Sunday, July 4, 2010

Bandung Part II

Adoi lamanye tak update. Yup, memang. No 1 Malas, No 2 Memang busy jugak takde masa lately Dacchi sangat clingy. Aku cuma sempat nak check FB je on and off pastu masa die tidur, kalau aku tak ikut tidur (sebab selalu tak cukup tidur), aku akan buat kerja design ATOZ.

Oklah dah bulan July ni baru nak update pasal Bandung lagi. Tempat2 shopping haruslah pergi ke Factory Outlet (FO) yang sangat melambak di Jalan Riau, Jalan Setiabudhi dan lain-lain. Heritage, Secret, Rumah Mode, Grande, Victoria dan banyak lagi FO yang best-best. Tapi kene check jugakla ada yang slightly mahal ada gak yang boleh tahan murah. FO kat sana berbentuk macam rumah-rumah je. Sebelah menyebelah sepanjang jalan.

Kat belakang tu Factory Outlet Rafflesia

Nak cari Jeans, boleh gi Jalan Cihampelas tapi paling best kene gi Toko Tiga. Yang ni branded jeans yang bagus jugak. Aku kebas 2 Levis Jeans dan 2 helai Levis top. Berbaloi. Laki aku entah berapa banyak die kebas.

Jeans aku kebas kat Toko Tiga..

Murah!

Paris Van Java Mall kitorang gi jugak tapi tu macam mall biasa. Alah kat KL melambak mall, bagi aku setakat jalan-jalan je oklah tapi takyah lah shopping situ. Baik shopping kat FO.


Kat sini Si Kecik tu sempat main benda favorite die ni!

Lagi kitorang gi tempat jual leather, Cibaduyut, tapi takde pape sangat. Aku nak cari knee length boot pun ada jumpa satu tapi ada rosak-rosak pulak. Dahtu yang tu lah last piece lak. So takde beli pape. Agak buang masa jugak kitorang kat situ.

Pasar Baru - harus pergi bagi yang mencintai pelbagai jenis tudung/kain dan yang sewaktu dengannya. Memang berbaloi. Mak aku spent berjam-jam kat kedai tudung je. Tak sempat nak jenguk tingkat lain lak. Aku nak gi tengok kain pun tak sempat. Huh... Lainkali kalau gi Bandung lagi kene spend satu hari kat Pasar Baru je. Kedai ni bertingkat-tingkat. Cuma tak berapa sesuai nak bawak baby la sebab agak sempit, nak tolak stroller pun jalan between kedai memang sempit. Pastu boleh lost! Sebab banyak kedai kecil-kecil yang serupa je. Tatau mane depan mane belakang. Perlu guna GPS kat sini nampaknya.


Mak aku yang susah hati nak pilih mana satu..

Nasib yang sangat baik sebab si Kecik tido sepanjang shopping kat kedai tudung!


Maaflah aku memang tak sempat nak ambil gambar proper untuk trip ni. Asyik gambar kitorang je. Gambar FO dan Pasar Baru pun takde amik. Baru anak sorang, pun dah tak sempat nak ambik gambar betul-betul satu-persatu tempat kitorang gi.

Apapun Bandung wajib pergi. Untuk SHOPPING dan SHOPPING je. Kalau nak gi jalan-jalan je takde tempat sangat kat Bandung ni. Oh lupe lak nak citer selain shopping kitorang ada jugak gi Kolam Air Panas, dan pergi memetik strawberri (kononlah memetik).

Memetik strawberri tu la...

Sari Ater Hot Spring Resort

Mandi manda kat Kolam Air Panas


Ahh, tempat makan best Kampung Daun! Tapi jauh masuk ke dalam dan kene berjalan kaki lagi sebab die bukan restoran macam tu je, tetapi dalam tempat makan tu ada banyak pondok-pondok di sekeliling lorong macam naik bukit. Pondok tu ialah tempat makan. Boleh baring-baring lepak dengan suasana macam dalam hutan...best jugakla, makan pun sedap. Cuma nak gi situ kene plan betul sebab agak jauh dan kitorang pergi pula kene time hujan! Sampai sana jam 3 baru nak lunch! Other than that ada banyak makanan Sunda dan lain-lain yang sedap boleh tahan. Tanye je kat Pak Supir anda. Lagi jangan lupa Hoka Hoka Bento, restoran Jepun yang sedap!

Best boleh rilex! Ni pondok makan kat Kampung Daun

Antara tempat makan lain (SapuLidi)


Hoka Hoka Bento


Yang takde dalam plan tapi singgah sebentar ialah De Ranch. Tempat sukaria... hehehe.. best jugak tempat ni..bebudak suke la..ada bermacam permainan jugak. Aku sempatlah jugak main benda ni.............

Ada best?

Wajib..




Antara pakaian2 yang dibeli...

Winter wear untuk si Kecik

Branded & cukup murah~

Coat from Zara Basic


Seperti biasa murah..

Coat from Marc Jacob

Boleh tahan jugak rega...huhu...


Tunjuk paperbag je pun cukuplah...


Walaupun banyak jugalah yang dibeli tapi tetap tak puas hati. Sapa puas hati? Ada banyakkkkk lagi yang mesti beli!!!!!

1 comment:

  1. SHopping heaven you're in!
    BEST NYER!!!! jelessss!!!!
    y la your fam member sume kawaii2 ni!!!!

    ReplyDelete