Eh taknaklah mengaku makcik. Walaupun aku adalah makcik kepada beberapa orang budak kan! Panggil auntie glamer sikit kan. Eh apesal lak aku bukak crita pasal makcik ni?

Hari ni tahun ini dengan rasminya umurku telah pun naik satu tahun lagi. Dah pun masuk 3 series. Pada mulanya memang terasa macam ewwwwwww!! Mak dah 30 ke? Eeewww tolong! Bukan ape. Sebab rasa belom puas je masa berumur 20-an. Bila pikir2 tak banyak pun achievement aku dapat bila berumur 20-an. Sebab tulah rasa tak puas lagi. Lagipun masa single mingle lah paling best nak achieve banyak benda sebab takde commitment seperti gi belajar dancing ke, main piano ke, cooking ke ape ape lah...ceh ye ye je...

The biggest things/achievements that happened in my twenties were:
1) my beautiful wedding!
2) the born of my budak-nakal-suka-buat-muka-jaik-trademark-takde lain tu...
3) aku passed JLPT (Japanese Language Proficiency Test) Level 3.. tapi skang japanese aku dah mengureng sket la...
4) oh lupe lak, aku graduate fron University Technology of Malaysia? In Computer Science majoring Multimedia. Hmm..tapi pekerjaan aku taklah sebagai programmer pun. Jadi stewardess plak tu...ntah hape hape.. yang penting aku happy, tetap ada gaji kan?? Kasi mak jugak duit tu...
5) Graduate belajar make-up pengantin from make-up artist.
6) ape lagi? macam takde je..nanti aku pikir2 balik.

So since dah pun menjangkau umur yang tidak berapa digemari ini tetapi terpaksa lah jugak kan, aku nak cuba achieve beberapa target dalam umur 3 series ini seperti:
1) Nak ada 2 orang anak lagi! Preference: girl
2) Perlu maintain berat tidak melebihi 50kg. Err boleh ke?
3) Cuba pass next level in JLPT.. sayangla dah belajar setengah jalan kan?
4) Teringin nak bukak bisnes. Tapi tatau bisnes ape. Tapi tamau buat bisnes yang memenatkan. Bisnes make-up pengantin tu pun, tengok keadaanlah. Kalau boleh, nak jugak ada beberapa orang customer lagi.
5) Praktik lebih dalam bidang COOKING and BAKING!!!!!
6) Nantilah aku pikir2 lagi. Takde idea la pulak kan.

Yang paling penting bagi aku, walaupun umur dah masuk 3 series, luaran kene maintain 2 series. Ye tak? Jangan jadi makcik2. Hehehe..Kene ada gaya! Penting tu! Bergaya tak semesti nya mesti shopping bebanyak. Tak, tak perlu pun. Guna je baju yang dah ada pun boleh nak up kan diri. Yelah, kalau macam aku, aku tamaulah sampai orang cakap "tu ke bini pilot tu, eeee nampak tua dari laki die la, macam makcik la" and so on...aku kene jaga nama baik laki aku jugek! Kukukuku...alasan je tuh. Aku memang suka sangat bab dressing/make-up nih...nak buat cemana kan!

Oklah Happy 30th Birthday to me! HAPPY BIRTHDAY TO YOU WEDY!!
Kesiannye nyanyi sorang ni...weh jom aaaa nyanyi ngan aku!

Nanti update on what we did today! And the birthday gift and the dinner and so on.........

Eh tu bukan kek birthday aku, sumber dari google ye..

Sunday, August 15, 2010

Toys R Us @ Empire

Bosan2 di bulan puasa ni, aku, hubby and Rais gi jalan2 check out mall baru bukak kat Subang - Empire. Empire Shopping Mall ni bersebelahan je dengan Subang pParade rupanya. Dari luar memang nampak besar and design pun cantik amat. Ok jugakla mall baru ni tapi takdelah sebesar MidValley ke One Utama ke. Pusing2 dah sampai hujung je. Aku rasa setengah MidValley je kot luas nye.

Banyak gak kedai2 standard macam kat MidValley/One Utama/Sunway Pyramid. Ada banyak gak kedai2 kecik yang jual baju2 stylo tapi takde brand la. Brand nama kedai die je. Tapi harga punyalah.........!!! Ada satu cam jacket stylo gak la, tapi biasa2 je, cantikla bekenan la, tapi bile tengok rega.....RM229? Ok, sorry to say lah, baik aku beli jacket kat MNG ke.. hmmm ada TANGS gak kat situ. Oh, Charles and Keith pun ada! Tapi aku dengan berjayanya tak masuk kedai. Sipi-sipi je. Tengok2 display yang kat depan2 tu je...

Toys R Us main store die kat sini lah. Dulu kat Subang Parade, dah pindah kat Empire. Patut la aku tengok luas semacam je Toys R Us ni.
And banyak giler choices of toys.. Bukan je bebudak, mak bapak budak pun syok jugak tengok barang permainan kat dalam tuh.

Aku sempat gak curi2 tengok ada bapak budak sapa ntah syok sendiri main laptop budak. Siap tekan2 lagi nak jawab soalan budak umur 5 tahun kat laptop tu...kekekee...pastu bapak si budak Rais tu pun syok jugak checking out senapang pistol NERF die tu... hmm boys will always be boys. Aku ok je. Kenelah faham minat memasing kan. So that die pun faham gak minat aku dressing up and shopping! Ehemmmm.................!

Oh si kecik tu dapat kereta baru besar boleh masuk dalam and controlled by remote. Syok die! Lainkali amik gambar die dnegan kete baru nye.

Cuci mata kat TANGS


Batwing tunic top from F21, Ruched check skinny pants from Nichii,
Dark red waist belt from Sg Wang, Platfrom wedge from Charles & Keith,
Handbag from Coach Patchwork, Unbranded bracelet (long necklace actually)



Congratulations on Newborns

Tahniah buat anak saudara sebelah bapaku, Ratna serta suaminya, Kazmi kerana telah melahirkan baby girl pada 7 August yang lepas. Berat 3.4kg namanya Nurul Alya Akma....Eeeeee sangat comel! sebijik muka abangnya yang bernama Ariff! Sangat tomel!!!

NURUL ALYA AKMA


Lagi satu tahniah kepada kakak iparku Siti Aminah dan hubby Hadi sebab dapat baby boy pada 1 Ramadhan/11 August! Berat 3.5kg nama Ahmad *?*. Hehe... sebab belum ada idea lagi nak letak nama kedua selepas Ahmad! Baby Ahmad ni pun sebijik muka abangnya bernama Ahmad Amin! Adoi ni pun super duper cute!!

AHMAD *?*

Bila tengok orang ada baby baru ni kan, seperti biasa teringinlah juga nak ada baby baru lagi. Eeee sebok je kan. Orang ada baby baru, aku jugak nak ada baby baru. Owhhhh I love babies!! Doa-doakan untuk akulah ye. Teringin nak baby girl pulak. Ada petua? Jom share!

Wednesday, August 11, 2010

Ngelepar

Dah lama tak update kisah si kecik. Lately si budak kecik tu kuat sangat ngelepar dan berolah. maksud dalam BM ialah tak reti duduk diam! Even for a minute. Hari tu kitorang semua gi klinik sebab aku, maid dan Si kecik tiga2 jangkit from papa before ni (now papa dah ok dah), kene batok and flu. Flu aku tak berapa sangat, tapi maid dan si kecik boleh tahan jugak runny nose nyer.

Alkisahnya masa kat klinik Si kecik takreti duduk diam. Dok asyik tarik tangan papa die nak ajak gi sana sini. Papa lak tengah nak kuarkan wallet from pocket, si kecik masih lagi tarik tangan papa. Dah banyak kali suh die "wait" and "stay still" tapi takfaham2 jugak. In the end ntah macamana die leh terhantuk dahi die kat coffee table yang ada kat situ. Nangis. Merah dah dahi. Tula, tak reti duk diam.

Pastu papa bawak die jalan2 sementara tunggu kitorang get the ubats. After a while papa bawak si kecik masuk klinik balik. Die start lagi dok jalan sana jalan sini pastu tarik tangan, berpusing2...non-stop.
One more time ntah cemana, die salah step, belakang kepala terhantuk lak kat kaki meja reception. Nangis. Lagi.

Kat rumah pun die macam tu. Memang tak faham langsung dengan arahan "wait" or "stay still" or "sit". Isk...makin besar die makin kuat perangai nakal. Anak baru sorang, tapi penat dengan kerenahnya teramat. selalu terpikir camne orang leh beranak sampai 10 orang. Kalau semua perangai n kelakuan macam yang sorang ni, camne lah ek?

Hmm, biasalah tu, budak kan. Umur baru setahun jagung mane nak faham cakap kita. Progress die tak banyak pun. Perkataan masih juga setakat tu je. Takde new achievement on saying words. Cuma die tau kalau kite tanye "where's your nose/ear?", die leh picit hidung die ataupun tarik telinga die. Hehehe..lucu je.

Lagi kalau disuruh ambil ball, give ball to mama/papa/kakak, go pick up car ke yang macamtu die bleh faham. Suruh ambil kain lap mulut yang penuh airliur die pun die tau buat. Sekarang ni suka tarik tangan kite ajak main, or die akan grab Stitch and paci pastu tarik tangan kite masuk bilik. Nak tido lah tu kot.

Dari segi makan, masih sama. Suka makan bubur dengan sup. Takde masalah. Susu la tu jugak, 4 oz je every nap. Kalau tak nap/tido, tak nyusu lah.

Hmm..tu jelah kot. Nanti update lagi on him.

Si kecik yang suka sangat Car

Tuesday, August 10, 2010

Ex-crew mini gathering ;p

Semalam hang out dengan ex-crew AirAsia, Nazreen kat Sunway Pyramid. Dah lama gak tak jumpa minah ni. Last jumpa masa die tengah mengandung. Tapi semalam jumpa kitorang single mingle tamau bawak baby. Kalau bawak baby takleh nak shopping. Ooops..

Banyak jugak kitorang borak2 pasal life, pasal family. Teringat kisah2 lama masa kerja AirAsia dulu pastu dok gelak2 beramai. Die ni memang best. Kepala sempoi je. Boleh borak anything with her. Fly dengan die dulu pun memang best. Dalam flight ilek-ilek je. Hehhe...

Pastu lunch kat Teppanyaki tapi aku tak makan mende Jepunkat situ pon. Ntah diorang ada jual set masakan Portugis, yang pedas tu~ Tapi sedap la gak. Maaf gambar tiada. Huhu!

Sambil berborak keluar masuk kedai, paling suke masuk Nichii. Aku tak pernah masuk Nichi before this but to my surprise memang banyak my favorite style of clothing. Hmm, ada jugak tersangkut sehelai dua. Yeke sehelai dua? Takpe, kene berbelanja sebelum bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan kene tahan napsu dan banyakkan ibadah......

Oh just to mention, wishlist no 1 and no 2 dah accomplished! I got checked skinny pants, even bought same pattern two but different color, ok! Adoi! And blue striped cardigan! Yay!

Oklah selamat berpuasa to all muslims out there~ Bulan peluang menguruskan badan eh? Hehe..


Puan Wedy & Puan Nazreen

I'm wearing green basic tee and dark red leggings from F21,
unbranded white Cardigan, floral skirt from P&Co,
heels from Charles & Keith, favorite Coach Slingbag,
unbranded bangles, freegift necklace from Kerastase

Latest love~

Tuesday, August 3, 2010

Kisah Puasa & Baju Raya

Tak lama lagi bulan Ramadhan datang menjelang. Adusss puasa tak habis ganti lagi dah period ni. Bulan puasa tahun 2008 aku takdapat puasa langsung sebab pregnant. Pernah try puasa tapi takdapatlah, rasa nak muntah sebab perut kosong. Risau juga dengan keadaan baby dalam perut masa tu. Last year lak sempat ganti sikit jer sebab lepas pantang tak lama lepas tu dah bulan puasa balik. Bayar fidyah pastu tahun ni banyak gak aku ganti puasa balik tapi tu pun tak habis lagi. Adoiii.. Nanti kenelah bayar fidyah lagi dan lepas Raya kene ganti lagi puasa yang selebihnye tu.

Untuk Hari Raya tahun ni aku tak tempah baju seperti tahun-tahun lepas. Tahun ni tahun beli je. Baju Melayu Si Kecik pula memang dah ada, actually baju melayu tahun lepas. Kisahnye begini, raya tahun lepas dah belikan si Kecik tu baju melayu 3 pasang (untuk umur setahun). itu je paling kecik yang aku jumpa la. Tapi still besar sangat untuk die. Ntah macamana my mom-in-law gi Jalan TAR ade terjumpe kedai jual baju melayu budak yang lagi kecik la dan ngam sangat dengan Cuki! So, end up beli lagi 4 pasang baju melayu sama kaler jugak dengan yang besar tu (sebab baju aku & papa dah tempah). Sebab tula Cuki masih ada baju melayu 3 pasang kaler pun sama dengan kaler untuk tahun lepas. Sekarang baju melayu size umur setahun tu dah ngam dah ngan die, cuma seluarnye sedikit panjang. Tu bleh gi lipat and jahit sikit.

So aku belila 2 pasang baju kurung aku kat Semua House. Tak rasa sangat nak beraya lagipun papa cakap tahun ni die taksure dapat balik beraya ke tak sebab takbleh apply leave (sebab dalam training). So die cuma mungkin pulang kalau ada offdays in between je. Tapi haritu balik from training papa cakap ada Captain sorang ni bagitau diorang, time raya nanti confirm ada cuti 5 hari. So of course la papa nak pulang. Papa pun rasanya tak tempah baju melayu la sebab dah ada sama kaler dengan Cuki punye.

Aduss teringat plak nak kene beli kek lapis & biskut Raya nak bawak pulang Miri. Aku teringin sangat nak makan Kek lapis coklat Cadbury dari Kuching. Sedap sangat 5x!!!!


Monday, August 2, 2010

Sale! Sale!

This time, for below RM100 you can get 15 items!!! Like OMG rite??
Masa kuar beli groceries kat Jusco OU the other day, aku ternampakla longgokan baju2 dengan SALE sign nye kat satu sudut. Rupanya PADINI nye sale.. pastu bile makin dekat ternampaklah semua sign tulis RM6 & RM9!!! Like OMG lagi!! Apa lagi bongkarlah semua longgokan tu~

OK I KNOW, I'M DONE SHOPPING.

Will I?