Thursday, December 30, 2010

Fashion: Random Outfit

Just to share some of my outfit for the past few weeks.

Toga top from Deedee Collections
Military jacket from Nichii
Harem pants from Bandung
Wedges from Charles & Keith
Military cap borrowed from Papa

Floral dress from Deedee Collections
Knitted top from Dainty Dresser
Leggings from Forever21
Bow belt papa bought from Japan
Heels from Charles & Keith

Basic T from Forever21
Cardi from Japan
Polka mini skirt & leggings from A Model Studio
Pumps from Charles & Keith

Tuesday, December 28, 2010

2011: Tahun pengubahsuaian rumah!

Dah lama tak update blog. Lately busy dengan planning and discussion pasal rumah baru. Yepp, rumah kitorang tu actually dah lama siap, dah setahun lebih dah but intention nak jual coz rumah tu kat area Sepang. Ingat nak carik rumah baru somewhere in the middle of KLIA and KL la. Dah pakai agent dah, hubby pun dah post up nombor tepon kat MAS dah. Ada yang interested tapi end up tak jadi beli. Taktaulah sebab terlebih budget dorang ke, loan tak approved ke. So in the end aku and hubby decided pindah je kat situ la. Lagi best, rumah sendiri. Dan lagi bleh design-design. Bleh buat ala ala deco bersama Eric gitu. Bile dah pindah nanti bleh la nak gambar2 ala model sebab rumah dah cantik....kanss....

So of course planning and discussion makan banyak masa. belum lagi renovation tuh, mau jugak beberapa bulans. Taktau la bila leh masok rumah baru. Cuma aku harap dan kalau bleh, aku nak dah pindah by June next year la....Kalau boleh laaa!

Suke gile mak nyah, bleh planning nak konsep cemana, nak theme color ape...banyak nak buat. Living, dining, kitchen, bedrooms...fuhh... Yang best nye, aku nak turn guest room kat bawah tu jadik Kids Play Room. Letak la slide kecik, khemah, dan segala mak bapak toyskat situ la. Pastu guest room la guna bilik kat atas. Sebab idea aku and hubby, bila anak yang paling last nanti cecah umur 7 tahun gitu, confirm dah tamau main kat kids play room lagi. Yelah dah besar la konon kan. So barulah room tu tukar balik jadik guest room. Dan guest room temporary kat atas tu tukar jadi bilik anak. Sebab sebab masa diorang masih toddler, gerenti tidur kat master bedroom! Pehh...kacau daun je kan. Nak buat projek pun kene tunggu budak dah tidur nyenyak. Cheh..

Oh ye, rumah kitorang tu ada 5 rooms + a maid's room and 5 bathrooms. Tanah lak ada extra 10 ft. Plan nak move original carporch to the other side of the house. So that carporch lagi besar dan luas. Gate pun kene ubah la sebelah sana jugak. Lagi nak tambah koi pond kot...Hmmm memang tak sabar nak pindah!! And harus beli mak bapak magazine rumah ye, Home Decor, Renovation, Anjung Seri, Impiana dan ape-ape la...

Enjoy the photos!

Rumah dari tepi

From front (Ignore orang2 tu...Tu si kecik masih kecik lagi hubby dukung)

Living area yang luas sambung ngan dining..


Ni extra 10 ft land kat tepi rumah..

Master bathroom ada jacuzzi! Pehh ala-ala berendam pastu letak candles and rose petals laa..

Busy busy busy planning and designing!

Monday, December 20, 2010

Cintaku di Tanah Ninja

Aku dah pegi Jepun sebanyak 2 kali. Kali pertama untuk honeymoon, April 2007. Honeymoon yang agak delay sebab aku kawin November 2006. Masa tu aku tak reti lagi cakap Jepun. Tak pernah pegi kelas Jepun pun cuma memang minat Jepun dan selalu tengok drama Jepun & anime dan juga suke dengar lagu Jepun. Kali pertama pegi aku and hubby ambik tour group dengan Apple Vacations travel agent. Boleh baca entri aku pasal gi Jepun time tu cuma gambar dalam entri tu ntah tak wujud lagi. Ni aku letak sikit gambar2 time tu.

Kat Universal Studio Osaka - Rambut mak merah gitu nyah..!!

Sempat gambar ngan geisha kat temple mana tak ingat dah..

Ni jakun tak penah tengok sakura...

Bento set yang 5 bintang sedaps...

Lagi jakun tu tak pernah tengok snow yang dah jadi ice pun..
ditemani suami yang tak berapa jakun sangat.

Kat Tokyo Disneyland...best giler kau!

Jakun-jakun yang terlampau gumbira dapat pegi Jepun..


Kali ke dua pulak aku dan hubby bersependapat nak pegi sendiri without ikut mana-mana tour group. Sebab? Sebab aku dah tau cakap Jepun. Mak dah belajar cakap Jepun nyah. Dah boleh cakap ngan orang Jepun tanpa ragu-ragu nyah. Hebat kan mak nyah? Entri untuk vacation ke Jepun kali kedua ni aku takde plak tulis, ni mesti masa hantu malas nak update blog.

Kami berhajat nak pegi Jepun bulan 6 tahun 2008 tu sebab utamanya ialah nak pegi tengok konsert L'Arc-en-Ciel kat Tokyo Dome!! Rock group Jepun yang best giler...!! Boss aku mintak tolong mak die belikan tiket masuk untuk kitorang.. Mak die tuh!! Canggih! Maka aku dan hubby dengan bersungguh hati membina pelan perjalanan kitorang kat Tokyo. Schedule lengkap dengan train ape nak kene ambik, berape train fee, pukul berapa kene gerak, kene ikut route ape dan sebagainya. Kalau tak silap vacation kitorang selama 7 hari ke 8 hari aku pun dah lupe. Selain Tokyo kitorang gi Nikko jugak nak tengok Edo Wonderland Nikko iaitu diorang buat tempat tu ala-ala zaman Jepun dahulu kala. Kali ni kitorang banyak tengok-tengok tempat sekitar Tokyo seperti Harajuku, Shinjuku, Akihabara dan sebagainya sebab masa first time pegi dulu kitorang sekejap je kat Tokyo.

Dipendekkan cerita sila tengok gambar je lah... Citer panjang sangat kang takde pulak orang rajin nak baca. Oh lupe nak cakap, kitorang pegi Jepun 2008 ni sebulan lebih lepas aku buat laparoscopy surgery.

Musim hujan time ni...

Lagi set makanan yang teramatlah sedap!!!!
Kalau kat Malaysia asyik makan sushi je, tapi bila dah kat Jepun,
sushi pun tak sentuh...banyak lagi makanan Jepun lain yang sangat sedap!

Ni la Harajuku...tengoklah kat belakang tu selautan manusia!!
Mak shopping tak hingat okay!

Kali kini kitorang gi Tokyo DisneySea pulak... Best best best!!

Konsert L'Arc-en-Ciel at Tokyo Dome!!

Gempak!!! Sila lihat betapa jauhnya kami duduk. Fuhhh giler ramai orang!
Eh jangan main-main, makcik tua pun ada tau!

Encik hubby yang suka buat lawak. Kat Tobu World Square Nikko.
Tempat yang banyak miniature tu...Comel!

So this is Edo Wonderland Nikko.
Jakun sibuk nak bergambar ngan Ninja! Ninja! Ninja!
Kat Mesia takde tau!

Mak pegi Tokyo Tower! Lalalalalaaa!

Pemandangan Tokyo dari Tokyo Tower...fuhhh!!!

Mak gayat tu....saje je show off konon berani la duduk kat cermin lantai tu...

Venus Fort at Odaiba, ceiling die macam langit betul boleh bertukar siang, petang, malam...
pehhhh dashyat...!!!


So what do you think? Jepun best kan?? Aku dan hubby bercadang nak pegi Jepun lagi thios coming April. Tapi tapi tapi itu pun bergantung kepada hubby dapat leave ke tak. Sebab sejak die naik fleet Boeing 777 ni, susah giler nak dapat leave. Ada senior die 4 tahun dah takpat leave. Sebab, tak cukup crew. Boleh tak macam tu...adeii... Please lah, mak perlukan sangat travel nih.. nak release tension! Huh..!

Oh ya oleh sebab entri ni cerita pasal Jepun, maka saje je nak tunjuk gambar outfit aku semalam pegi kelas Jepun.. heh heh heh...

Blue sleeveless top from blogshop (lupe lak),
skinny check pants from Nichii,
scarf bought from Shea at OBB Preloved Sale, belt from A Model Xcess,
heels from Charles & Keith (NEW!!)

Friday, December 17, 2010

The Making of Baby 2: Part 2: 8 biji telur masak

Teringat masa pregnancy ku yang pertama dulu. Beberapa hari sebelum aku tau aku pregnant, aku telah membantu office mate aku mengangkat benda-benda berat dan juga mengalihkan almari. Tak teringat pun nak be cautious lah kan. Masa tu baru 2 months after laparascopy aku tuh. Kalau tak silap aku few days after that sepatutnya period aku datang tapi lambat. So aku memang suspect something is going on since period aku takpernah pun lambat malah semakin awal setiap bulan.

Baru lambat beberapa hari aku dah excited...Of course la kan...Kadang-kadang aku tak faham kenapa ada orang boleh tak sedar yang diorang pregnant. Takkan tak perasan period lambat kot? Ke memang jenis cycle yang lambat ataupun irregular period. Itu aku bleh terima la. Tapi kalau yang period dah lambat tapi masih tak sedar pregnant tu aku tak paham jugak. Lantak kau lah kan...Masa lunch time kat office aku cepat-cepat je keluar gi beli pregnancy test kit. Beli 2 tu okay. Takut-takut satu tu error ke ape ke. Hehehe...

First time aku test masa kat office. Fuh memang tak sabar nak tau. Yup of course it had 2 bars. Kalau tak silap the next day kat rumah aku test lagi and still, positive. kalau tak silap aku beli lagi test kit 2 kotak kot. Hahhahaa.. Memang nak betul-betul test banyak kali ni sebelum gi jumpe gynae. All positives! Yess I was pregnant!!

Then, with hubby aku gi jumpe gynae aku, Dr. Menon. Dr. Menon pun tekejut jugak sebab he didn't expect it was really fast, after 2 months laparascopy I could get pregnant. Die buat vaginal scan and confirmed aku memang pregnant at that time. Lupe lak berape weeks. 5 weeks kot. Then Dr. Menon kasi jab (aku lupe nama die), something untuk prevent miscarriage since aku pernah bagitau my eldest sister ada masalah miscarriage quite a few times. He also pescribed jab for another few times, once every 2 days ke 3 days aku lupe. Jab ni aku bleh buat kat other clinic lain. Alhamdulillah everything went well along the way except when I was 5 months pregnant, there was something happened to my bump......huhuh nanti aku cerita kisah ni at other entry.

Ni masa aku pregnant dulu. Tak ingat berapa bulan. 6 or 7 months kot?

Ni plak pregnant 8 bulan ok. Aku ikut hubby gi nitestops kat HongKong!
My last travel before deliver! Hehehhe...
Oh by the way, perut aku memang tak besar.

Si kecik aka RAIS DASUKI a few minutes after born.
He was at 2.85kg.

...................................................................................................


So I've taken my first round of Clomid. Then pegi jumpe Dr. Menon lagi coz he wanted to do some scans to find out my body reaction to the pills. To my surprise, I've produced 8 eggs!! 8 eggs I tell you!! Huh, macam banyak giler la kan....4 at each ovary. Semangat berkobar-kobar ni nak pregnant. Kalau diizinkan Tuhan, bleh dapat twins ni... yelah 8 telur ambik kau! Ko ade?? Hahahaa..

Langkah seterusnya ialah of-course-you-know-what. Dr. Menon kasi 3 dates for the most best days for us to of-course-you-know-what.

Dr. Menon set the next appointment for us in case we got pregnant. And in the same time he pescribed another 2 sets of Clomid to be taken for two months time in case not pregnant aka I got my period.

So, now what do you guess? Do I got pregnant? If I do pregnant, do I pregnant with twins?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
See you in Part 3!

Tuesday, December 14, 2010

Fasuto Fuudo....

Tak paham tajuk post aku kali ni? Bahasa ape tu? Hehehe itu adalah perkataan English yang telah diJapanesekan! Perkataan asal ialah "Fast Food", tukar jadi Japanese, "Fasuto Fuudo".

Actually itu adalah tajuk karangan untuk kelas Japanese aku yang bermula semalam. Setelah sekian lama aku tak pegi kelas, maka kali ini aku bersungguh-sungguh nak sambung balik. Dulu aku habis takat Intermediate III. Sepatutnya seterusnya ialah Advance I. Tapi sebab lama takde kelas, maka sekarang dah ingat-ingat lupe pulak lah kan. So boss aku aka cikgu aku, Nishio Sensei berpendapat kelas kali ini mula dengan Intermediate. Buku pun dha tukar lain sebab dulu aku dah habiskan Minna No Nihongo. Buku kali ni aku lupe lak nama die sebab Nishio Sensei cuma fotostat kan few pages je. Lepas kelas semalam barulah die cakap nak continue dengan buku tu so die suruh staff go fotostatkan the whole book untuk aku guna next week. Yay!

Semalam kelas aku dimulai dengan listening. Listen karangan tu through the radio. Pehhhh mampus! Sakit jiwa jugak nak listen setiap patah, haram laju pulak tu!! Aku rasa aku cuma faham 30% je kot isi kandungan nya. Ada banyak jugak perkataan baru that was why I don't really get it. Anyway lepas tu barulah Nishio Sensei kasi aku kertas karangan tu dan suruh aku baca pulak. Pehhhh mampus lagi! Bukan baca dari tulisan romaji ok! Kanji+hiragana+katakana. Hambik kau! Oklah oklah, hiragana and katakana aku boleh baca tapi tersangatlah lembabs. Selepas itu die suruh aku bagitau apa yang aku faham pasal karangan tu. Sambil tu die tolong-tolong jugak kasi hint...

Disebabkan aku lembabs sangat maka kelas semalam tak belajar banyak sangat benda. Listening, reading, and understand new words. Lagipun aku nak tulis notes terpaksa dalam japanese, mampus aku kene marah Nishio Sensei kalau tulis romaji. Huhu...!! Dah tulis hiragana/katakata pun lembabs nak mampus. Pendek kata aku sangat lembabs. Kthxbye. Eh, minggu depan sambung kelas. Oh, ada homework jugak. Ok nanti buat. Kthxbye.

Outfit pegi kelas Jepun:
Yellow dress and check boyfriend shirt from Deedee Collections,
skinny jeans from Nichii, belt papa bought from Japan


This is my latest pump shoes (with low heel) from Charles & Keith!
Love them to bits!


Preparation sebelom ke kelas.

Tengah belajar konon.

Sunday, December 12, 2010

Snacks and books

Curry puffs
Curry puffs atau karipaps kat kedai O'Papa adalah sangat besar, sedap dan rangup. Sila cuba mushroom curry puffs.

Kedai terletak di Damansara Uptown.
Mungkin ada cawangan lain. Tak pasti.

Tengok je dah meleleh air liur.
Yang ada tanda merah tu, "M" means mushroom.

Cupcakes
(ini post kali ke2 pasal cupcake +Wondermilk, to read 1st post click here)
Cupcakes kat +Wondermilk adalah wajib dicuba kerana ia adalah cupcake paling sedap pernah ku rasa seumur hidupku. Kedai di Damansara Uptown. Sila click logo mereka di sebelah kiri blog ini.

Gambar adalah courtesy daripada eatmakanchi.blogspot.com
sebab saya terlupa nak ambil gambar cafe +Wondermilk ini.

Cupcakes yang wajib saya pilih bila beli kat +Wondermilk.
Choc chip Cuppacakes & Oreo Cuppacakes


Novels
Latest reading materials. Just started reading Sleeping Arrangements.

Friday, December 10, 2010

More weddings~

I just came back from Kuching. My closest cousin got married last weekend. Aku make-up kan cousin aku tu for both majlis akad nikah and reception. Yep, it made her my very first customer!

Sangat seronok di Kuching kerana ramai keluarga sebelah my mom duduk kat sana. So almost every nite berkumpul, makan sedap, berborak tak ingat dunia... Mak, bapak dan keluarga kakak sulung aku pun turut datang dari Miri untuk memeriahkan majlis cousinku Aileen tu.

Aku stay kat rumah cousin ku tu. Senang sikit nak make-up kan die on the day. Lagipun yang bestnye rumah cousin ku itu ada mini movie theatre. Memang best! Memang macam dalam panggung wayang. Dvd, blue ray dvds adalah teramat banyak. Semua movie pun ada. Itu semua collection uncle ku. Memang salute! Kalau dah pindah rumah sendiri nanti aku and hubby memang berhajat nak buat bilik theatre macam tu, pakai projector. Pastu siap ada kerusi urut Osim lagi. Menonton wayang sambil diurut-urut.

Oklah sila lihat gambar untuk tahu cerita selanjutnya.


Just before the day gi Kuching, aku gi salon buat temporary curl on my hair.. ok tak?
Outfit naik belon:
White basic tee from F21, yellow tube dress from Deedee Boutique,
floral jacket from F21, heels from Charles & Keith


Ini Wa aku (my mom's eldest sister) tengah sibuk buat mee kolok

Lepas makan-makan, sibuk tolong buat hantaran pengantin

Si kecik yang sibuk bermain

Pengantin yang belum sah lagi di sisi undang-undang...

Si kecik dan cousin nya (2nd cousin)

Pelamin di rumah, simple but stunning!

Aileen selepas dimekap pada hari akad nikah

Pengantin bersama adiknya dan mak andam

Upacara akad nikah

Upacara makan nasi temuan (adat Sarawak)

Budak-budak zaman sekarang, kahwin pun nak pakai ipad jugak..
(but i do love this style!)

Perkahwinan di era teknologi

Pengantin yang rock!

Pengantin bersama keluarga pengantin perempuan

Aileen sebelum dimekap pada hari reception (Tapi rambut dah nak siap)

Taraaa...!! Hasil kerja tanganku...

Pengantin...Suhaimi & Aileen

Si kecik and mama at Sarawak Club

Si kecik bermain dengan Kak Yaya kesayangannya...

Penyanyi kabaret jemputan

The feathers~

The Sirats (Sirat tu nama arwah datuk aku)

Tailor-made kebaya moden

SELAMAT PENGANTIN BARU TO AILEEN & SUHAIMI
SEMOGA BERBAHAGIA SEHINGGA AKHIR HAYAT
SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA
SILA BUAT ANAK BANYAK-BANYAK
NANTI ANAK SAYA BOLEH GENG DENGAN ANAK KAMU
AND LAST BUT NOT LEAST, WELCOME TO THE CLUB!!