Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 20, 2010

Cintaku di Tanah Ninja

Aku dah pegi Jepun sebanyak 2 kali. Kali pertama untuk honeymoon, April 2007. Honeymoon yang agak delay sebab aku kawin November 2006. Masa tu aku tak reti lagi cakap Jepun. Tak pernah pegi kelas Jepun pun cuma memang minat Jepun dan selalu tengok drama Jepun & anime dan juga suke dengar lagu Jepun. Kali pertama pegi aku and hubby ambik tour group dengan Apple Vacations travel agent. Boleh baca entri aku pasal gi Jepun time tu cuma gambar dalam entri tu ntah tak wujud lagi. Ni aku letak sikit gambar2 time tu.

Kat Universal Studio Osaka - Rambut mak merah gitu nyah..!!

Sempat gambar ngan geisha kat temple mana tak ingat dah..

Ni jakun tak penah tengok sakura...

Bento set yang 5 bintang sedaps...

Lagi jakun tu tak pernah tengok snow yang dah jadi ice pun..
ditemani suami yang tak berapa jakun sangat.

Kat Tokyo Disneyland...best giler kau!

Jakun-jakun yang terlampau gumbira dapat pegi Jepun..


Kali ke dua pulak aku dan hubby bersependapat nak pegi sendiri without ikut mana-mana tour group. Sebab? Sebab aku dah tau cakap Jepun. Mak dah belajar cakap Jepun nyah. Dah boleh cakap ngan orang Jepun tanpa ragu-ragu nyah. Hebat kan mak nyah? Entri untuk vacation ke Jepun kali kedua ni aku takde plak tulis, ni mesti masa hantu malas nak update blog.

Kami berhajat nak pegi Jepun bulan 6 tahun 2008 tu sebab utamanya ialah nak pegi tengok konsert L'Arc-en-Ciel kat Tokyo Dome!! Rock group Jepun yang best giler...!! Boss aku mintak tolong mak die belikan tiket masuk untuk kitorang.. Mak die tuh!! Canggih! Maka aku dan hubby dengan bersungguh hati membina pelan perjalanan kitorang kat Tokyo. Schedule lengkap dengan train ape nak kene ambik, berape train fee, pukul berapa kene gerak, kene ikut route ape dan sebagainya. Kalau tak silap vacation kitorang selama 7 hari ke 8 hari aku pun dah lupe. Selain Tokyo kitorang gi Nikko jugak nak tengok Edo Wonderland Nikko iaitu diorang buat tempat tu ala-ala zaman Jepun dahulu kala. Kali ni kitorang banyak tengok-tengok tempat sekitar Tokyo seperti Harajuku, Shinjuku, Akihabara dan sebagainya sebab masa first time pegi dulu kitorang sekejap je kat Tokyo.

Dipendekkan cerita sila tengok gambar je lah... Citer panjang sangat kang takde pulak orang rajin nak baca. Oh lupe nak cakap, kitorang pegi Jepun 2008 ni sebulan lebih lepas aku buat laparoscopy surgery.

Musim hujan time ni...

Lagi set makanan yang teramatlah sedap!!!!
Kalau kat Malaysia asyik makan sushi je, tapi bila dah kat Jepun,
sushi pun tak sentuh...banyak lagi makanan Jepun lain yang sangat sedap!

Ni la Harajuku...tengoklah kat belakang tu selautan manusia!!
Mak shopping tak hingat okay!

Kali kini kitorang gi Tokyo DisneySea pulak... Best best best!!

Konsert L'Arc-en-Ciel at Tokyo Dome!!

Gempak!!! Sila lihat betapa jauhnya kami duduk. Fuhhh giler ramai orang!
Eh jangan main-main, makcik tua pun ada tau!

Encik hubby yang suka buat lawak. Kat Tobu World Square Nikko.
Tempat yang banyak miniature tu...Comel!

So this is Edo Wonderland Nikko.
Jakun sibuk nak bergambar ngan Ninja! Ninja! Ninja!
Kat Mesia takde tau!

Mak pegi Tokyo Tower! Lalalalalaaa!

Pemandangan Tokyo dari Tokyo Tower...fuhhh!!!

Mak gayat tu....saje je show off konon berani la duduk kat cermin lantai tu...

Venus Fort at Odaiba, ceiling die macam langit betul boleh bertukar siang, petang, malam...
pehhhh dashyat...!!!


So what do you think? Jepun best kan?? Aku dan hubby bercadang nak pegi Jepun lagi thios coming April. Tapi tapi tapi itu pun bergantung kepada hubby dapat leave ke tak. Sebab sejak die naik fleet Boeing 777 ni, susah giler nak dapat leave. Ada senior die 4 tahun dah takpat leave. Sebab, tak cukup crew. Boleh tak macam tu...adeii... Please lah, mak perlukan sangat travel nih.. nak release tension! Huh..!

Oh ya oleh sebab entri ni cerita pasal Jepun, maka saje je nak tunjuk gambar outfit aku semalam pegi kelas Jepun.. heh heh heh...

Blue sleeveless top from blogshop (lupe lak),
skinny check pants from Nichii,
scarf bought from Shea at OBB Preloved Sale, belt from A Model Xcess,
heels from Charles & Keith (NEW!!)

4 comments:

  1. best gila jepun.. kitorang pun ada plan nak pigi since my brother in law masih study sana lg. plan plan plan. hehehe

    ReplyDelete
  2. As: wow best nye...bile nak pegi tu? Your BIL study kat Japan kat mane? best kan die dapat study kat situ. I wish I could stay in Japan! Nak merasa duduk negara orang. kalau ada time machine i nak study kat sana at least pernah stay 3-4 years kat Japan kan! hehee..

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat gi jepun....i dr kecik bercita2 nk g sane tp tak kesampaian.. :-(

    ReplyDelete