Busy dengan Idulfitri lupe lak nak update progres si kecik at 18 mos.
1) boleh mengenali beberapa benda dan menyebutnya tapi sebutan belum perfect lagi. Antaranya:
moon = moo
balloon = boooon
ball = boooo
clock = kok
car = ka
star = ka
shoes/socks = sheshh
flower = wawe
bubble = ba be
rainbow = bo
2) boleh mengenali beberapa benda/haiwan tetapi belum pandai menyebutnya cuma tahu nak imitate. Antaranya:
train = huu huu (sambil tangan konon2 pull the cord)
dog = guk guk (buat bunyi anjing)
lion/tiger/monster = woooaaa (macam roar)
monkey = ee ee ee (takreti aku nak explain macamana die buat bunyi ni)
sheep/Timmy Time = deeeekkk (macam bunyi mbeekk)
cat = nyeeee (konon nak buat miau tapi tak menjadi, sambil lidah terkeluar2)
sun = angkat tangan macam dalam Barney bila nyanyi lagu Mister Sun, bebudak tu sume angkat tangan
elephant = tangan kiri pegang tangan kanan (pun ikut dalam Barney bila nyanyi lagu elephant, tangan tu jadi macam belalai elephant)
3) pandai menyebut nama panggilan beberapa orang ahli keluarga.
Papa = bakpa
Mama = bak bak kadang2 bakpa jugak, kadang2 mama
My maid = kaka (kadang2 ikut aku panggil nama As, die panggil Aaaaa)
Lydia/Yaya (anak kakak aku) = Kayaya
Luqman (anak kakak aku) = Aba (as in Abang, my sis and anak pompuan die panggil Abang)
Wa Doe (kakak aku) = Wawa
Bibik (maid kakak aku) = didik
Semua nenek2 = Nene (belum berapa pandai sebut actually tapi aku ada terdengar die sebut 2 kali)
4) Makan bubur 3 kali sehari. Kuantiti sepinggan macam dewasa punya portion. Hahaa..
5) Susu Pediasure masih 4oz every nap/sleep.
6) Suka imitate bunyi orang especially bila papanya bersin or hembus hingus dan sebagainya. Si kecik sibuk buat bunyi yang sama. Memang sangat lucu.
7) Masih nakal dan susah nak handle.
8) Suka makan Fuji Apple.
9) Suka makan kerepek dan makanan yang sewaktu dengannya. Yang macam keping-kepingan.
10) Apabila bertemu budak sama umur, suka nak share toys die, suruh budak lain main toys die.
11) Really likes car. And ball.
12) Obses tengok video dan gambar diri sendiri.
Yang pelik nye, 3 benda yang selalu dengan die sejak baby lagi die tak reti nak sebut. Iaitu Pepet (Paci), Stitch dan Barney. Musykil aku. Setiap masa kitorang sebut 3 benda ni.
Tiba-tiba aku terasa sedih bila mengenangkan si kecik akan membesar dan terus membesar. Walaupun die sangat nakal dan hari-hari pasti geram dan naik hangin dengan keletahnya tetapi aku amat suka si kecik pada umur ini. Sebab si kecik sangat cute. Dengan rambut mushroom. Dahla badan kecik. Dah besar nanti takkan sekiut sekarang. Pastu suka ketawa. Suka menyakat. Setiap kali nak tidur pasti nak bergurau dengan aku dulu.
Ok, I feel like crying now. I want him to stay as per now. Don't grow up too fast my son. :~(
Isn't he too adorable? :~(
Takut dengan pasir