Post kali ni ialah post luahan perasaan. Aku tidak suka pendam perasaan. Jadi jangan hairanlah kalau aku buat bising kat sini. Heh..
Aku tidak suka bila orang suruh aku bersabar. Ya, memang aku tengah bersabarlah ni. Takkan bila aku luah perasaaan terus dianggap tidak sabar dan perlu disabarkan? Bukankah meluahkan apa yang terpendam itu lebih melegakan daripada simpan je dalam hati esok lusa boleh meletup?
Sejak kebelakangan ini Si Kecik suka marah-marah dan ngek-ngek tak menentu. Tak kisah sangat sebab dah biasa. Tidur tak cukup pun dah biasa. Tapi semenjak dua menjak ni, kelakuan si Kecik semasa tidur sangat meletihkan dan memeningkan kepala aku. Orang selalu cakap biasalah ada anak kecil memang tak cukup tidur. Ya, aku tau tu. Salahke aku nak bercerita? Sukati akulah ni blog aku.
Ok mari aku cerita kisah si kecik bila tidur malam.
Katakan dia tidur pukul 10pm. Apabila separuh sedar, aku sumbat susu. Susu pun sekarang ni semakin kurang 100ml je (ada ke budak umur setahun 4 bulan minum 100ml je?). Dahtu sedut 3 kali terus berenti dan reject, takmau. Ok, tunggu sekejap. Masukkan paci balik ke dalam mulut. Lepas 10 minit, cuba lagi susu. Reject. Keadaan ini berterusan selama hampir 1 jam. Kalau dah tamau jugak, baru aku buang susu. Selalu nya bazir lah.
Mungkin 4 jam pertama dia akan tidur nyenyak. Tapi masa dia tidur ni aku terpaksa buat kerja design aku sebelum tidur. Yelah bila lagi dapat nak buat. Masa dia tido je la kan. Kadang-kadang aku tengok drama kat internet sebab aku stress/tension. Jadi nak melegakan kepala aku tengok drama. By 12am aku tido.
Jam 2.30am si kecik start restless. Pusing kiri pusing kanan. AKu tepok2 bontot dulu kut kut dia nak tido balik la. Lepas setengah jam, masih lagi pusing sana sini kepala atas bawah. Ok, mungkin dah lapar nak susu. Yelah tadi kan susu tak habis. Of course lapar. Nak kata sejuk ke panas ke aku check semua ok je. Buat susu, reject. Masih pusing kiri kanan. Maybe nyusu pun sikit sikit je. Tunggu lagi 10 minit, sumbat susu lagi, hisap sikit lagi. Keadaan ini berlaku selama 1 jam. Adakala susu dapat dihabiskan, adakala bazir lagi. Ok, tido semula. Jam dah pukul 3.30am.
After sejam restless lagi. Pusing kiri kanan depan belakang. Adoi.
Aku tersedar lagi. Tepok2 bontot sampai 1 jam. Kadang2 die tido balik, kadang-kadang berterusan sampai 2 jam. Dan aku pun tak tido sampai 2 jam. Jam 6.30am restless lagi. Buat susu lagi. Sama juga, kadang2 reject kadang2 die dapat habiskan susu in one go. Tepok2 lagi supaya tido. Pastu 7 lebih atau pukul 8 dah bangun balik. Pastu aku pass die kat maid aku (itupun nasib baik ada maid la), then aku sambung tido balik.
Untuk sejam dua.
Keadaan ini berlaku almost setiap malam di mana aku akan bangun setiap sejam mula dari pukul 2 atau 2.30 am. Penat dan sakit kepala tau sebab tido bangun tido bangun. kalau tido 4 jam, dan bangun tak ape. Tak sakit sangat. Ini setiap satu jam. Kadang-kadang bila die minum sikit-sikit je, aku terpaksa set alarm untuk bangun satu jam kemudian untuk cuba menyusukan dia lagi dengan harapan susu tak bazir.
Biasanya budak umur dia ni akan tido straight sampai ke pagi. Kalau ada pun bangun tengah malam pun sekali sekala. Ye tak? Anak-anak korang camne? Cerita jugak kat aku supaya aku tak rasa anak aku sorang je macamni. Supaya ketensionan dapat dikurangkan.
Sangat bengang bila orang suruh aku bersabar. Memang aku tengah bersabar la ni. Siap baca doa-doa, selawat etc. Kalau tak sabar dan hilang iman, tau tak apa yang terjadi pada budak2? Yang macam keluar dalam news lah seperti budak kena pukul atau dera oleh ibu bapa, atau ibu yang lari dari rumah tinggalkan anak sorang2 kat umah. Itu barulah hilang sabar dan iman. Geramlah macam ni. Bukan nak support kita. Memang tak akan faham kalau tak berada di tempat aku. Ayat standard "Sabar je, jangan stress, budak kecik memang macamtu"
Ok maaf di atas kekasaran bahasa. Ini memang definitely post luahan perasaan.
Walau macamana sekalipun kerenah kitak, mama tetap sayang kitak =)
pasal restless tido ya sik juak dapat komen sebab harith tok susah tido mun sik benar2 kepak dan ngantuk. tapi mun tido nang sik bangun walau bisin sebab dah kepak gilak. tapi selalu part kamek jadi hulk hogan kinek tok ialah masa nya dilarang sik mauk ikut. siap jawab balit sebab dah start panda cakap. kamek gik ganas dy...minggu tok tek campur ngan PMS. campur gik Najah sik mauk dibah lamak2. mauk dipegang jak. campur gik harith berolah sik mauk dilarang..nang duak tiga kali juak lah kamek pukul nya di tangan ngan kaki. bila nya dah nangis. rasa bersalah balit. masa toilet training riya pun kamek emo juak. bila dah teraccident...bertambah gik keja. zappp kenak sebijik gik di kaki. bila jadi gia...kamek pun meluah ngan hubby bila nya balit. kak ya nya try handle ne nya dapat supaya kamek dapat rest for half an hour. kak ya kamek gik kesian ngan hubby sebab nya pun kepak lekak belajar. balit rumah anak gik berolah. bini pun stress. hahah
ReplyDeleteAdoh eh, tengah aku lalek2 maca blog kau tok tek...tetiba "piang!" mangkuk custard sauce aku terbalit rah lantei. Di tarit Milan paduhal...betapa geramnya aku juak! Milan pun sik pande mok tido lena malam2. tiba2 nangis kedak kenak anok. Nang org ada anak jak akan faham bah Dy. Sik salah kau tension. AKu pun sampe juak tangan kdg2.
ReplyDeletebeb, aku dulu pon cam kau. masa my 1st born kan. bengang gila everytime org suh aku sabar. anak aku pun stock yg tido buai smp umur 2thn lebih, (kitorg siap beli motor buai automatik tu)sbb dia jenis yg tido tak lena dan susah sungguh nak tido. lg la aku kerja masa tu. biasalah kalo bengang kat anak, aku dulu lg teruk Allah je yg tau. sian kt anak aku yg sulung tu. even smp skrg ni dah umur 4 thn pun dia stil throw temper tantrums and till now aku still hilang sabar gak once a while. apa2 pun yg ko buat, just keep remind yourself anak ni amanah Allah.
ReplyDeletehehe thanks guys...sebenarnya aku salute gik ngan ktk orang bah. aku tok yet ada org gaji gik pun masih tension. apalagik ktk org dahlah jauh di perantauan, sorang dah anak 2, sorang gik anak sorang and tengah preggy. fuhh memang mencabar dugaan itu. hehee..sikpa, kita share story dpt ngurang tension. hehe..aku pun kadang2 mun dah nait geram maok juak kaki tangan rais ditepek ku. kubit kah. lepas ya mun nya nangis mesti aku rasa bersalah lalu. kadang2 terpikir juak gine mak kita dapat jaga 4 5 orang anak oh. mak aku mdh kamek org adik beradik sikda yang gaok gilak macam rais tok. even anak2buah ku yang lain pun sikda gaok camya gilak. anak zaman kinektok eh...
ReplyDeletemak kmk pun komen gia..nya madah kamek org gik kecik sik lah pelik gilak olah. kali terlebeh vitamin. haha
ReplyDeletetang semua jak sama tok....hihihihih...sama la ngan kmk juak....upa nya nang kdk ya duhal jadi mak orrrr....for wedy knk ktk sik try ngurut nya...kdg2 nembiak kdk ya mesti mok slalu d urut stiap kali after nya mandi....mun rupa nya sik selesa juak zikir kat telinga nya.....insyakallah nya rasa tenang....try la.....mesti ktk lena tdo tiap2 mlm.....oke!!!!
ReplyDelete