1. Taknak makan bubur. Bila diletakkan di atas high chair nya mulalah kakinya menolak-nolak supaya tidak dapat dimasukkan ke dalam high chair. Kemudian makan semakin berkurangan. Marah-marah bila disuap bubur. Walaupun video Barney dibuka, masih juga marah-marah.
2. Semakin kuat ngek-ngek dan marah-marah. Hanya diam untuk seketika. Kemudian silap sikit dah marah-marah. Kadang-kadang minta didukung, bila dah dukung nak turun pula.
3. Mengamok tak tentu pasal. Ataupun mengamok nak tidur. Bila dah keletihan mengamuk baru tetido. Cuma hari ini Dacchi agak senang untuk tidur. Pagi dan tengahari tadi Dacchi tertidur di bahu aku tanpa ngek-ngek atau marah-marah.
4. Sudah beberapa hari Dacchi tidak mahu langsung sentuh bubur. Orang gaji ku tak masak bubur lagi, aku cuma ambil nasi sesudu makan dan campurkan dengan sup ayam. Itupun sangat sedikit saja kdang-kadang tak dapat habis. Kadang-kadang aku beri roti ataupun isi ayam in between meals supaya dia tak lapar. Malah bukan saja bubur, tapi semua bubur Nestle dalam kotak pun dah taknak sentuh lagi. Kalau dulu, Dacchi dapat makan 4 sudu penuh bubur Nestle yang dicampur dengan air suam, sekarang sesudu saja pun takdapat habis. Buah oren pun Dacchi tak nak makan lagi sedangkan dulu dia suka Orange.
5. Bila berjalan dalam kereta sangat susah nak dikawal. Mesti akan berbelit-belit dan terkial-kial nak dilepaskan. Dacchi dalam kereta duduk di belakang dengan orang gaji ataupun dengan aku. Dia tak dibiasakan duduk dalam car seat. Dulu pernah dibiasakan duduk dalam car seat tapi susah sebab asyik nangis. Tunggulah anak kedua nanti aku nak biasakan duduk car seat lagi.
6. Selalu nangis nakkan orang gaji aku. Taknak dengan aku. Hmm, part nilah susah. Dahlah orang gaji dah nak balik Indon taklama lagi. Pasti Dacchi tercari-carinya. Pasti akan ternangis-nangis mengamok. Kadang-kadang bila Dacchi mengamok, orang gaji ku yang dapat mengawal nya. Susah juga kalau dah terbiasa dengan orang gaji.
Kesimpulannya, baru saja nak makan bubur, dah tak nak makan bubur lagi. Aku terbaca dalam BabyCenter, kadang-kadang bayi terlalu aktif memang tak ingat nak makan. Alhamdulillah dia nak minum susu, sampai habis, walaupun setakat 4oz saja. Janji ada minum susu.
Walaupun banyak kerenah, Dacchi tetap anak yang lucu dan manja!
Muka jaik~
harith riya nang start dari baby dah besa lam car seat. sebab no choice. mun kamek drive sorang, ne ada org megang. nasib juak lah nya dah besa sebab kat sitok nang no compromise. mesti bercar seat. Najah ya keluar hospital dah masuk car seat. siap midwife check lok sebelum balit. mun sik, sik boleh balit..strict kan.
ReplyDeletebagus bah strict camya. for safety bah. di malaysia sukati ajak kan. ada anak sedara kamek nak masa ya umonya setaun lebih, nya dibiar maknya dudok rah passenger seat depan, while maknya driving. kakya sikda pakey safety belt ka apa. dudok camya jak. ya mek negur maknya madah aih mun sikda makey car seat kah apa, pasanglah seat belt kah apa. maknya madah sik nya ngaco, nya udah di patih daddynya dudok diam. yalah mek pikir, memanglah sik ngaco tapi mun orang melanggar keta kita? nakkah melayang jak anaknya...iskk..bahaya eh..
ReplyDeletehttp://mengandung.com/v5/sebelum/merancang-jantina.html
ReplyDeletehahah...kamek jumpa website tok masa kmk dah pregnant. so, sik lah sempat ikut.
hahaha lawak komen kau yg last ya...nang rais ya lucu!
ReplyDeleteaileen