Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, March 28, 2010

Beautiful Blogger Awards

Okie, now dah kene tag ngan Mama Harith and Najah, so aku pun kene la buat mende alah ni. Walaupun aku tataula sangat ape mende ni, tapi tengok si Mama Harith and Najah tu dok tulis mengenai diri sendiri, okla aku pun mesti tulislah ek.

Ni pasal aku:

1) Aku gila shopping.
Sejak pandai berfashion dan bermekap, iaitu rasa-rasanya sejak mula kerja sebagai cabin crew AirAsia, aku mula mengumpul minat dalam shopping.
Apa yang di shopping? Bukanla shopping groceries ke ape, tapi aku suka pasal fashion, so memang suka kumpul baju-baju, cute tops, dresses, skirts, jeans, leggings, short pants dan sebagainya.
Selain itu aku suka gak kumpul handbags. Tapi lately cam tak ada minat sangat ke arah handbags atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin dipengaruhi dah ada baby, jadik asyik bawak baby bag je..
Wallet and hp pun baling masuk dalam baby bag je. Kengkadang kalau rajin baru bawak handbag sendiri.
Lagi suka buat koleksi kasut/heels/pumps. Tu pun masih rasa tak mencukupi.
Tapi sekarang pun kurang juga shopping kasut kerana dah berhenti keje.
Kalau dulu gi opis memang tak hingat fashion. Hari-hari high heels.
Skang ni paling-paling kluar pun gi mall je jalan-jalan. Biasa lebih suka pumps.
Accesories lak aku tak la ada banyak sangat mungkin dipengaruhi dengan sikap malas nak tukar-tukar earrings dan rantai.
Since dah ada baby aku jarang pakai cincin kawin dan jugak gelang tangan sebab takut terkene kat baby nanti habis luka la kulit baby yang halus tu..aihh..
Satu lagi gila shopping barang make-up. Leh tengok barang make-up aku kat post ni :

2) Aku gila bermake-up
Kalau keluar rumah paling simple atau minimum make-up yang aku pakai ialah foundation nipis, powder, eyeliner, mascara, eyebrow liner, lipstick and lipgloss. Yang ni ble siap dalam masa 5 hingga 10 minit ler.
Kalau nak make-up full paling lama sejam lah gitu. Aku suka kelihatan cantik.
Laki aku pun suka aku bermekap kalau kluar dengannya.
Bagi aku, tak ada pun perempuan yang cantik giler kalau tak bermekap.
Semua perempuan wajah kosong tanpa mekap ialah biasa-biasa je. Termasuk la aku.
Cuba fikir, pernah ke kite lihat kat mall ke kat mana-mana pompan yang tak pakai ape-ape mekap, sangat cantik?
Kalau ada pun hanya segelintir je yang memang dah cantik bare face.
Seumur hidup aku, aku cuma kenal seorang je kawan pompan aku yang sangat cantik walaupun tanpa mekap.
Sebab muka kite memang biasa ada masalah. Masalah warna kulit tak sekata la, ada jerawat lah, eye bag lagi, kesan lubang-lubang bekas jerawat lah, parut pulak sana sini. Betul tak? Semakin berumur semakin banyak masalah...hahaha..
Macam muka aku, bermasalah eye bag yang hampeh, tone kulit tak sekata, pastu ada kesan bekas chicken pox lak..tapi alhamdulillah aku takde kesan jerawat. Jerawat sangat jarang bermastautin kat muka aku. Itu jelah yang best nye.
Kalau keluar tak pakai mekap rasa muka cam bangun tido je. Pastu dengan mata besarnye lagi..Naper ek..

3) Tak reti masak!
Eh, takdelah boleh dikatakan tak reti langsung. Memasak reti la...cuma yang subjek-subjek berat aku tak cover lagi...huhu...
Berat bagi aku termasuklah masak kari, masak daging, potong daging, masak rendang ke dan sebagainya.. mungkin orang lain rasa kacang je kot masak tu. Hehehe..
Aku pun dari kecik memang tak dibiasa masak. Yela, aku ada kakak-kakak yang memang selalu tolong mak kat dapur. kalau gi dapur mak mesti bising suruh keluar.
Jadi secara tidak langsung aku dok bermain je la kat luar, tengok tv ke. takde la nak sibuk-sibuk gi dapur.
Em, aku rasa aku start belajar memasak bila kat Universiti, duduk luar (bukan kat asrama/kolej). Masa ni retilah nak masak nasi, masak telur favorite, masak sayur skit..
Masa keje AirAsia, aku duduk dengan kawan dan ada juga duduk sendiri. Ada juga masak sekali sekala. Tapi sangat jarang sebab lebih senang beli dah siap.
Lagipun untuk makan sorang je, buat penat je masak berjam jam tu. baik beli je.
Lepas kawin, duduk ngan laki, kenela masak gak. Bolehlah sikit-sikit.
itupun jarang juga masak sebab kitorang suka makan luar je.
Paling-paling masak berat pun setakat ikan bawal masak merah ke..itu je la aku tau..
Masak style lain hampehla..
nasib baik laki tak cerewet, dia pun pandai masak lagi dari aku la..
lagi satu dari dulu dah biasa ada orang gaji kat rumah, sebab tula tak ke dapur jugak..
Tapi ada satu kejayaan pernah aku kecapi iaitu buat kek lapis tanpa bantuan orang! Huhu... itu masa tengah minat kek lapis la tu.

4) Suka travel
Paling suka bila travel ngan laki. yela of cos la kan...sapa tak suka travel ngan laki sendiri. Paling suka bila travel sebab dapat buat plan sendiri pegi mana, naik apa, hotel mana. Masa pegi Japan kali ke2 tahun 2008 dulu, aku dan laki ku buat plan sendiri. Siap ade file lak tu. itinerary for every day. Siap dengan tren ape nak pakai, pukul berapa kene blah dari tempat tu, pastu gi mana plak..memang best.
Cuma kali ni dah ada baby kecik memang penatlah...

5) Aku tidak pintar
Masa skolah, bukannya dapat pun no 1 ke no 2 dalam kelas. Kalau adapun rasa pernah sekali dua je masa skolah rendah kut. Eh lupe la pulak, skolah menengah tak penah dapat top 3 ek? Lupe la.. tapi aku ingat subjek kegemaran masa skolah menengah ialah Maths dan Pendidikan Islam.
Oh ye, aku pernah lak dapat anugerah pelajar terbaik Maths dan Pendidikan Islam.
Ceh, tererlah konon.
Ok, mungkin masa skolah aku cuma belajar for exam. Bukan belajar for life. Itu yang aku rasa.
Sebab, kalau korang tanye aku soklan Maths ke or soklan pendidikan Islam ke skang ni, aku dah tak ingat..simple Maths tu taula kot.. hohohoh..
kalau dulu, tanya soklan Tajwid memang nombor 1. Siap dengan nama-nama dan bentuk Tajwid semua hafal. Sekarang ni nama Tajwid aku dah tak ingat. Tapi bila baca Al-Quran, tau pulak nak Tajwid kat mana dan macamana cara bacanya..
Masa universiti aku rasa aku paling hampeh la..
Entah apa aku belajar aku tak tau pun.
Tak macam laki aku, Fizik form 5 pun dia masih ingat lagi sampai sekarang. Mungkin die apply fizik dalam life die kot. Yelah dah keje Pilot, mestilah kene tau kan.
Kalau aku jangan ditanya lah Fizik tu..terima kasih je.

6) Suka berangan-angan
Berangan seperti kalau jadik jutawan, nak buat ape dengan duit tu.
hehe teringat plak dengan kazenku Aileen, kitorang berdua memang suka berangan kalau duit banyak nak buat ape...
teringat gak masa sekolah dulu, aku pernah berangan (ataupun rasanya berazam kot) nak kawin umur 23 ke 24, pastu nak dapat anak pompan umur 24 atau 25.
Hahaha...lucu lah. Yang pastinya jodoh dah jumpa masa umur 18, cuma kawin umur 24 tu tak kesampaian...hahaa.. sebab ape nak kawin awal, sebab aku nak anak perempuan ku bila berumur 17 tahun, aku masih lagi muda...umur dalam 42?
Sebab aku suka aku masih muda dan boleh share anything dengan anak remaja.
Takut kang kalau jauh sangat beza umur, susah nak faham zaman mereka lak..
Macam mak aku dengan aku. Itupun setakat beza 30 tahun, banyak yang beliau tidak faham dengan zamanku. =p

7) Mudah menangis
Sensitif ke? tapi takla jugak. Cuma aku ni takble tengok orang menangis ke, citer yang sedih2 dan ada part menangis ke gerenti aku pun ikut menangis.
Cam pelik je. Ingat konon-konon dapat tahan, tapi kluar jugak air mata.
Ataupun kadang2 bila dimarahi oleh orang lain ataupun bertengkar ke, juga senang membuatkan aku nangis.
Susah juga kadang2.
Pernah aku bertengkar dengan crew ku masa keje AirAsia..habis keje masuk dalam kete aku nangis siot.

Dah cukup 7 perkara.


Checklist:
1) Buat link kepada orang yang tag anda : DONE
2) Nyatakan 7 perkara tentang diri anda : DONE

Nak tag orang lain plak tapi aku takbanyak lak member kat blog ni (tak femes lagi..huhu).
Manakala yang lain telah pun di tag oleh Mama Harith and Najah.
Kalau camtu aku cuma tag yang ini saja:
1) Miss Yanny (Confession of a Shopaholic)
2) Aileen (geek+bimbo = geembo?) --tapi die ni entah masih tulis blog ke tak ek?
3) Zila Zul (Seseorang dalam diriku)

5 comments:

  1. waa! me?? thanks sweetiee!!!
    from the things your wrote, we have a lot in common!!! =))) esp. the shopping, make up and berangan2 part!!! <333

    mmg muka tak bleh blah kalau tak put on mekap skit...i will look too pale and mcm br bgn tido!!!
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. dy - mun pegi japan, berapa estimated budget owh?

    ReplyDelete
  3. wah! thanks wedy! eksaited nih nak buat.

    ReplyDelete
  4. yanny: tula pasal! shopping and berangan memang tak hingat! hhahaha..mekap pun sama!! one day kite gi shopping sama nak?huhu! nak mintak advice yanny laarr!

    nur: hmmm, mun 2 org rasa mek lam below 15k kot inclusive teket belon, accomodation, transportation, makan, ticket fee mun masok disneyland ka apa and duit shopping... tapi kamek dolok 2 kali pegi, 2 kali tiket free sbb wandy ada annual foc ticket nak.

    zila: haha nanti aku baca!

    ReplyDelete
  5. woi. i just read this! lol. will do it when im free ok?

    ReplyDelete