Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 25, 2010

Drama Korea & Jepun

Semenjak balik Miri ni, aku telah sempat menghabiskan 2 boxset drama panjang Korea dan juga 1 boxset drama pendek Jepun yang dipinjam dari Usu hubby ku.

Review:

1) Koizora - Drama pendek Jepun
Aku tak berapa minat sangat kalau drama atau movie sad ending. Entahlah cam boring je sedih-sedih ni. Aku lebih suka happy ending. Love story yang happy ending. Ceh jiwang lah pulak kan.
Apapun cerita ni mengisahkan couple budak skolah ni bercinta pastu terpregnant pulak. Alih-alih keguguran, kemudian lak si lelaki itu menghidap penyakit cancer ke ntah hape. So at the end meninggal dunia. Sangatlah tipikal. Pastu hero tak hensem. tak menggugat jiwa aku pun. pastu plak bab kissing macam hampeh je. Cam takde perasaan je.. Kesimpulannya, bosan.
P/S Usu hubby ku dan anak2 die cakap muka pompan tu macam muka aku. Yeke?
Aku kasi 2 bintang daripada 5 je la..


2) Boys Over Flower - Drama Korea
Dengar-dengar drama ni copy anime Jepun Hanayori Dango. Drama Hanayori pun ada. Aku tak penah tengok Anime dan drama tu lagi. So far drama ni menarik juga cuma sometimes aku rasa ada part-part yang dragging. Dan tidak logik. Seperti apabila ada 4 lelaki budak skolah hensem yang tersangat kaya, apabila setiap kali mereka masok entrance sekolah, kesemua budak perempuan (ada jugak bebudak lelaki, aku pun tak faham) terus mengerumuni mereka berempat dan menjerit-jerit histeria....ade ke patut? Logik ke? Takpenah tengok lelaki hensem kot? Mereka berempat tu dikenali sebagai F4. Pastu ada lak budak pompan sekolah tu yang tak suka dengan mereka sebab F4 ni pikir dorang sangat bagus dan pompan ni cuba melawan balik group F4 ni. Sehinggalah akhirlah leader F4 tu jatuh cinta kat pompan tu. Tapi part-part dragging banyak macam tak logik. Itula sapa suruh nak buat drama terlampau panjang, jadik macam tak ada idea dah nak sambung cerita tu bagaimana. Lantak kaulah. Tapi yang bestnya drama ni, lagu-lagu memang syok! Pastu, jejaka-jejaka lak tampan amat, pakai baju tak hingat punya. Memang siap berkot dan berjaket yang memang hebat sangat bagai amat! (Logik ke?) Walaupun tak logik, aku tetap terlentok jugak nengok muka F4 tu..aii... Cuma bab kissing tu pun hampeh jugak. Pesal la dorang ni suka kiss macam cium dinding je ek? Agaknya ada peraturan acting kot..Takleh lebih-lebih..

Ni plak 4 bintang lah... tapi aku suke lagu die..jiwang~


3) My Girl - Drama Korea
Citer ni best. Syok jugak. Banyak part-part logik. Cuma yang tak best lagu tak berapa menyentuh perasaan. pastu ulang lagu yang sama banyak kali. Maybe sebab citer ni citer agak lama jugakla berbanding Boys Over Flower macam citer baru. Jalan citer lak pasal minah ni suka menipu orang tapi baik hati. Pastu mamat kaya ni (biasanya mesti tipikal citer mamat kaya, minah lak miskin), nak tolong datuk die carik adik saudara die yang hilang sekian lama. So die gi upah minah tu sebab minah tu terer menipu. At last die lak jatuh cinta ngan minah tu. Tapi citer panjang lagi la. Best jugak la..

Yang ni full bintanglah sebab syok jugak.

Ok sekian terima kasih..

2 comments:

  1. pandangan sisi heroin koizora ya sik macam ktk lah..sebab mata ktk lebih besar. mungkin side lain kot..heheh

    ReplyDelete
  2. nur: hahaha yalah mek nangga sikda macam kamek pun (biasalah orang sikmaok ngakuk punya, hahah) tapi daknya nang benar2 kali jak madah macam muka kamek (dengan muka serius skali bah hahah)..

    ReplyDelete