Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Dua petang di beach

Kalau dah balik Miri, ofkos kene pegi beach. Dah beach dekat nak mampus pun malas nak pegi. So last weekend on Saturday, aku bawak si kecik, Yaya (my niece) and my maid to the beach in Miri which called Esplanade. Kat sini memang ramai family bawak kids gi lepak2, ada jugak geng-geng mat mot duduk lepak2, ataupun couple2 lepak menikmati angin sepoi sepoi bahasa..

Sebelum gerak ke beach, aku singgah dulu kat Merdeka Mall yang tak jauh dari rumah kakakku untuk beli beach tools for si kecik sebab die tak pernah ada pun since penakut dengan pasir. Kali ni aku nak pastikan die berani bermain kat beach..yelah nama je budak Miri tapi penakut dengan pasir..ape la...

Mula-mula si kecik memang takut gile nak pijak pasir..adoi anakku ini. Takut ya amat. Aku, Yaya and maid terus je duduk atas pasir dan bukak slipper bagi si kecik tengok dengan harapan die tak takut la..si kecik masih berdukung dengan aku, kitorang pun mula la korek2 tanah dengan beach tools yang baru dibeli. Si kecik pun tengok dan dah start nak pegang2 beach tools.. aku letak die kat pasir tapi masih pakai slipper lagi. Slowly aku letak pasir kat kaki die, tu pun die jerit2 marah and takut. Slowly die bermain dan mula excited die dah lupe dah. Then slipper sebelah tertanggal die bising, then aku pun cakap semua orang tak pakai slipper. Then pastu die pun bukakla the other slipper. Okla jugak die bermain...tapi takut dengan air jugak..


Si kecik sebut startfish --> papish ka (starfish star)


Hubby balik Miri malam tu, so Sunday aku ajak hubby bawak si kecik and Yaya ke beach lagi. Yaya pun sangat excited main air and pasir. Aku pun excited sama! Eh sapa tak suka buat sand castle? Tapi aku tak retilah nak buat sand castle so korek lubang buat bridge je. Huhu...

Sunday lagi ramai orang kat Esplanade. Air plak pasang so beach jadi pendek je. Yang pelik nya si kecik pandai takut balik dengan pasir. Cheh...bukan main lagi the day before bermain dengan seronok sekali... sekali lagi die berdukung dengan aku tamau turun. Kaki pun takut sentuh pasir.. ape la...sekali lagi la bab pujuk memujuk. In the end berjaya jugak.


Sangat seronok menyakat - siram air kat aku tapi sendiri yang basah...
hehehehe...

dah basah dah...

buat bridge je lah...

tapi bridge roboh..

anyway mission accomplished - berjaya bawak si kecik main kat beach tanpa takut.

Thursday, March 17, 2011

Birthday Wishes and Pray for Japan

Today is my mom and my auntie's birthday... Mak, Happy 61th Birthday! Mok Lily, Happy Birthday (takpasti umur berapa)! Semoga emak dan Mok Lily dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan aku. Aku tidak akan melupakan jasa baik emak selama-lamanya..

Mak (pakai tudung) and Mok Lily


Japan Earthquake and Tsunami

Genap seminggu selepas terjadinya earthquake skala 9.0 Richter dan tsunami yang melanda Japan...Earthquake yang paling teruk yang pernah terjadi di Japan. Masa ni, boss aku Nishio Sensei berada di kampung nya di Gifu near Nagoya. Kat Nagoya tu tak berasa sangat tapi apabila die tengok news, memang terkejut besar, shocked...

Kawasan Sendai memang musnah habis...Aku amat bersimpati dengan Japanese. Kalau ikutkan sebenarnya kami 3 beranak + cousin hubby + my parents-in-law nak pegi Japan 8th April ni untuk vacation....flight tickets and hotel semua dah booked...Memang frustrated jugak sebab terpaksa cancel the whole trip. Yang paling kesian kat cousin hubby, dah 2x kitorang nak bawak die gi Japan since last year tapi tak jadi jugak. Last year tak jadi pegi sebab Cuki baru kluar hospital. Tahun ni plak dah elok2 semua ok, Japan plak kene earthquake and tsunami. Apa boleh buat, ini semua kuasa Allah, pastinya ada hikmah di sebalik semua ini.

Since trip Japan kene cancel, maka alternatif destination kene pikir. Dah alang2 hubby susah2 dapat leave..maybe lari ke Europe je kot.. We'll see...

Kepada yang takdapat memberi sumbangan duit kepada Japan, marilah kita sama2 berdoa untuk orang2 Jepun agar mereka dan kaum keluarga terselamat dari bencana itu. Aku harap aku dapat menjadi keluarga angkat kepada anak2 Jepun yang kehilangan keluarga akibat bencana...Let's pray for Japan!

Semua musnah...So sad...

Bayi 4 bulan terselamat!

Thursday, January 13, 2011

Kisah rambut~

Sebenarnya dari kecik sampai ke universiti aku selalu berambut pendek. Paling panjang pun takat bawah bahu sikit. Memang tak pernah rambut panjang mengurai takat pinggang. Masa pertengahan kat UTM aku membuat keputusan untuk menyimpan rambut panjang. Nak konon-konon ayu gitu la. Ada pernah sekali panjang pastu first time lak aku buat curl...tapi buruk giler la... hahaha...zaman tu tak reti nak berfashion lagi. Taktau style ape yang cantek.. Memang kelakar gile. Jom lihat gambar aku zaman dedolu. Gelakla korang puas2 ye~

Zaman sekolah. Takpayah cakap banyaklah, muka budak baik gile.

Tahun SPM 1997.

Zaman universiti, rambut pendek gile noks.

Zaman universiti, ni zaman bercintan cintun dengan hubby mak.
(Hubby mak kurus ya amat ^O^)

Masa graduate hubby. First time nak curl. Buruk aaaaaaa...
gelakla korang puas-puas.. sebab aku pun nak gelak ni..
muahahahahhahaha....


Rasanya aku determine nak simpan panjang ni masa graduate kot. Pastu masok kerja AirAsia masih pendek lagi. Masa tulah aku pun simpan rambut and cuma potong2 sikit je nak kemaskan. So kire lama la jugak aku berambut panjang sampai pinggang gitewww..


Masa gi Bali untuk promo AirAsia, rambut baru nak panjang.


Betul-betul panjang since 2005 kot? Pastu tak pernah potong pendek lagi. Sepanjang berambut panjang, aku biasanya maintain rambut straight je, aku gi buat rebonding. Ntahlah senang nak jaga kot.

Mak gi Manchester tahun 2006, rambut panjangs gitew.
Mak sukewww..

Pegi Bali lagi tahun 2007 kali dengan hubby mak. Dah kahwin ok.

Ada satu masa tu aku berkenan rambut loose curl. So gi la buat digital perm. Masa mula2 memang tak berapa cantek sangat sebab baru la, jadik curl tu tak nampak natural. Nampak macam makcik jual sayur je aku tengok. Dah beberapa bulan barulaa nampak natural loose2 curl gitu. Tapi bile rambut curl ni high maintenance la sket. Kene pakai syampu untuk curly hair, pastu lepas cuci rambut nak kene letak cream untuk jaga curl tu.. tapi aku suka jugak rambut curl ni sebab senang jugak kot sebab bangun tido rambut dah curl2 cantek gitu..kalau ponytail pun comel je ada curl2...

Gi Japan 2008 rambut mak curl...comel kan?? Kan??

Masa preggy mak masih rambut curl.

Dah ada baby pun masih lagi, tapi curl tu dah semakin loose...

Lepas 2 tahun berambut curl, aku dah bosan and rebonding balik. Kali ni aku potong bangs macam anime. Hahahaa...nak buat ala-ala kiut konon. Ntah tak menjadik pon.


Dah boring dengan bangs, nak pulang simpan rambut depan. Jangkamasa nak tunggu rambut depan panjang nilah yang paling sakit hati. Sebab taktau nak style kan macamana. Sekejap sepit rambut ke atas. Sekejap letak tepi. Takpun pakai hairband ke...


Dah 2 tahun berambut straight bosan datang lagi. Sepanjang 2 tahun ni lebih dari 50 kali aku terpikir nak potong pendek, tapi sayang. In the end tak jadi potong, cuma trim sikit2 je. Tetap rambut panjang. Bosan datang lagi suruh hairstylist blow curl je.


Sekarang memang dah taktahan lagi rambut yang sama, nak tukar style lain tapi MASIH tak pasti nak potong pendek ke nak permanent curl macam dulu lagi?? So in the end, this is my new look. Ok tak?

Polka dress from TicTacToe
pink cardi from Nichii
scarf from Jalan Masjid India
Belt from (can't remember)
pumps from Charles & Keith
LongChamp handbag

Monday, January 3, 2011

Jalan-jalan cari laptop

Hari tu aku and hubby pegi Plaza Low Yat nak carik laptop baru untuk aku. Sebab laptop lama aku tu dah start bebunyik-bunyik, aku rasa from hard disk kot. Dah lama jugak start bunyi ni tapi on and off but lately je die continuosly berbunyi...aku pun risau tahap gaban sebab any time laptop aku tu bleh crash ke ape ke...

My old laptop brand is Lenovo. So far I think I like to use Lenovo more than HP brand. My very first laptop was HP but crashed lepas kene lightning masa hari hujan. Chehh... So laptop Lenovo ni aku pakai for about 2 years gitu la. Die dikira netbook la sebab kecik je screen 10.1". Okla, aku suke sebab sedap pakai and keyboard pun sedap nak type. Aku pernah gak pakai brand lain (lupe lak ape) kakak aku punye netbook, tapi macam tak best je. Screen die macam something wrong je.

My old Lenovo

So I've decided nak carik Lenovo jugak lagi for my new netbook. Ada satu jenis yang dah lama jugak aku berkenan since aku tertengok kat kedai Lenovo di MidValley few months back. So yang nilah aku beli. Dah tengok2 brand lain tapi cam tak besh je.

This is my new cute netbook..pink color giteww...mak suke...
Lenovo Ideapad S10-3s
Asal nampak besar je netbook ni dalam pic ni ek?
Tapi kecit cinonet je sebenarnya.

Papa pun terbeli jugak since his old laptop ada jugak masalah here and there.

Sementara menunggu orang kedai tu install some stuff kat lappie, kite makan dulu.

My favorite 1901 hotdog, Texas Ted!

Gi beli external hard disk
(Aku beli sebab nak save important documents
and files untuk backup sekiranya laptop crash)

Seagate external hard disk 320GB...RM159

Lappie lama aku guna Windows XP. I loveeee Windows XP. Sangat stable and very user friendly. Windows Vista aku tak suka. Banyak problem jugak. So untuk netbook baru ni, the platform used is Windows 7 Starter (mostly for netbooks). Windows 7 Starter ni banyak juga limitation nye. Boleh check out kat sini. Paling mak tak suke ialah tak boleh nak tukar2 wallpaper. Ntah hape ntah itupun tak dapat nak include. Kesian betulla kat pengguna netbook sekarang terpaksa berdepan dengan wallpaper original kaler biru tu je sepanjang hidup.

Tengokla wallpaper original Windows 7 Starter tu...
macam nak sakit jiwa je tengok sepanjang hidup takbleh tukar-tukar tau.

Walaubagaimanapun, disebabkan limitation seperti inilah maka adanya orang-orang yang baik hati mencipta freeware software untuk tukar wallpaper. So aku pun download lah software ini yang bernama Oceanis Change Background Windows 7. Donlodlah kat sini.

Ni la interface nye..

Ok gak software ni boleh set kan supaya wallpaper kite bertukar gambar lain setiap seminit ke 5 minit ke sukati korang nak set.

So skang bolehla nak letak gambar hemsem Lee Min Ho..
hemsem kan? kan? mak suke terlampau!

Tukar-tukar dengan gambau macho, sexy and body ketul-ketul si Jake Gyllenhaal ni..

ataupun letak gambo minah sexy mengancam Angelina Jolie ni...

Yang lain aku tak explore habis lagi Windows 7 ni. Hopefully takdelah banyak sangat mendatangkan masalah disebabkan limitations tu. Kalau nak install Windows 7 Home Premium pulak nanti jadik slow plak netbook. Apapun aku cuma guna netbook mostly for internet and buat kerja design aku guna Photoshop, tu je. Takdelah berat sangat kerja design aku tu. Kalau yang berat-berat of course lebih bagus guna Mac la kan.

Ok itu je entry kali ini.

Mak punye outfit:
Red top from Seed
Military vest from Nichii
Short jeans from Voir Exchange
Unbranded belt
Heels from Vincci (NEW!!!)

Tuesday, December 28, 2010

2011: Tahun pengubahsuaian rumah!

Dah lama tak update blog. Lately busy dengan planning and discussion pasal rumah baru. Yepp, rumah kitorang tu actually dah lama siap, dah setahun lebih dah but intention nak jual coz rumah tu kat area Sepang. Ingat nak carik rumah baru somewhere in the middle of KLIA and KL la. Dah pakai agent dah, hubby pun dah post up nombor tepon kat MAS dah. Ada yang interested tapi end up tak jadi beli. Taktaulah sebab terlebih budget dorang ke, loan tak approved ke. So in the end aku and hubby decided pindah je kat situ la. Lagi best, rumah sendiri. Dan lagi bleh design-design. Bleh buat ala ala deco bersama Eric gitu. Bile dah pindah nanti bleh la nak gambar2 ala model sebab rumah dah cantik....kanss....

So of course planning and discussion makan banyak masa. belum lagi renovation tuh, mau jugak beberapa bulans. Taktau la bila leh masok rumah baru. Cuma aku harap dan kalau bleh, aku nak dah pindah by June next year la....Kalau boleh laaa!

Suke gile mak nyah, bleh planning nak konsep cemana, nak theme color ape...banyak nak buat. Living, dining, kitchen, bedrooms...fuhh... Yang best nye, aku nak turn guest room kat bawah tu jadik Kids Play Room. Letak la slide kecik, khemah, dan segala mak bapak toyskat situ la. Pastu guest room la guna bilik kat atas. Sebab idea aku and hubby, bila anak yang paling last nanti cecah umur 7 tahun gitu, confirm dah tamau main kat kids play room lagi. Yelah dah besar la konon kan. So barulah room tu tukar balik jadik guest room. Dan guest room temporary kat atas tu tukar jadi bilik anak. Sebab sebab masa diorang masih toddler, gerenti tidur kat master bedroom! Pehh...kacau daun je kan. Nak buat projek pun kene tunggu budak dah tidur nyenyak. Cheh..

Oh ye, rumah kitorang tu ada 5 rooms + a maid's room and 5 bathrooms. Tanah lak ada extra 10 ft. Plan nak move original carporch to the other side of the house. So that carporch lagi besar dan luas. Gate pun kene ubah la sebelah sana jugak. Lagi nak tambah koi pond kot...Hmmm memang tak sabar nak pindah!! And harus beli mak bapak magazine rumah ye, Home Decor, Renovation, Anjung Seri, Impiana dan ape-ape la...

Enjoy the photos!

Rumah dari tepi

From front (Ignore orang2 tu...Tu si kecik masih kecik lagi hubby dukung)

Living area yang luas sambung ngan dining..


Ni extra 10 ft land kat tepi rumah..

Master bathroom ada jacuzzi! Pehh ala-ala berendam pastu letak candles and rose petals laa..

Busy busy busy planning and designing!

Tuesday, December 14, 2010

Fasuto Fuudo....

Tak paham tajuk post aku kali ni? Bahasa ape tu? Hehehe itu adalah perkataan English yang telah diJapanesekan! Perkataan asal ialah "Fast Food", tukar jadi Japanese, "Fasuto Fuudo".

Actually itu adalah tajuk karangan untuk kelas Japanese aku yang bermula semalam. Setelah sekian lama aku tak pegi kelas, maka kali ini aku bersungguh-sungguh nak sambung balik. Dulu aku habis takat Intermediate III. Sepatutnya seterusnya ialah Advance I. Tapi sebab lama takde kelas, maka sekarang dah ingat-ingat lupe pulak lah kan. So boss aku aka cikgu aku, Nishio Sensei berpendapat kelas kali ini mula dengan Intermediate. Buku pun dha tukar lain sebab dulu aku dah habiskan Minna No Nihongo. Buku kali ni aku lupe lak nama die sebab Nishio Sensei cuma fotostat kan few pages je. Lepas kelas semalam barulah die cakap nak continue dengan buku tu so die suruh staff go fotostatkan the whole book untuk aku guna next week. Yay!

Semalam kelas aku dimulai dengan listening. Listen karangan tu through the radio. Pehhhh mampus! Sakit jiwa jugak nak listen setiap patah, haram laju pulak tu!! Aku rasa aku cuma faham 30% je kot isi kandungan nya. Ada banyak jugak perkataan baru that was why I don't really get it. Anyway lepas tu barulah Nishio Sensei kasi aku kertas karangan tu dan suruh aku baca pulak. Pehhhh mampus lagi! Bukan baca dari tulisan romaji ok! Kanji+hiragana+katakana. Hambik kau! Oklah oklah, hiragana and katakana aku boleh baca tapi tersangatlah lembabs. Selepas itu die suruh aku bagitau apa yang aku faham pasal karangan tu. Sambil tu die tolong-tolong jugak kasi hint...

Disebabkan aku lembabs sangat maka kelas semalam tak belajar banyak sangat benda. Listening, reading, and understand new words. Lagipun aku nak tulis notes terpaksa dalam japanese, mampus aku kene marah Nishio Sensei kalau tulis romaji. Huhu...!! Dah tulis hiragana/katakata pun lembabs nak mampus. Pendek kata aku sangat lembabs. Kthxbye. Eh, minggu depan sambung kelas. Oh, ada homework jugak. Ok nanti buat. Kthxbye.

Outfit pegi kelas Jepun:
Yellow dress and check boyfriend shirt from Deedee Collections,
skinny jeans from Nichii, belt papa bought from Japan


This is my latest pump shoes (with low heel) from Charles & Keith!
Love them to bits!


Preparation sebelom ke kelas.

Tengah belajar konon.