Alhamdulillah, majlis Aqiqah dan Birthday Party Rais telah berjalan dengan lancar. Tapi sedih gak tak ramai kawan yang dijemput dapat hadir. Paling best masa Birthday Party sebab seronok tengok bebudak main games dan juga tetamu dewasa dapat lucky draw tapi kene jawab quiz. Quiz pasal How Well Do You Know Birthday Boy. Hhehehe, ada yang taktau jawab takdapat la hadiah tu..kesian pulak kan. Itula, suruh bukak akaun Facebook taknak. Dalam Facebook macam-macam pasal Rais aku dah cerita. Hehehe... Yang aku perasan, orang-orang yang dapat lucky draw tu mostly orang yang tak ada Facebook. Apapun Congratulations kepada bebudak yang menang games dan dapat hadiah dan juga tetamu dewasa yang dapat jawab quiz lucky draw! =))
Sekitar majlis Aqiqah:
1. Kami tiga beranak pakai tema kaler hijau (Baju melayu Rais ialah baju melayu die masa Hari Raya, which is he was 6 months old, sekarang baru muat sepenuhnya)
2. Semasa tepung tawar Rais mengamok menangis sebab takut dengan ramai orang dan bunyi bising serta ditabur bunga. Lepas tu kene calit pulak dengan kapur kat dahi dan tangan.
3. Rais terus tertido keletihan di bahu Wandy sebaik sahaja habis ditepung tawar.
4. Aku makan kambing aqiqah, sikit saja. Tak berapa sangat nak makan kambing. Tapi sedap pula masakan nya. Kambing panggang. Siap ada gravy nya lagi.
Sekitar Birthday Party:
1. Birthday boy asyik ngek ngek je...mungkin takut dengan orang ramai? Lepastu pening kepala kut bila semua orang nak dukung die.
2. Masa sesi tiup lilin kek birthday, Rais nak pegang api lilin pulak. Memang sebiji seperti papanya apabila papanya celebrate birthday setahun juga. Ada gambar papanya masa tu.
3. Rais syok makan kek bila disuap sikit-sikit. Yelah, kami order ice cream cake (kek coklat ice cream vanilla). Order dari Kedai Twinzbites di Permyjaya (kedai kek husband kawan ku, Wie). Memang sedap!
4. Semasa sesi buka hadiah Rais terlalu asyik dengan hadiah paling besar. Apapun terima kasih kepada sanak saudara dan kawan-kawan atas pemberian hadiah birthday. Mama Rais pulak excited bukak hadiah.
happy birthday Rais!
ReplyDeletetenkiu auntie!
ReplyDeleteharith riya dah bday 3 tahun baruk pande tiup dian. ya pun siap ada rehearsal 2, 3 kali sebelum bday. hehe.
ReplyDeleteheheh sempat juak berrehearsal oh...yalah rais present pun nya sikpaham apa. ne pandey nak ngoyak present. dah dibukak ada nampak toys boknya pandey nak ngagak. hehe
ReplyDelete