Friday, February 26, 2010

Kisah Si Kecik


Malam ini rasa nak rilek-rilek lagipun Si Kecik tu dah masok tido awal. Barang-barang pun banyak dah dikemas, apa yang tinggal pun aku taktahu nak kemas bagaimana lagi. Nantilah kalau ada mood lagi baru kemas lagi. Aku memang busy lately sebab urusan pindah rumah yang telah pun selesai pada Selasa lepas. Sekarang cuma dalam proses mengemas kotak-kotak dan menyusun semula perabot. Sungguh memenatkan proses pindah rumah ini. Kali ini adalah kali ke 7 aku pindah rumah semenjak aku tinggal di Selangor/KL. Rasanya sejak tahun 2003. Yang geram dan tensionnya, pindah rumah kali ini bukanlah yang final.. kalau dah pindah rumah sendiri sebenar nanti barulah dikira final. Entah bila la tu~ Kalau ikut, rumah memang dah ada, tapi nak jual lah pulak, alasan sebab terlalu jauh dari KL, dekat ya amat dengan KLIA. Tapi so far belum ada buyer yang berminat. Selagi rumah tu tak dapat dijual selagi itulah jangan nak sibuk berangan duduk rumah sendiri secepat mungkin.

Berbalik kepada tajuk post kali ini, saja nak update gambar-gambar Si Kecik semasa dalam proses pindah rumah. Kita sibuk mengemas kotak, dia juga nak masok dalam kotak. Ataupun nak berjalan-jalan seluruh rumah dan mengutip benda-benda kecil yang berselerak. Dahlah dengan habuk lagi, dan sampah-sampah daripada kotak-kotak. Bila diletak dalam katil atau playpen kerana kami hendak mengemas barang, sekejap sahaja Si Kecik sudah mula ngek-ngek lagi minta diambil dan diletak di lantai..biasalah, bila sudah pandai berjalan, nak berjalan saja setiap masa. Walaupun tension dan stress dengan bermacam-macam kerja, tapi apabila melihat gelagat Si Kecik, rasa tension hilanglah juga..

Malas nak photoshop gambar-gambar jadi tepaksa upload satu-satu.
Dengan connection P1 Wimax yang sangat lembab malam ni menyebabkan proses upload gambar mengambil masa berjam-jam. Lembab mengalahkan si kura-kura. Tension lagi..


Si Kecik semenjak dua menjak ni suka belek buku. Tapi baca buku terbalik. Nanti ada masa nak pegi beli buku cerita besar untuknya (macam Milan).


Si Kecik dah pandai minum/sedut air dari botol air selepas dilatih selalu.


Si Kecik suka buat muka jaik (kata orang Sarawak) bila diambil gambar. Gigi pun nampak..


Si Kecik sebok belek kotak apabila kita mengemas barang ke dalam kotak. Sila ignore klip itu lagi.. (kali ini kerja pembantu rumah aku pulak)


Si Kecik sibuk ambil keluar makanan dalam tin yang dah disusun dalam kotak.


Gelagat Si Kecik bila diletak dalam katil (Masa ni baru je sampai kat rumah baru, movers tengah keluar masuk angkat barang)


Bergolek-golek dalam katil

Saturday, February 20, 2010

Drinking


Trying to get him to drink from bottle with straw, but he still doesn't really know how to suck the straw properly. Macam susah je Dacchi nak hisap straw. Air pun keluar sikit2 pastu die marah...

11 months ++

Dacchi's progress:
  1. Steadily walking and starting to run
  2. Still depending on pacifier to sleep or to cool down (if crying or marah2)
  3. Still drink 4 oz of milk
  4. Eats 3 meals a day
  5. Dah pandai makan bubur nasi
  6. Pandai menyakat and laugh together
  7. Zero in saying words
  8. Knows how to climb (coffee table/sofas)
  9. 4 teeth (2 above, 2 below) - tapi belum tumbuh sepenuhnya
  10. Likes to read books (asyik tak sempat nak ambik gambar!!)



Thursday, February 11, 2010

Busy week

Wow..this is the busiest week so far.. A lot of stuff need to be done and in the same time I have make-up classes that need to be finished before March! And also need to plan and prepare for Dacchi's birthday party in March. But then when I checked my schedule, seems that I have to finish all make-up classes before 24th Feb coz we're going to move on that day!!! Oh my! And, I just realized that we only started packing yesterday! And I had to cancel my Japanese classes for February just because of this!

We've packed only this so far....


This is how our storage room looks like after we moved out some of big boxes.


Some stuff for Dacchi's birthday party we bought..


We just collected the invitation cards from the shop.


Preparing the guest lists for both Aqiqah and birthday party.


Oh my! My schedule for the week is almost full!


This is what si kecik has been doing while I busy doing stuff.. (ignore the hair clip..=p biasalah kerja mamanya)


And of course, I still have time to fb and blog!

Friday, February 5, 2010

Make-up Tutorial Video

Hi guys, at last I've uploaded make-up video tutorial successfully. Please scroll down to the previous posts to view it! Have fun!

Stress?

Apa yang anak anda lakukan sehingga menyebabkan anda stress atau tertekan dan naik marah?

Jom kita diskus pasal topik ni. Ye, memangle semua budak-budak nakal, sehingga menyebabkan ibu bapa stress, tapi pernah ke kita diskus sesama ibu apakah perkara-perkara yang anak kite lakukan sehingga menyebabkan kite stress atau naik marah? Elok kita luahkan dan bercerita dan kemungkinan dengan cara ini kite sama-sama dapat berbincang cara mengatasi dan di samping itu Insya Allah stress dapat dikurangkan setelah kite bercerita. Betul tak? Aku mulakan dulu...

  1. Dacchi susah nak tido. Dacchi ni suke sangat tahan matanya dan masih mahu bermain tetapi dah mengantuk sangat. Lepas tu akan merengek-rengek minta didukung, tetapi apabila didukung nak turun pula. Bila nak turun tu die siap buat aksi melunjur (kaki diluruskan dan menolak perut aku) supaya kite melepaskannya ke bawah. Pastu merengek-rengek lagi. Masa ni, kalau nak kasi nenen, jangan haraplah, gerenti ditolak. So bila bawa masuk bilik, nak tidurkan atas katil, die pusing kiri kanan. Memang restless. Aku pun takfaham. Dah ngantuk, tido je laa...Ini tidak, pusing kiri pusing kanan, aku rasa kalau dikira boleh sampai 50 kali die berpusing-pusing. Kemudian die ketuk-ketuk kepala sendiri, tarik lengan baju, hempas Stitch hand.......Situasi ini akan berlarutan sehingga 10 hingga 15 minit, kadang-kadang die akan berpusing nak bangun. So setiap kali nak bangun aku tahan kaki die. Hehehe..jahat jugak mama die ni. Kadang-kadang bila die betul-betul penat, selepas 15minit baru die akan berhenti dan mula nak tido (kata orang sarawak, renah dan layap). Itupun kadang-kadang sampai setengah jam barulah betul-betul tido. Paci tu memang wajib. Tapi kebiasaannya, dalam masa 10 hingga 15 minit die berpusing-pusing dan nak bangun tu, aku akan fed up dan bawak die keluar ke ruang tamu lagi. Sebab taknak tido, so bermain jelah. Tapi bermain dalam keadaan merengek-rengek dan marah-marah...Sapa tak stress? Hahaha....
  2. Susah nak nenen atau takmau nenen. Maksimum Dacchi dapat nenen ialah 5oz. Itupun siang hari. Kalau malam biasanya 4oz. Tapi ada masanya musim taknak nenen tu datang, so masa ni kuantiti susu nya menurun paling teruk sehingga 1oz!! Dan, kuantiti nenen dalam satu hari masih tetap sama. Kalau nenen sikit tapi banyak kali itu takpe la jugak kan. Ini tidak. Kalau kebiasaanya, die akan nenen 5oz 3 hingga 4 kali waktu siang dan 4oz 2 kali di tengah malam. Dalam satu hari dia akan nenen sebanyak 5 hingga 6 kali sahaja. Makan 3 kali sehari. Kebiasaannya juga die akan NAK nenen sepenuhnya bile dalam keadaan setengah tidur. Maksud aku bile kite tidurkan die, sebelum die tidur nyenyak (petanda: kalau paci dah jatuh sendiri dari mulut die maksudnya dah tido nyenyak), kene kasi susu, barulah die nak nenen. kalau awal sangat, die akan reject. kalau terlambat sangat pulak, die dah nyenyak, so jangan haraplah die nak hisap, padat teats macamana pun die dah tak sedar so tak hisap ape-ape. Satu lagi, kalau die tengah kusyuk tengok Barney pun kite boleh kasi susu, die nak nenen tapi biasanya mesti tak habis. Susu Dacchi memang selalu tak habis. Even malam. Gerenti ada lebih 1 oz atau kurang dari 1 oz. Aku pun tak faham. Ke die ikut perangai aku dulu-dulu makan selalu tak habis? HAhaha.. Paling teruk sejak kebelakangan ni die memang taknak nenen, malam semalam nenen 1oz je pastu memang taknak nenen langsung. So banyak susu terbuang sejak kebelakangan ni. Adoi...stress stress..
So far dua benda ni la yang paling aku stress dan mudah naik marah. Hahhaha.. Yang lain kalau pasal nakal ke tak kisah sangat. Memang die suke kacau barang, walaupun aku cakap "No!" die tetap ambik jugak. Kalau dari segi makan, die ok. Memang dari 6 bulan die makan ok. Cuma ada sekali je die tak berapa nak makan. Ada orang kata kalau die makan banyak, die taknak susu. Tapi tak jugaklah sebab sebelum ni die ok je makan dan nenen. Even kadang-kadang selepas makan pukul 5.30 ptg, kalau die tetido jam 6.30 atau 7 ptg, die boleh habiskan nenen 5oz. Cuma kebelakangan ni taknak nenen. Mungkin sebab die tak sedap badan dan flu sedikit. Demam dah ok dah pagi ni aku check, flu or blocked nose cuma waktu malam.

Apa kata kengkawan yang lain? Jom kita berkongsi cerita. =)

Gambar hiasan: Terjatuh semasa berjalan dengan cepat.