Saturday, July 24, 2010

Jalan jalan Aquaria

Semalam papa tak ada training. Oh lupe lak nak cerita, papa sekarang tengah conversion training Boeing 777. Yang aku tau biasanya ada 3 peringkat, 1st: ground classes (CBT, Load & Balance, Limitation, SEP etc), pastu 2nd: Simulator pastu 3rd: line training which is akan fly macam biasa tapi under training. Sampailah dah pass barulah disebut online. Yeah, so lepas ni hanya tunggu sampai masa nak naik pangkat Captain je lagi. Yahoo! (Tukar topic jap).
So sekarang ni papa tengah ground classes lagi tapi semalam takde kelas pulak so kitorang decided bawak Cuki pegi Aquaria KLCC.

Penat jugak aku nak pilih outfit ape nak pakai, sebab nak jugak pakai baju2 yang baru beli from F21 haritu. So, in the end ini yang aku pilih.

Floral Dress from F21
Black Leggings from tak ingat
Dark Red Belt from Sg Wang
Heels from Charles & Keith
Long Necklace from Iora
Bracelet from Diva

Seronok tengok gelagat Cuki tengok ikan-ikan. Ada yang die takut, ada yang die suke tengok. Hehe...kalau kite sebut fish, die tunjuk fish. Tapi takreti nak sebut fish lagi. (>_<)

Hisap paci pun nak keluar lidah..

Lepas menghabiskan masa kat Aquaria, duduk minum jap kat Starbucks.

Best pulak dinding kaler biru nih. Macam blue screen je.

Pastu kitorang ada janji plak dengan uncle dan auntie papa (yang datang KL untuk shopping) untuk pi dinner. Penat gak nak pikir nak dinner kat ne. Sebab aku and papa bukannya tau sangat restoran kat area KL ni. Kalau area Damansara tu taulah jugak. So at last kitorang pi carik restoran kat Pavillion je. Itupun jalan jam hampeh lah.

So makan kat Tony Romas. Ramai kawan-kawanku cakap Tony Romas memang sedap. Dulu kitorang pernah dinner kat Tony Romas The Gardens sekali. Ni kali kedua la. Hmmm memang sedap. Aku amik pasta with shrimp je. Untuk pengetahuan korang aku ni not really into western food. Steak aku tak pernah order untuk diri sendiri. Selalunya curi curi rasa dari papa punya portion je. Anyway pasta aku ni sedapla jugak. TAPI pinggan sebesar tayar basikal budak (overlah kan) yelah portion mat salleh. Seperti biasa aku memang takdapat pun nak habiskan.... Memang membazir je bawak aku pi makan tempat2 macam ni.

Hari dah malam so sejuk sikit aku cuma add Dark Red Cardigan from Comma (My old old old one)

Papa lak amik rib ape ntah nama die. Uishh tapi sedap siot. Gravy die sedap. Hmm..lain kali leh la aku order menatang ni untuk diri sendiri. Selalunya tak pernah pun aku kesedapan sehingga menjilat jari food seperti steak/rib dan yang sewaktu dengannya. Ok boleh kasi 5 stars untuk Tony Romas!

Malam semalam Cuki tido sangat lewat, 12:30 pagi! Sampai rumah sempat lagi die bermain bola dan juga sebok suruh kite tiup bubble. Alah yang mende ko tiup air sabun tu keluar bubble. Pastu dah penat sangat, sekejap je dah terlelap tapi susu tak habis. Haishhh budak ni. Dahlah hanya menyusu time tido!! Pagi tadi bangun 7:30. Macam tak cukup tido je... Oklah hari ini ada banyak program lain pula. Pegi wedding kawan papa, gi beli groceries, malam lak nak ambil Aileen Cuzzie and Auntie kat LCCT. Diorang stay kat umah aku seminggu! Yay!!

2 comments:

  1. Part pinggan sebesar tayar basikal ya molah aku sik tahan mok tetak, haha. Aku pun sik brp western food koh. Esp, mun steak ya nang sikpat mok ngabis.

    ReplyDelete
  2. OMG, love your heels there!!!! matches the outfit perfectly!!!!
    Have never been to tony romas, maybe i should try bile2!!!! nampak sedap...=)

    ReplyDelete