Thursday, July 22, 2010

Twilight Saga : Eclipse

Ohhhh sangatlah harus meluangkan masa selama 2 jam untuk menonton kesinambungan siri Twilight Saga ini. Memang best, memang puas hati!
Rasanya lebih best daripada New Moon.

Pertama kali movie ini aku tengok kat Cineplex Miri. Bersama kakak-kakaku anak beranak. Bawa teenagers pulak tu. Huhu~ Tidak tersangka banyak pula scene yang 18sx (seperti kissing dan scene atas katil)... oops...walaupun katanya PG13, tapi standard ini disetkan oleh pihal US, di mana tau-taulah kat US, umur 13 pun dah matured terlampau. Budak-budak umur 13 tahun kat Malaysia apalah nak dibandingkan dengan budak-budak US umur 13 tahun? Jadi ibu bapa sendiri perlu tau lah ok ke nak bawa anak-anak teenager tengok movie camni..

Anyway, pegilah tengok movie ni. Secara kesimpulannya aku masih tetap dengan Team Edward, tapi kali ni aku telah mula minat dengan si Jasper Hale. Hehee..sapa yang dah tengok tu taulah kenape. Jacob masih tetap macho dengan body nya yang tough it..Terliur jugakla nengok......

Oh lupe lak, nak citer pasal Cineplex Miri yang sangat hampeh. Minta maaflah..kalau tak best memang aku kutuk. Kalau best aku puji. Tidak profesional, itu pendapat aku. Siap ada screen blackout for 30 seconds macamtu. Dahtu diorang tak pula rewind part yang missing. Mungkin susah nak rewind kot sebab bukannya pakai DVD kan? Entahlah aku pun tatau konsep cinema macamane. tak google lagi. lagi lampu dalam cinema masih menyala walaupun citer dah start. Hampeh betulla...Kemudian pintu cinema asyik buka tutup dahtu bising pulak orang kat luar. Aku duduk belakang sekali paling dekat dengan pintu. Memang hampeh.............

Kali kedua aku WAJIB tengok movie ni kat Gold Class Signature The Gardens. Tiket pun memanglah mahal tapi sangat berbaloi. Puas hati. Takde stress-stress...
Tengok dari gambar je dah tau...


4 comments:

  1. Team Edward ya dy..he he he.. aku suka pemandangan dalam cerita tok..cantik!

    ReplyDelete
  2. hehehe yalah kacak2 o scenery. ko team edward juak kah? hehehe

    ReplyDelete
  3. ha ha ha..giler punya bait vampire ya ha haha..

    kesian juak ngan Jacob..confused!!eh he he.

    ReplyDelete
  4. you've been tagged :)

    http://somebodyinme.blogspot.com/2010/07/kene-tag.html

    ReplyDelete