Monday, November 1, 2010

dahulu dan sekarang

Tiba-tiba teringat zaman aku bekerja sebagai cabin crew Air Asia. Masa tu memang zaman kegemilangan sebab body maintain jer. Selama beberapa tahun berat aku tak pernah naik tak pernah turun. Takat 48kg tu jer. Makan banyak mana pun tak naik. Tak makan pun tak turun. Memang best. Mana tak best kalau berat dok tu juge kan. kalau korang pun gerenti syok jugak kann...perut plak flat je walau makan banyak mana sekalipun.

Best je lengan slim...perut slim...

Peha pun slim...

Aku kat Manchester ok!

Lepas aku kawin sebelum pregnant, berat aku 50kg. Yelah masa tu dah tak fly lagi. Keje opis je. Taktaulah pulak tetiba pandai naik ke 50kg. Alhamdulillah masa preggy paling berat cuma 60kg je. Lepas beranak turun balik takat 50kg. Tapi dok tu je lah. Nak balik ke 48kg memang terima kasih je lah, walaupun aku dah puasa, tak makan nasi beberapa hari, jogging, swimming, pegi gym....tamau gak turun, iskkk memang degil tahap gaban...! Perut jangan cakap lah kalau dulu flat macam papan sekarang dah boleh buat dough roti je!

Ok ok aku paham memang la lepas beranak tu lain sikit. Tapi ada gak aku tengok kengkawan aku yang lain masih maintain je body walaupun beranak sorang ke dua ke, even ada yang dah anak 3 pun pehhhh body cam anak dara... gi slimming centre kot? Ahaks..


Aku sekarang!

Waaaa tengokla lengan tu....adoi!!!

Me wearing polka top from Old Blossom Box Store,
white basic tee from F21, blue jeans from P&Co,
heels from C&K, red gift wrapped ribbon turned belt,
necklace from Diva
.
.
.
.
.
.

Walau apapun aku bersyukur sebab walaupun rupa dah cenggini (takpat lawan zaman kegemilangan), aku tetap ada........
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dua orang budak kiut ini!

2 comments:

  1. maintain je badan kak.
    biasa le pas kawen.
    kene jaga makan je la kan.

    ReplyDelete
  2. u look so pretty! then and now! :)

    ReplyDelete