Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, October 29, 2010

The Making of Baby 2 : Part 1

Yup! Seperti tajuk di atas, aku dan huby memang tengah berusaha untuk mendapatkan anak no 2 lah pulak. Yela umur makin lanjut, kang banyak pula risiko kalau lambat-lambat. Kadang-kadang pikir, baik kawin awal-awal, dapat jugak buat anak banyak sebelom umur 30. Tapi kalau kawin awal, tak stabil lagi, duit tarak mana nak kawin kan..! Life span kite ni pendek je. Cubalah after 40 baru risiko tinggi bila pregnant. Takpe-takpe, dah memang macam ni kan so kite kene syukurlah dengan apa yang diberi Tuhan. Tapi kalau diikutkan, aku nak 5 anak. Aku suke ramai-ramai. Tapi tengok keadaanlah nanti...aku ni bukannya senang nak pregnant.

Selepas setahun berkawin, aku and hubby try ler conceive nak dapat anak. Tapi setelah 6 months tried macam takde hasil je so kitorang pun pegilah ke pusat fertiliti (dulu kat Uptown Damansara, sekarang dah pindah Kota Damansara) Tropicana Medical Centre. Gynaecologist aku itu bernama Dr. Dev Kumar Menon. Die ni memang best dan baik sangat, English pekat gile kadang2 ada part aku takfaham lah jugak (yelah aku ni bukannya terrer English pun). So kene pi ngan hubby baru lah boleh faham banyak bende. Both aku dan hubby buat check-up. Yela takkan pompuan je ada masalah dalaman kan. Laki pun ada jugak.

Scan punye scan, aku didapati ada fibroid kat dalam uterus. Maka Dr Menon pun mencadangkan aku buat laparoscopic surgery iaitu tebuk lubang kat perut untuk buang benda yang sibuk je nak tumbuh dalam uterus aku tu. Seminggu pastu aku buat la surgery. Masa surgery tu, Dr Menon found out aku ada cysts jugak dan rupanya aku menghidapi (cam serius je bunyik) penyakit Endometriosis. Penyakit endometriosis inilah yang sebenarnya menghalang aku daripada pregnant. Apa itu endometriosis sila klik sini dan sini. Kata Dr Menon, penyakit ni takde treatment, die cuma dapat tolong bersihkan kawasan endometriosis tu je, kerana sejak dulu setiap kali haid, sedikit darah kotor itu akan masuk ke tiub falopio dan mengumpul darah kat luar uterus aku. Jadi sikit demi sikit, darah tu terkumpul, dan setiap kali haid, kawasan dinding kat luar uterus tu pun berdarah jugak macam dalam uterus bila haid. Maka ia telah menjadi pool of blood. Yang kotor. Sebab tulah setiap kali ovulation, ovum aku terus jatuh kat pool of blood tu. Tak sempat pun nak bertemu dengan sperm hubby kat tube falopio. Aku rasa sperm tu fikir "Eh mana lak telur ni? Kata dah keluar dah tapi tak nampak2 pun! Cheh buat penat aku je berenang sampai sini. Baik aku tido ke..".......

Untuk hubby Dr Menon kasik Tribestan pills untuk improve standard sperm die. Dan jugak kasi increase kuantiti sperm. Waseh...! Anyway, 2 bulan selepas laparoscopy, Alhamdulillah aku pun pregnant. Hasilnya si Cuki tu lah. So hari tu pi jumpa Dr Menon lagi sebab dah few months jugak trying to conceive for 2nd baby, tak jugak dapat2...Aku rasa mesti ada masalah lain lagi ni. Scan punya scan, Dr Menon kata ovari kiri aku terlekat kat uterus maka tube falopio kiri tu pun terlekat sama dan susah untuk catch ovum aku. Aiseh ada pulak jadi camtu ye. Semuanya disebabkan oleh endometriosis tu. Sebab darah-darah tu jadi sticky maka menyebabkan ovari terlekat kat uterus. So sekarang ni aku cuma bergantung harapan pada tube falopio sebelah kanan untuk catch ovum yang keluar either from left or right ovary. Sedihnyer cerita ni. Aku cuba carik gambar kat google tapi susahla pulak. Baca je lah ye. Sambil2 tu try2 la imagine.

Untuk langkah seterusnya, Dr Menon suh aku ambil fertility pills. Pil kene makan start from the 2nd day of my next period sampai hari ke 5. Tak perlu surgery lagi katanya sebab boleh cuba dengan makan pill dulu. Nak keluarkan banyak ovum supaya right fallopian tube tu ada peluang nak catch satu daripada ovum2 yang keluar. Takpun die boleh ter catch dua ovum sekali. DUA OVUM? Kalau ada dua sperm bertemu dan terus bercintan cintun dengan dua ovum ini adakah ini bermakna aku boleh mendapat anak kembar? Insya Allah. Dr Menon kata ada possibility. Identical twin memang mustahil sebab takde pun keturunan kembar dalam keluarga aku dan hubby. Aku rasa kali ni pasti sperm tu berkata "Wahhhh ada banyak telur!!! Serang!!"

Nasihat aku kepada married couple, kalau dah try conceive beberapa lama tapi tak jugak pregnant, silalah berjumpa dengan doktor pakar dan buat check-up for both of you and husband. Jangan takut, kalau ada banyak duit, macam2 cara boleh buat untuk get pregnant. Bagi aku, duit jangan risau, yang penting aku nak ada anak sendiri. Last resort is IVF. Kalau memang dah takboleh jugak pregnant, tu adalah kuasa Allah. Allah yang menentukan semuanya. Bawak banyak berdoa dan usaha!

Sila tunggu kisah selanjutnya dalam The Making of Baby 2 Part 2.

8 comments:

  1. Ermm,macam2 hor dy..kita ingat cam sihat rupa nya ada bendalah yang perlu di"clear"kan..
    Okay la,all the best for the#2..

    ReplyDelete
  2. semoga berhasil usaha.
    nyalah dy...senang gilak pregnant susah juak ati.
    takut sik mentally prepared.
    anyway, semoga cuki cepat beradik.

    ReplyDelete
  3. gud luck dear, mcm i kena beranak lg sblm 35 & stop.

    ReplyDelete
  4. yett: nyalah, nampak sihat jak dari luar, bila check di dalam macam apa jak...hhehehe

    nur: aok eh benar ya. nok sik pandey jerak, orang nok suka buang anak...senang2 ajak eh...kita tok bukan main susah nak pregnant...

    as: thanks so much! itula, i pun target by 35 tutup kilang gitu...heheee...

    ReplyDelete
  5. Hi there, saya ni pon ada problem gynaecology jugak, ni tgh survey gynae2 kat KL/PJ. I want to ask, Dr.Menon ni bagus ke? How much charges dia utk consultation etc? U are now on Clomid ke? Me n hubby pon dah try beberapa bulan, tp tak juga dpt. And oh, how much was yr laparoscopy? TQ for yr info.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Anon: I nak reply kat your blog (if u have one) but u didnt leave any info. I takut u tak baca lagi reply I kat sini. Anyway, Dr Menon tu bagus. I suka die. Service kat TMC pun I puas hati. Dulu I buat laparascopy tu kat medical centre lama die kat Damansara Uptown atas nama Women Fertility Centre. Kat situ tempat die takdelah best sangat sebab atas rumah kedai. Now dah pindah kat TMC, memang medical centre sendiri. So tempat memang best and baru. Anyway, laparascopy I dalam RM8k gitu la. And consultation fee Dr Menon kalau normal visit dalam RM90 gitu. Now Im on clomid. Tengah tunggu la pms datang ke tak bulan ni. Hehehe.. kalau pms datang I keep on ambil clomid lagi nanti. Maybe try until 3 months. Kalau takdapat jugak on clomid, I need to check again with him. Cubala jumpe Dr Menon. I really recommend him. Tapi ni semua kuasa Tuhan jugak lah kan. Banyakkan doa. =))

    ReplyDelete
  8. Hi dear, thanks for yr reply. I have contacted Dr.Menon's clinic and made an appointment to see him soon. Risau jugakla klu kena buat laparascopy jugak. Hopefully not :( Sakit tak? Klu boleh, harini jugak I nak visit him, tapi due to some reasons, I can only see him next month. I hope and pray that everything will be ok.

    ReplyDelete