Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, March 26, 2010

Happy Birthday Pak Mertua

Hari ini hari ulangtahun kelahiran bapak mertuaku. Errr umur tak berapa pastilah pulak, rasanya lahir tahun 1952 ke 1954 ek? Lupe lak.. Agak-agak umur beliau 56 ataupun 58 kut..Skang ni bapa dan mak mertua ku berada di KL, baru je sampai sana pagi tadi. Bapa mertuaku rupanya nampak garang tapi beliau sangat baik hati. Semasa masih bercouple dengan laki ku zaman dedulu kala, memang takut dengan bapa mertua ku ni. Hehe.. Dari zaman bercouple sampaila berkawin ni, bapa mertua ku slalu je ajak kitorang gi travel sesama. Masa belum berkahwin (dah bertekol) aku pernah ikut mereka sekeluarga pergi ke Lawas, ke resort bapak sedara laki ku. Segan silu la jugak sebab belum kawin lagi kan.. Lepas dah kawin, kitorang pernah gi Langkawi dan Singapore beramai-ramai. Cuma belum berkesempatan lagi nak gi travel bersama mereka selepas beranak. Selain itu beliau suka bawa kitorang gi makan sedap kat restoran bersama-sama. Memang bestlah~ Sebagai contoh, dari kecik sampai besar aku tak pernah pun makan kat restoran seafood kat Luak, Miri. Tapi beliau selalu bawa aku dan lakiku makan kat situ. memang sedap! lagipun beliau tau yang aku suka makan ketam! Hahaha~

Apapun Selamat Hari Ulangtahun Bapa Mertuaku, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu~ Aku akan berusaha menjadi menantu yang baik! Ganbatte Wedy-chan!

Bapa mertua dengan Dacchi yang berumur 6 bulan (Raya 2009)


No comments:

Post a Comment