Friday, April 30, 2010

Sama ke?

Lepas balik from salon.

Laki aku: Hehehhe!
Aku: Apasal gelak?
Laki aku: Takde, chomel je.
Aku: Macam anime ke?
Laki aku: A'ah macam pompan dalam anime Kimi Ni Todoke.

Laki aku = Orang Gila Anime

Ada sama ke?

New? Same style?

Recently I've got a new hair cut.
Emm not new actually.
Sama je style hahaha...tak pendek pun.
Panjang masih maintain. Cuma potong bangs je.
Sebab dah bosan rambut depan tatau nak style caner.
Mula-mula ingat nak simpan panjang je. Pastu cam bosan lak.
Last-last tatau nak buat ape.

Aku: Bee rambut depan nak wat caner?
Laki aku: Fringe je. Straight.
Aku: Buat fringe lagi ke?
Laki aku: Yela. Fringe cute macam anime.
Aku: Duhh..nak suruh cam anime laks. Dahtu rambut ni nak potong sikit ke tak?
Laki aku: Trim je. Panjang maintain.
Aku: Nape lak tamau potong pendet?
Laki aku: Suke bee rambut panjang macam skarang. Pendet tak suke.

Oklah, nak buat camana laki dah suke camtu.

Oops ada gambar laki aku plak..

Sunday, April 25, 2010

13 ~ 14 months

As of today Rais dah dekat nak masuk 14 bulan.
Memang tak rasa langsung dah besar dah.
Ape lak progress Rais masa ni?

Pertuturan:
Ehh! Eh! - Kalau tunjuk sesuatu, ataupun nak panggil orang ke
Aihh!! - Kalau marah atau geram bila orang ambik barang dari tangan die atau tak suruh die pegang bende
Emm ma! - Errr tatau pulak ape meaning die sebut nih, nak kata panggil aku pun tak jugak..

Perbuatan:
1) Suka tunjuk barang
2) Sebab takreti nak bagitau, jadi hanya tunjuk bila nak minum dari botol air birunya, ataupun nak paci dan Stitch nye.
3) Reti throwing tantrum bila takdapat benda yang die nak...
4) Lepas sakit, selera makan bertambah. Memang tak pernah lihat die kuat makan macam sekarang. Alhamdullilah. Mungkin die tau kene kejar balik berat yang hilang masa sakit kot?
5) Masih suka masukkan barang dalam mulut. Sambil tu gigit-gigit. Gatal gusi.
6) Sangat suka bergurau dan menyakat kite balik.
7) Kalau bangun tido awal pagi, bila tengok aku dan papa die masih tido, die akan tido balik dengan sendirinye. (Aku suke telek die senyap-senyap, pastu die tido balik le)

Lain-lain:
1) Berat sebelum sakit haritu masih 8.5kg. Kesian. Lepas sakit tak sempat plak nak timbang. Jangan-jangan turun sekilo. Takpe, harap die terus kuat makan dan menyusu.
2) Gigi masih 4. Memang lambat tumbuh. Gigi ke 5 dan 6 baru nampak putih-putih je. Blum kluar lagi.
3) Masih suka tengok video Barney.





Saturday, April 24, 2010

Salmonella Infection

Tak sempat lagi nak buat post pasal trip to Bandung, Rais pulak kene admitted to GH Miri due to Salmonella Infection.
Panjang kisahnya. Kalau rajin, bacalah post ini.

Bermula dengan high fever 2 hari sebelum ke Bandung. Tambah dengan runny nose dan batuk sikit.
Die tak pernah kene high fever macam tu sebelum ni. Kalau adapun fever biasa-biasa je.
High fever kali ni sampai menggeletar kesejukan tapi sangat panas di dalam badannya.
Memang kesian tengok.
Badannya dilap-lap dengan kain basah. Dan ada juge aku mandikan die dengan air suam.
Kemudian terberak cirit sebab panas sangat kot?
Bawak gi Tropicana Medical Centre (TMC), doc kasi die antibiotik dan beberapa ubat yang lain.
Pastu demam die dah ok, cuma die masih runny nose.
So kitorang amik keputusan teruskan je trip Bandung tu lagipun tiket semua dah beli, hotel dah book, mak bapak aku pun dah sampai KL.
Kalau demam die masih ada memang kitorang terpaksa postpone trip.

Kat Bandung Rais memang ok. Cuma masih runny nose je. Sekali sekala terberak beberapa kali dalam satu hari. tapi memang nasib baik die tak demam. Tido malam pun ok.
Susu ok cuma makan ada banyak kerenah. Mungkin masa tu sakit perut dah start dah tapi kitorang tak perasan. Jadi tak selera makan. Sebab tu masih juga terberak.
Tapi stool nya masih macam biasa, takdelah kaler hijau dan rupa yang pelik.

2 hari balik from Bandung die kene high fever lagi. Again. Sama macam sebelum gi Bandung.
Terberak juga dan flu.
Dahlah masa tu tengah sibuk pasal nak uruskan maid yang dah ada di Miri.
Masa tu tak pasti lagi nak suruh mak aku bawa maid gi KL ataupun kitorang balik Miri ambik maid.
At last kitorang decide balik je Miri sebab nak buat visa die kat Miri.
Pagi sebelum flight ke Miri malamnya, kiitorang bawak Rais gi TMC lagi.
Doc kasi ubat lagi. Cakap throat die infected lagi sebab die batuk jugak.
Petang tu sebelum bertolak ke KLIA pegi TMC Emergency lak (hari Sabtu masa tu so bahagian PAED semua closed) sebab tetiba lak ada dot dot merah kluar kat bahagian leher Rais.
Masa tu tak lain tak bukan memang takut la denggi ke ape ke.

Tapi doc on-call cakap tu cuma rash je sebab throat die sakit ke hape bende.
So doc cakap kalau risau gak ble amik blood test, tapi memandangkan flight balik Miri malam tu and takut tak semapt tunggu result so doc cakap buat kat Miri je sebab die tengok Rais masih stabil. Oklah so balik Miri that night.

Kat Miri lak, memang takdapat tido sebab demam panas die datang balik. Memang kesian.
Dahtu terberak lagi.
Awal pagi gi MCMC ingat nak admit die je sebab gerenti kurang air sangat-sangat.
Yelah bagi air pun die cam dah taknak minum. Susu pun sikit je. Makan memang tak langsung since before tu.

Kat MCMC, doc cakap kemungkinan cam Influenza je. Doc pun risau.
Masa tu aku and nurse sponging si Rais kat bilik sebelah. So doc suruh refer to GH sebab MCMC takde facility nak buat isolation for kes infant. Adei..apela..sikti-sikit nak refer GH.
Doc kasi support letter la.

Kat GH lak gi emergency section. Sponging Rais lagi sebab fever die on and off.
Tapi memang tinggi sampai cecah 39 degrees. Pastuh buat x-ray, amik blood sample and terus kene drip. Budak ni plak bila dah cucuk bende alah tu kat tangan die, die lak sebok nak tarik2 jarum tu..adoi...memang kene 2 orang tahan die. Aku and laki aku la. Kalau sorang memang takdapat handle die. Dahtu tamau baring atas katil, nak dukung je. Sorang dukung sorang lak pegang tangan die so that die takdapat tarik.

Dahtu stop drip and admit la ke common wad. Mak aii, kat tengah-tengah dunia lak katil die sebab 8 buah katil kat tepi2 semua dah full. Tepaksa la. Nak admit kat private tak ble lah pula.
Tapi ok gak dah petang skit ada budak dah discharged so Rais amik tempat die tepi dekat ngan pintu besar wad tu. Doc and nurse lak sebok la bertanya kenape dan ape hal si Rais ni dan bermula lah sesi bercerita yang panjang lebar. Bukannya sorang je tanye, banyak plak tu jenuh la mulut nak story semua. Kene lak full story macamana bermulanya sakit si Rais ni (macam aku cerita dari mula di atas la, kan panjang tu, imagine kene cerita kat semua doc and nurse yang bertanya). Yang geram nye ade Doc Singh sorang tu, nama die Doc Sandeep dengar cerita dari laki aku tapi macam tak concentrate je. Ntah masuk telinga kanan kuar telinga kiri je. Pastu kutuk private clinic sebab kasi ubat macam-macam kat Rais. Takpayah la nak kutuk2. Private and government sama-sama banyak save lives orang ok. Beza cuma the service je!

Rais cuma diberi antibiotik dan ubat demam first day tu.. yang pelik nye, kitorang dah cerita banyak kali pasal die terberak cirit tapi takde tindakan lak. Cuma sibuk pasal x-ray die sebab ada nampak cam lung infection. So cuma sibuk nak treat lung die. Sebab tu kasi antibiotik tu.
Sepanjang malam fever masih on and off. Rais tido memang pakai diaper je. Sebab nak sponging die pastu tukar diaper banyak kali sebab tercirit. Kaler stool pun hijau dan berlendir-lendir. Maybe sebab batuk die berkahak. Bontot die pun dah merah. Kesian.

2nd day kitorang tekankan pasal stool die tu. Masa tu barulah doc ambik stool sample.
2nd day takde perubahan. Die lemah sangat-sangat.
Petang tu sekumpulan doc datang menjenguk Rais. Pagi tu ade gak dorang ni datang tapi masa tu aku balik rumah tido. Laki aku nyer shift.
So petang tu doc2 tu tanye lagi. Ntah camana rupanya sorang doc cina yang senior tu, die PAED la nama die Doc Teh, baru tau yang kisah demam si Rais ni bukannya berlarutan dari first die kene demam before Bandung tu. Die ingat demam Rais ni dah seminggu lebih tak baik-baik. Sebenarnya demam die ni sekali masa before gi Bandung, pastu dah baik seminggu, kene lagi.

so Doc Teh tu cakap kalau cam tu dah lain story. Die cakap risau ILI (Influenza Likely Illness) and suspected H1N1. So die cakap Rais perlu di isolated. Maka dengan bestnye Rais dipindahkan ke bilik perseorangan yang ada aircond. Ni baru lah best sikit tak panas macam kat common wad. Dan takde bunyik bising bebudak lain nangis dan mata-mata yang memandang.

3rd lak result stool came out didapati ada bacteria, maka Rais bukan sahaja lung infection tapi juga bowel infection. So tukar lak antibiotik lain yang cover lung and bowel skali. Ceh, nape tak ambik stool sample from day 1 lagi? Takdela buang masa macamni.
Pastu ambik swab lak, from hidung and air liur. Yela nak test for H1N1. Duhhh..risau nye.
Pastu lak ade ke patut, mamat tu silap ambik swab. Kene buat sekali lagi. Stupid tak? Takkan sebelum ni tak pernah ambik swab for H1N1? Eeeee....geram betul lah, dah delay satu hari dah. Kene lak submit swab tu ke Kuching for test.
\

Rais masih gak lemah dan kene drip lagi. Memang dah terover dehydrated. Kesian!
4th day Rais looks better. Tak selemah macam 2 hari sebelumnya. Stool masih macam tu.
Tukar diaper sebab berak masih lagi more than 10 times a day.


5th day Rais active dah. Dah cukup air. Susu pun nak. Makan pun nak sikit-sikit. Alhammdulillah. Dah lewat petang, result test H1N1 kluar. Negative. Alhamdulillah.
Cuma dia didapati kene infection Salmonella. Sebab diorang perlukan 3 days untuk cultivate bacteria dari stool die. So dapat la tau infection tu Salmonella Infection. So salmonella ni menyebabkan diarrhea which can escalated to pneumonia (sebab tu die kene lung infection).
Maksudnye everything started from bowel die tu.

Okeh, petang terus disuruh discharge. Yay. Alhamdulillah. Cuma tukar antibiotik lagi for 5 days which is specifically untuk Salmonella nih. 4 kali tukar antibiotik die. Hmm...

Apapun besok nak buat Makan Tolak Bala kat rumah Luak.
Alhamdulillah syukur kepada Allah semuanya dah selamat dan Rais pun negative H1N1.
Sekarang cuma perlu menjaga pemakanan Rais dengan lebih lagi.
Dan juga jaga kebersihan dengan lebih lagi.

Anda juga perlu jaga kebersihan ya. Jangan lupa. Jangan neglect!
Sama-sama kita membanteras Salmonella Infection!

Sila baca mengenai Salmonella :

Akhir kata, Japan trip dimansuhkan buat sementara kerana tidak dapat travel ke mana-mana buat sementara waktu. Agaknya bilalah boleh travel lagi ya?
kang nanti si Rais dah berumur 2 tahun, ade plak adik baru akan datang.
Lagi la takble nak travel... campo tolak another 3 to 4 years lah takleh gi mane-mane..



Friday, April 16, 2010

No time!

Selepas pulang dari Bandung, aku sibuk pula menguruskan hal maid baru aku.
Sebab die dah sampai kat Miri.
Jadi aku kene pegi imigresen kat KL ni and tanye soklan soklan maut yang hendak ditanya sebelum aku bawa maid tu ke KL.
Nampak gayanya aku kene balik Miri dan buat visa die kat Miri ajelah.
Senang cerita.
Miri tak strict sangat.

Kemudian sibuk pula nak uruskan tiket balik Miri.
Last minute, memanglah mahal!
Walaupun laki aku pilot MAS, memang ada diskaun naik belon, tapi tu untuk standby ler.
Flight plak penuh. Time kritikal macam ni takkan nak standby pulak.
Kang takdapat seat dah buang masa plak.
So kene beli firm seat gak.

Sambil-sambil tu pula, sibuk lagi nak uruskan passport si Farah dan laki aku pun nak renew passport die sebab bulan 5 plak kitorang nak gi Japanlah pulak.
Aku rasa tahun ni memang tahun naik belon aje.
Rais pun membesar dalam belon nampak gayanya.
Bukan nak uruskan passport and visa je, nak carik hotel pulak susah nak mampus.
Sebab pun dikira adhoc vacation nih, jadik budget hotel and ryokan lak dah tak banyak availability room die. Memang pening kepala.

Memangla enjoy nak gi Japan. Excited ni..
Tapi kalo dah banyak sangat benda nak uruskan dalam satu masa, pening jugak.
Stress tetap ada. Lagi dengan si Rais yang dok ngek ngek satu hari, tak reti nak main sendiri.
Kejap je aku tinggalkan die nak ke dapur dah ngek ngek and kejar aku sampai ke dapur.
Pastu lak bebelit kat kaki aku. Mintak dukung or mintak kesian.
Banyak keje rumah tertangguh.
Rumah takpayah cakaplah, memang macam tongkang pecah (bahasa Sarawak: rebak anyut).

Oklah tak ada masa aku nak cerita pasal Bandung nih. Nantilah tunggu kat Miri nanti aku update blog lagi siap dengan gambar.
Memang nak cerita panjang pasal trip ke Bandung tuh.
Post kali ni tak sempat nak letak gambau.
Maaf ye.

Monday, April 5, 2010

Selamat sore buk!

Vacation tahun ni dimulakan dengan gi Bandung, Indonesia.
Flight hari Khamis ni. Beberapa hari gak kat situ.
Kali ni pegi dengan mak bapak ku dan jugak family Usu laki ku.
Beg luggage besar yang diangkut dari KL-Miri-KL tak sempat masuk stor lagi, dah kene pack lagi.
Actually, memang tak kemaskan pun, aku cuma alihkan baju-baju yang tak nak dipakai kat Bandung je. Yang lain biar je dalam beg tu.
Dahla tu, biar je terbukak tengah rumah.
Malas.
Beg besar tuh memang khas barang aku dan Rais.
Kali ni gi Bandung aku cuma nak bawak 3 helai baju dan sehelai seluar Jeans.
Cukupla, sebab gerenti shopping sakan nanti kat Factory Outlet.
Cuma baju Rais aku tak pasti nak bawak berapa banyak.
Kat hotel ada laundry, so aku boleh gak hantar baju Rais cuci kat situ.
Kalau beli baju baru Rais pun boleh cuci kat situ dulu.
Kesimpulannya aku cuba minimakan kandungan beg besar tu supaya dapat menambah koleksi benda baru plak ke dalamnya. hehe..

Oklah, jangan cemburu. Semangat nak shopping ni!

Tak habis kemas lagi. Banyak lagi nak dikurangkan.
Tapi kene bawak bantal dan bolster Rais plak! Adoi..


P/S : Laki aku cakap kalau leave die approved, maybe nak gi Japan jugak nanti! Huhuhu...Syok nye keje pi vacation je.

Saturday, April 3, 2010

Surirumah


Sejak kitorang balik KL dua hari lepas, secara tidak langsung aku telahpun terlantik menjadi surirumah sepenuh masa. Nilah first time aku menjawat jawatan ini selepas ada anak.

Patutlah orang cakap kerja housewife tak penah habis.
Memang pun.
Sampai je kat umah, aku dah nampak seguni pakaian yang belum berbasuh dalam bakul.
Itu belum lagi dengan keadaan rumah yang separuh kemas (sebab baru pindah rumah seminggu sebelum balik Miri, jadi rumah belum 100% kemas lagi).
Mula-mula kene settlekan Rais dulu, sebab die blum makan dan mandi lagi.
Masa tu dah pukul 11 pagi.
Yela, kat Miri kene bangun kul 4:30 pagi sebab nak siap-siap gi airport.
Flight lak kul 6:20 pagi. Rais tukar baju je.

Pastu sambil-sambil tu aku startla mencuci baju.
Kemudian siap-siap nak kluar gi MidValley sebab nak carik carseat for Rais (Oh, kereta baru kitorang baru je dapat, q(^0^)p, MPV, so sebab tu nak beli carseat, lagipun dah tak larat nak jaga Rais kat seat belakang!).
Dan juga nak beli groceries dan barang-barang keperluan lain.
Carseat ada jumpa kat Mothercare tapi Si Laki pulak ade ke patut terlupe nak bawak kad VIP Mothercare. Dapat discount tu.
So tak jadik la beli carseat dulu.
Gi lak tukar duit Rupiah sebab nak gi Bandung Khamis ni.. jadi millionaire lak jap.

Balik-balik kene jam kul 7 petang. Pening betul la kalau duduk KL ni.
Sampai umah settle Rais lagi, kemudian sambung cuci baju lagi.

Sabtu pulak, Si Laki gi flight. So aku berdua dengan Rais. Huh...
Memang kerja tak habis-habis...
Baju kering, lipat baju plak..
Rais tido, sapu and mop lantai..kemas toys die yang berselerak (bahasa Sarawak: ngareran).
Nasib baik ada Cafe kat Level B1, senang nak tapau kalau saat-saat kecemasan.

Ari ni kluar lagi beli carseat, tukar duit lagi (sebab Money Changer takcukup duit, so kene pi 2 3 kali), pastu ada lagi kene beli benda-benda keperluan.
Yang geramnya ada kedai yang tak jual mende yang dicarik tu, pastu gi carik kat kedai lain plak.
Hai, nama je MidValley dan One Utama, ada jugak benda yang takde.
Baik aku beli kat Servay Miri je. Gerenti ade.

Carseat dah selamat beli. Rais duduk sopan je. Ok gak. Ingat die ngamok tak tentu pasal.
Yela budak tu mana suka kene restrain!
Tapi baru hari pertama pakai carseat, maybe syok kot. Hehehe..
Hopefully die akan duduk diam (bahasa Sarawak: renah) hari-hari seterusnya.


Rais busy dengan toys baru (kene beli toys baru sebab risau die ngamok dudok lam carseat)