Thursday, September 16, 2010

Hari Raya 2010


So hows your raya? Mesti meriah kan. Sesapa kat kampung pastinya lagi meriah dari yang di bandar. Hari Raya aku macam hari raya tahun-tahun sebelumnya juga. Tak banyak beza. Cuma sudah 2 tahun aku beraya dengan anak. Kalau dedulu raya berdua senang nak pergi beraya ke rumah kengkawan. Dah ada anak ni memang agak susah sikit. Kene ikut time anak la kan. Pastu kene hangkut mak bapak beg.

Tahun ni aku beli je baju raya yang dah siap. Biasanya aku mesti tempah kat tailor favorite aku. Ntahlah, mungkin aku rasa beli lagi murah dari tempah kot. Tapi bila dah beli ada sedikit rasa tak puas hati. Hahaha..Tahun ni memang simple sangat. Lagipun aku takde masa sangat nak survey-survey baju raya. Rasanya tahun depan aku tempah balik je la kot, kukukuku...

Aku balik Miri dengan si kecik dan maid aku beberapa hari before raya. Si hubby balik dua hari sebelum raya. Tu pun kebetulan diorang kene kasi cuti sebab masih dalam training. Kalau tak, ada kemungkinan takde cuti raya tahun ni. Seperti biasa aku mesti order kek lapis untuk family aku dan si hubby. Dulu aku tempah yang kat KL tapi merasalah kau nak bawak balik Miri naik belon. Sebijik kek dah berapa kilo! So kali ni aku order dari orang Miri je, nama dia Kak Faridah orang Pujut 4. Kalau nak no die pm je aku. Aku paling suka Chill Cheese Cake Oreo. Yang lain aku order rasa kek lapis biasa ler. Sama je rasa semua kek lapis tu. Beza cuma colour dan design je hehehee...


Raya kali ni aku tak visit rumah orang banyak sangat. Sedikit susah sebab anak dah umur setahun lebih. Kalau tahun lepas baru umur 6 bulan, amatlah senang. Baring je atas sofa die tak ke mana pun. Sekarang, adoiii...kene kejar sana sini dahtu kene berjaga takut die kacau segala balang-balang atas meja, dengan gelas air lagi...Mampus aku kalau pecah barang rumah orang. Tapi kadang2 aku amat hairan dengan tetamu yang datang beraya rumah bawak anak kecik, rilek je mak bapak die biar anak die kacau barang rumah orang. Caner tu ek? Makbapak die siap leh borak baik punya, takde nak jeling-jeling anak tu. Yelah kalau anak duduk diam takpelah jugak. Anak diorang dah pegi keluar masuk bilik rumah orang, panjat kerusi/sofa, berkejaran sana sini....emm... agaknya sampai ada barang pecah baru nak tinggi suara kat anak kot? Tak faham, tak faham. Nasib baik gak aku ada maid, dan maid aku tu alhamdulillah orangnya baik dan suka budak jugak. So die la yang dok kejar dan entertain anak aku kat rumah orang.

Apapun terima kasih kepada rakan-rakan/sanak saudara yang menjemput ke rumah terbuka mereka. Maaf kepada mana-mana yang kami tak dapat datang. Satu je lagi aku menunggu sehingga hari ini, bila lagi kitorang nak beraya rumah sendiri. Hehehe.. Aku teringin nak menghias rumah, buat kek dan kuih, menunggu tetamu datang, buat open house.... =p

Keluarga aku

Keluarga si hubby


No comments:

Post a Comment