Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 19, 2010

Bandung Trip Part 1

Barulah aku ada masa nak cerita pasal trip Bandung.
Apapun aku cuba ringkaskan lah kang nanti boring plak korang nak baca panjang lebar.
Trip Bandung kali ni disertai oleh mak bapak aku dan juga keluarga uncle laki aku. Seminggu sebelum berangkat, aku dah ready itinerary kitorang, book hotel dan jugak transport. Oh, paling penting kene sediakan kertas kecik, tuliskan exchange rate siap2. Penting untuk SHOPPING.

Flight
Kitorang naik AirAsia Indonesia sebab flight tu je yang ada direct ke Bandung. Dahtu Boeing 737 plak. Yelah sebab Airbus blum dapat landing kat Bandung nyer airport so kene pakai 737. AirAsia Malaysia lak dah takde 737 dah, sumer Airbus 320.
Anyway, first time dalam seumur hidup ku, bila naik flight AirAsia Indonesia ni, cabin crew buat announcement untuk safety demo dalam 2 bahasa. Kebiasaannya aku selalu tengok dan dengar dalam satu bahasa je. Usually in English. Tapi yang ni die buat dual language.
Pendapat aku la, oleh kerana die buat dual language, maka announcement tu jadik cepat dan crew yang buat demo tu kene buat 2 kali.
Masalahnya bukannya habis set dalam bahasa Indonesia kemudian barulah set English, tetapi habis satu ayat dalam bahasa Indonesia dah tukar English plak. Bagi aku kalau first timer naik flight memang boleh confused dan takpaham ape diorang ni nak sampaikan sebenarnya. Dahlah cepat plak tu.

Bagi aku yang penting penyampaian safety demo tu kepada penumpang. Nanti penumpang takpaham susahla pulak bila terjadi emergency. So lebih baik announce dengan perlahan tetapi tegas dan jelas.

Hotel
Airport Bandung kecit je. Especially arrival hall die. Memang sempit.
Bila keluar, aku expect Pak Supir dari hotel dah menunggu kitorang dengan bawak kertas yang ada tulis nama aku.
But then, hampa dan geram sangat, mamat tu lambat tahap gaban lah pulak.
Aku rasa adala dalam sejam gak tunggu die datang. 2 buah mpv.
Alasannya "jalan macet". Hello, kalau dah tau jam, geraklah sejam lebih awal. Ingatkan jauh sangat hotel tu, takdela sangat, cuma sebab jam jadik lama dalam kete.
Masa tu aku dah takpuas hati dah dengan service hotel ni.

Hotel kitorang duduk tu Hotel Cihampelas 2. Nampak dari website die cam ok je. Tapi, dukacita ku maklumkan, aku sangat tidak berpuas hati.
Memanglah murah, tapi ada jugak hotel yang murah tapi kualiti bagus.
Maaflah ye, tapi aku SANGAT tidak mengesyorkan korang amik hotel ni. Gi la carik hotel lain k.

Maafle gambar hotel pun aku taksempat nak ambik. Yela dah ada anak ni memang tak ingat sangat nak ambik gambar.

Kekurangan hotel ini ialah:
1. Suis main plug susah betul nak carik. Tersembunyi belakang kabinet la pulak. Pastu bukan 3 pin macam kat sini. Takpela lainkali kene bawak converter sendiri la.
2. Air panas kat bathroom sekejap panas sekejap sejuk. Ntahlah kesian betul Rais tengah mandik tetiba air jadi sejuk. Sejuk bukan sejuk biasa tapi sejuk cam ais!
3. Toilet kat bilik mandi mak bapak aku tetiba rosak pulak. Adeii..
4. Tuala yang diberi walaupun dah cuci tapi kadang2 diorang bagi tuala yang ada hitam-hitam. Eeewww...! Terpaksa gi beli tuala sendiri. Takpun banyak kali kene mintak tuala baru untuk replace tuala yang hitam2 tu.
(Nanti kalau aku ingat ape lagi, aku tulis)

Kebaikan hotel ni:
1. Bilik luas, katil pun ok.
2. Transportation dan pak supir disediakan. Perkhidmatan Pak supir bawak gi shopping dan ke mana-mana je tu kire bagus jugakla. Cuma keciwa pada hari sampai kat airport tu je diorang lambat, memang hampeh.
3. Ada kedai ala-ala 7eleven kat sebelah.
4. Berdekatan dengan tempat shopping dan makan.

Ok nanti Part 2 plak sambung kisah shopping lak k. Sila tunggu~


1 comment: