Wednesday, March 30, 2011

Dua petang di beach

Kalau dah balik Miri, ofkos kene pegi beach. Dah beach dekat nak mampus pun malas nak pegi. So last weekend on Saturday, aku bawak si kecik, Yaya (my niece) and my maid to the beach in Miri which called Esplanade. Kat sini memang ramai family bawak kids gi lepak2, ada jugak geng-geng mat mot duduk lepak2, ataupun couple2 lepak menikmati angin sepoi sepoi bahasa..

Sebelum gerak ke beach, aku singgah dulu kat Merdeka Mall yang tak jauh dari rumah kakakku untuk beli beach tools for si kecik sebab die tak pernah ada pun since penakut dengan pasir. Kali ni aku nak pastikan die berani bermain kat beach..yelah nama je budak Miri tapi penakut dengan pasir..ape la...

Mula-mula si kecik memang takut gile nak pijak pasir..adoi anakku ini. Takut ya amat. Aku, Yaya and maid terus je duduk atas pasir dan bukak slipper bagi si kecik tengok dengan harapan die tak takut la..si kecik masih berdukung dengan aku, kitorang pun mula la korek2 tanah dengan beach tools yang baru dibeli. Si kecik pun tengok dan dah start nak pegang2 beach tools.. aku letak die kat pasir tapi masih pakai slipper lagi. Slowly aku letak pasir kat kaki die, tu pun die jerit2 marah and takut. Slowly die bermain dan mula excited die dah lupe dah. Then slipper sebelah tertanggal die bising, then aku pun cakap semua orang tak pakai slipper. Then pastu die pun bukakla the other slipper. Okla jugak die bermain...tapi takut dengan air jugak..


Si kecik sebut startfish --> papish ka (starfish star)


Hubby balik Miri malam tu, so Sunday aku ajak hubby bawak si kecik and Yaya ke beach lagi. Yaya pun sangat excited main air and pasir. Aku pun excited sama! Eh sapa tak suka buat sand castle? Tapi aku tak retilah nak buat sand castle so korek lubang buat bridge je. Huhu...

Sunday lagi ramai orang kat Esplanade. Air plak pasang so beach jadi pendek je. Yang pelik nya si kecik pandai takut balik dengan pasir. Cheh...bukan main lagi the day before bermain dengan seronok sekali... sekali lagi die berdukung dengan aku tamau turun. Kaki pun takut sentuh pasir.. ape la...sekali lagi la bab pujuk memujuk. In the end berjaya jugak.


Sangat seronok menyakat - siram air kat aku tapi sendiri yang basah...
hehehehe...

dah basah dah...

buat bridge je lah...

tapi bridge roboh..

anyway mission accomplished - berjaya bawak si kecik main kat beach tanpa takut.

Saturday, March 26, 2011

Korea, here I come!

Ah finally, final destination for our holiday is Korea. At first, kitorang sepatutnya pergi holiday ke Japan this coming April. A month before our trip, terjadinya earthquake dan tsunami di Japan. Maka trip plan kitorang pun kene tsunami jugak. Flight ticket dah beli, hotel dah booked. Nasib baik bleh refund flight ticket. Visiting Japan kenelah postpone dulu especially concern pasal radiation.. tak apalah, insya Allah kalau Japan dah up and stable semula, aku akan visit Japan lagi....Ganbatte Nihon!!!

Maka dengan pening kepala dan sedikit stress (sebab dah terlalu last minute) kitorang terpaksa cari alternative destination nak pegi since hubby susah payah dah dapat leave (bukan senang nak dapat tawwww)...lagipun memang dah janji dengan 2 orang cousin hubby sebab dapat result SPM bagus. Actually si adik yang baru dapat result dan si kakak pula dah 2 tahun (rasanyalah) dah habis SPM. So kire angkut 2 orang sekali la pegi holiday...hadiah SPM from hubby to them..

Mula2 consider nak pegi Europe and US. Dah tu kalau US, masalah visa plak sebab memang dah last minute...then Europe lak dah pikir2 panjang, takde sangat theme park nak bawak diorang ni termasuk si kecik aku tu...kalau Japan memang nak pegi Disney Resort and kalau US, nak pegi Los Angeles sebab bleh pegi Disneyland, Universal Studios etc etc...shopping pun gila best mak bapak kau. Poket kene besar.

Europe lak macam ada Disneyland Paris dah tu yang lain banyak sight seeing. Maybe lebih sesuai untuk couple2 ke....pastu pikir lak, susah2 pegi je Singapore 3 hari then sambung gi Bali 4 hari ke....Bali best gak ble massage...huh sedap tahan gaban...4 jam massage ambek kau. Murah tak hengat plak tu. Singapore leh gi Universal Studios...tapi tapi tapi...negara panas. Kalau ikut nak gi negara sejuk. Yelah 365 hari ko dudok negeri panas. Ada peluang opkos ko nak gi lepak2 tempat sejuk plak, pakai coat, boots ke leh la dress up macam Korean or Japanese ke... walaupun seminggu..... pastu lak, hubby cakap, apakata gi Korea je. Since Korea safe walaupun dekat ngan Japan. Tapi government die dah cakap safe. Tapi bapa mertua lak cakap gi Singapore and Bali je lainkali gi Korea. In the end, hubby tanye cousin die, diorang nak gi Singapore+Bali or Korea since ni pun kire hadiah vacation untuk diorang. Diorang cakap nak pegi KOREA sebab sejukk!! Hehhehe...maka, aku dan hubby pun contact travel agent (since tak penah merayau Korea, so tatau sangat jalan and tempat mana nak visit)...kitorang decide nak ikut tour group je.

Maka, dah pun booked and bayar kat company ni Malaysia Harmony ada Muslim Tour on 12 April balik 19 April. Harga pun berpatutan semua dah include, total including tax RM 4085 per person. Budak murah sket. So okla tu, ada gi Jeju Island lagi...eh best ni...syok dah...tak sabar ni... yang penting pegi tempat sejuk..hokayy!! Itinerary die pun ok, tapi takde kat aku skang sebab aku kat Miri. Nantilah kalau dah balik KL aku update.

Hikhik kalau ikutkan aku nak melencong pegi skodeng satu-satunya favorite Korean superstar aku tu si Jang Keun Suk (yang berlakon You're Beautiful and Mary Stayed Out All Night)... mak suke amat ye kat mamat sorang ni... manala tau kut2 terserempak kat market ke kat mall ke? Ke tengah shooting ke? Hua hua angan2 besar ek...tapi kalau ble aku nak carik merchandise die kat sana..hopefully tour agent ada bawak ke area yang ada jual celebrity merchandise...

So korang ade plan nak pegi memane ke in the near future? Share la story kay kalau ade gi memane...takde gi memane pun share story ape2 je lah...nanti aku jengok blog korang...=))

Ciao dulu...

Yongin Everland Theme Park

Palace taktau ape nama

Jeju Island....mak aii cantiknye..

Tiba-tiba ada sesat gambar mamat kesukaan aku ni plak...
(but still ngam dengan topik sebab die orang Korea so jangan komplen hokayy sukati aku la nak letak aku punya blog)


Source from cik abang google.

Thursday, March 17, 2011

The Making of Baby 2: Part 3: Langit tidak selalunya cerah

Cewah tajuk macam suspen. Aku tau korang tak sabar nak tau sambungan. Nak tau, baca dulu cerita misteri di bawah.

Skang nak citer kisah seram misteri yang berlaku masa aku mengandung si kecik 5 bulan.
Seminggu sebelum tu aku start pakai Palmer Cocoa Butter stretch mark cream.. yelah kan semua wanita mengandung risau takut perut nanti ada stretch mark...nanti perut tak cantek lagi. Nanti takut hubby geli nak tengok. So aku start la pakai cream tu. 1 week after that perut aku start keluar macam rash, merah2 kat perut. Aku pun terus stop pakai cream tu takut aku allergic ngan cream tu ke. Tapi rash tu tak stop...semakin hari semakin membesar...gatal ya Allah!! tapi aku tahan tak garu, kang bebekas pulak lagi haru biru. Tapi semakin hari semakin besar. Bawak pi jumpa gynae aku, aku citer kat die aku pakai Palmer tu. Tapi die cakap tak mungkin Palmer tu, sebab 100% proven ok. Tapi dia cakap aku kene PUPPP. Apa itu PUPPP? Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy, woh nama panjang amat. Ok sebut PUPPP jelah. Isk, aku tengok balik sites pasal PUPPP ni meremang bulu teringat masa aku kene dulu. Dahla tu pompuan mengandung sangat2 jarang tekena PUPPP ni. Ntah cemana aku plak tekene. Korang bacalah link PUPPP aku tu ye malas nak explain.

Gynae kasi ubat and cream. Takde kesan beb. Dok camtu jugak. Family kat Miri suruh balik, suruh pi berubat dengan orang-orang pandai. Balik Miri, aku pi skin specialist dulu. Doc tu pulak taktau amende yang terjadi kat aku ni. Die pun kasi segala mak bapak cream dan ubat. Pun takde kesan beb. Seram? Part haru nye, bukan je kat perut, hives tu dah menular ke seluruh badan aku beb. Naik kat dada, nasib baek breast tak kene. Tangan, paha semua kene. Kalau bogel memang nampak macam ada satu lapisan kaler merah kat badan aku. Siap bertungku dan macam2 gak dah buat. Tapi takde kesan. Mak aku tolong sapu cream kat seluruh badan, aku dah tak kesah lagi mak aku nampak semua. Hubby lak terpaksa balik KL yelah, die kan keje.

Pegi lak jumpe dukun ni. Die baca-baca and suruh mandi air dalam botol die dah baca. Pastu few days pastu kakak aku lak bawak aku jumpa sorang Ustaz ni. Ustaz tu baca-baca something pastu kasi air jugak. Ustaz tu kata aku kene ludah si polan si polan masa kat KL. Wallahualam. Aku berusaha dan berdoa takat ku mampu. Alhamdulillah few days pastu hives tu stop spreading. Hives tu dah sampai leher aku dah. Nasib baik tak naik muka. Aku risau gak pasni mesti badan aku berbekas. Sebab dah banyak camtu, ofcos aku garu jugak, mana tahan beb!

Alhamdulillah, hives semakin berkurangan...in the end, tadaaa hilang semuanya and Alhamdulillah takde bekas langsung! Macam pelik je kan. Macam tipu-tipu je aku kene hives tu. Pastu aku pakai je lotion Baby Johnson je. Tak berani jugak nak pakai Palmer tu balik. Pakai baby Johnson ok je. Alhamdulillah lagi, perut aku langsung takde stretch mark. Hives tu remain misteri. Tapi kan tapi kan, aku and hubby macam tak puas hati lah, ape sebenarnya yang menyebabkan hives tu...ada at one time tu aku nak cuba prove kan Palmer tu takde problem, so aku pakai lagi for a day. Guess what, few days after that rash tu keluar balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi sikit je sebab aku tak pakai sehari je. Pastu die hilang....Waaaaaaaaaaaaa!!!! Adakah rash tu sebenarnya PUPPP atau disebabkan Palmer cream??? Ataupun ludah si polan si polan??? Wallahualam...hanya Allah yang tahu.

Nak tengok tak perut aku? Pasti korang seram...


Ini baru takat kene kat perut...Merah jeeeee....seram..

Ada gambar aku ambik masa dah merebak kat paha and lengan tapi aku tak tau kemana peginye gambar tu ek... Korang imagine lah mende tu kat seluruh badan aku.

Oklah tamau cerita pasall rash/hives lagi. Aku dah seram sejuk teringat. Ok sambung cerita haritu, dukacita dimaklumkan mak tak preggy lagi ye. Up until now. It's been few months since I've had Clomid. Aku ambik Clomid for 3 months. Kesan sampingan Clomid ni kepada aku ialah aku akan mengalami severe headache bila dekat2 nak period. Sakit giler amat kau. Hubby aku pun kesian tengok aku. Aku akan rasa macam nak demam2 je tapi takde demam pun lah disebabkan severe headache tu. Aku dok baring rest kat katil je lepas ambik 2 bijik panadol. Lagi satu kesan, period aku datang lambaaaaaatttttt sangat!! Selama ini, cycle period aku sangat teratur, sentiasa datang lebih awal 2 atau 3 hari dari tarikh period bulan sebelumnya. Contohnya kalau bulan lepas aku period 20 hb, bulan ni period aku datang 18 hb plak. Lepas ambik Clomid, ketiga-tiga bulan tu period aku datang lambat 2 3 hari pulak. Ceh, dah perasan macam preggy la sebba period lambat kan. Terus je test, tengok takde 2 bar. Lepas tu baru period datang. Ceh.

So aku dah kehabisan Clomid. Maka sebelum period bulan 4 datang, aku and hubby pegi jumpa Dr Menon lagi untuk dapatkan advise ape nak buat seterusnya. Kira jangan buang masa la. Usaha dan usaha dan usaha lagi...Dr Menon pun pelik gak apesal aku tak preggy lagi. Die kata rahim aku ok je. Die cuma risau tube aku blocked. Tapi die cakap sepatutnya tak mungkin, sebab masa aku buat laparascopy dulu die dah clearkan everything, takkan cepat sangat enometriosis tu datang balik.

So die bagi 4 options:
1) Teruskan Clomid for another 3 months (ongkos paling murah dalam 100 je)
2) Buat laparascopy sekali lagi (ongkos dalam 7-8k)
3) Buat IUI - Intra-Uterine Insemination (ongkos dalam 2k)
4) Buat IVF - In Vitro Fertilization (ongkos dalam 15-20k)

So, aku and hubby pun discuss. Kalau teruskan Clomid, kene try sampai 3 bulan. Kalau dapat tu okla kan, tapi kalau takdapat, 3 bulan terbuang macam tu je. Then kene jugak buat either lapo atau IUI. Kalau terus buat lapo, ongkos agak mahal. Dr Menon cakap, kalau buat lapo, baru dapat tengok tube blocked ke tak. Kalau tube blocked sikit, die bleh fix, die akan potong tempat blocked dan sambung balik tube. Tapi tapi tapi kalau tube blocked kesemuanya, he can't do anything. So, aku and hubby pun pikir kalau tube aku tu sebenarnya blocked dan blocked kesemuanya, kira rugilah jugak buat lapo dahlah spend 8k camtu....kalau dah blocked, terpaksalah terus buat IVF...dah double ongkos. Sangat susah nak buat decision. Kalau dapat fix takpelah jugak kan. Kira 50-50 la ni. In the end aku and hubby opt for IUI. At least ongkos nya tidaklah semahal lapo. Dan kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tak, then pikir options seterusnya.

Lagipun umur semakin meningkat, semakin berisiko nak preggy. Dan aku kene fikir jugak situasi sekarang. Since maid aku masih ada, aku nak ada anak cepat2. Takut-takut nanti habis kontrak die tamau sambung lagi, susah plak aku nak carik maid baru yang ok macam die....Jadi, sementara masih mampu, aku dan hubby akan berusahalah sepenuhnya dulu, cuba semua options...sambil berdoa kepada Allah, kalau dah habis semua options and in the end memang tak dapat preggy jugak, means, memang belum ada rezeki dan barulah aku berserah sepenuhnya pada Allah S.W.T....Dialah yang menentukan segalanya...

Next part, aku citer detail pasal IUI pulak ye. Sila tunggu~

Birthday Wishes and Pray for Japan

Today is my mom and my auntie's birthday... Mak, Happy 61th Birthday! Mok Lily, Happy Birthday (takpasti umur berapa)! Semoga emak dan Mok Lily dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan aku. Aku tidak akan melupakan jasa baik emak selama-lamanya..

Mak (pakai tudung) and Mok Lily


Japan Earthquake and Tsunami

Genap seminggu selepas terjadinya earthquake skala 9.0 Richter dan tsunami yang melanda Japan...Earthquake yang paling teruk yang pernah terjadi di Japan. Masa ni, boss aku Nishio Sensei berada di kampung nya di Gifu near Nagoya. Kat Nagoya tu tak berasa sangat tapi apabila die tengok news, memang terkejut besar, shocked...

Kawasan Sendai memang musnah habis...Aku amat bersimpati dengan Japanese. Kalau ikutkan sebenarnya kami 3 beranak + cousin hubby + my parents-in-law nak pegi Japan 8th April ni untuk vacation....flight tickets and hotel semua dah booked...Memang frustrated jugak sebab terpaksa cancel the whole trip. Yang paling kesian kat cousin hubby, dah 2x kitorang nak bawak die gi Japan since last year tapi tak jadi jugak. Last year tak jadi pegi sebab Cuki baru kluar hospital. Tahun ni plak dah elok2 semua ok, Japan plak kene earthquake and tsunami. Apa boleh buat, ini semua kuasa Allah, pastinya ada hikmah di sebalik semua ini.

Since trip Japan kene cancel, maka alternatif destination kene pikir. Dah alang2 hubby susah2 dapat leave..maybe lari ke Europe je kot.. We'll see...

Kepada yang takdapat memberi sumbangan duit kepada Japan, marilah kita sama2 berdoa untuk orang2 Jepun agar mereka dan kaum keluarga terselamat dari bencana itu. Aku harap aku dapat menjadi keluarga angkat kepada anak2 Jepun yang kehilangan keluarga akibat bencana...Let's pray for Japan!

Semua musnah...So sad...

Bayi 4 bulan terselamat!

Monday, March 14, 2011

2 Years~

A week ago on 7th March he turned 2. Sabtu lepas buat majlis makan2 untuk celebrate birthday si kecik. Sekali terus celebrate birthday anak abang aku (12th March) dan juga advanced birthday for my mom and my auntie (17th March).

Sekejap betul masa berlalu. Rasa macam baru je deliver si kecik ni...
20 things about si kecik:
1) kenal semua huruf ABC dan angka 123 tetapi sebutan masih pelat
2) kenal colors
3) shapes
4) sedang belajar alif ba ta pula through dvd (sebab kalau kita yang ajar, die main2 pulak)
5) vocab semakin bertambah walaupun sebutan tak betul lagi
6) kenal lebih banyak animals
7) ingat lebih banyak nama orang
8) sangat pakar dalam skill memanjat atau menggantungkan badannya (tak reti nak explain haha)
9) berlari adalah sangat laju
10) suka main swing and slide
11) toys kegemaran buat masa ini ialah cars, balls and blocks
12) walaupun tahu berjalan dan berlari, bila berjalan kat Mall mesti minta didukung dan tak suka masuk stroller...
13) very very very hyperactive and naughty
14) suka buat mimik muka
15) susu dah increase 190ml every 3-4 times a day
16) kuantiti makan ok tapi sangat susah bila disuruh makan dan kadang2 suka sengaja meluahkan kembali food yang masuk mulut
17) suka juice (specifically Tropical juice by MinuteMaid)
18) berat badan masih jugak around 10kg...huhuhu...
19) lately suka kutip benda kecik from lantai then masuk mulut
20) banyak2 ball, ball yang ditakut ialah basketball...(sebab kulit ball tu kot?)

Happy 2nd Birthday my dear son. Mama and papa loves you so much...please be a good boy!

Simple deco (recycle dari last year)

Cuki's cake


Birthday boys and girls

Cuki dah pandai blow candle

Ni tak tau apehal...

Cuki and Papa

Cuki and Aqeel

Cuki tak sabar-sabar bukak gifts

Cuki dengan new toys
Thank you all for the lovely gifts!