Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 31, 2010

Preloved Sale at Old Blossom Box Store



So semalam aku pegi la Old Blossom Box Store (OBB) kat Shah Alam. Sebenarnya tak susah sangat cari kedai Jezmine, cuma aku je yang tersesat jalan sedikit. For the first time aku berjumpa dengan Yanny, Shea dan Jezmine (the shop owner). The fashionistas... Sebelum ni asyik baca blog diorang je and admiring their fashion style from far.. hehehe.. They were really nice and friendly and so sweet! And adorable!!

Punyela ramai orang datang ke preloved sale kat OBB ni. And ramai gak yang stylo! Love it! Suke sangat bile tengok ramai girls yang suke berfashion. Especially yang pakai tudung. Memang stylo! Aku sempat gak grab few items, awww sangat murah dan puas hati!!

Main entrance

Interior sangat comel

Barang2 pun sangat comel

The famous and lovely Shea & Yanny!

Ramainye orang!

Me wearing polka denim tube dress from Deedeeliciousness Boutique,
pink knitted top from A Model Studio,
skinny jeans from Nichii,
denim ribbon waist belt from Japan,
denim peep-toe pump shoes from Charles&Keith,
heart necklace from P.E.N.T.Houz

Shea, Jezmine & Yanny

Friday, October 29, 2010

The Making of Baby 2 : Part 1

Yup! Seperti tajuk di atas, aku dan huby memang tengah berusaha untuk mendapatkan anak no 2 lah pulak. Yela umur makin lanjut, kang banyak pula risiko kalau lambat-lambat. Kadang-kadang pikir, baik kawin awal-awal, dapat jugak buat anak banyak sebelom umur 30. Tapi kalau kawin awal, tak stabil lagi, duit tarak mana nak kawin kan..! Life span kite ni pendek je. Cubalah after 40 baru risiko tinggi bila pregnant. Takpe-takpe, dah memang macam ni kan so kite kene syukurlah dengan apa yang diberi Tuhan. Tapi kalau diikutkan, aku nak 5 anak. Aku suke ramai-ramai. Tapi tengok keadaanlah nanti...aku ni bukannya senang nak pregnant.

Selepas setahun berkawin, aku and hubby try ler conceive nak dapat anak. Tapi setelah 6 months tried macam takde hasil je so kitorang pun pegilah ke pusat fertiliti (dulu kat Uptown Damansara, sekarang dah pindah Kota Damansara) Tropicana Medical Centre. Gynaecologist aku itu bernama Dr. Dev Kumar Menon. Die ni memang best dan baik sangat, English pekat gile kadang2 ada part aku takfaham lah jugak (yelah aku ni bukannya terrer English pun). So kene pi ngan hubby baru lah boleh faham banyak bende. Both aku dan hubby buat check-up. Yela takkan pompuan je ada masalah dalaman kan. Laki pun ada jugak.

Scan punye scan, aku didapati ada fibroid kat dalam uterus. Maka Dr Menon pun mencadangkan aku buat laparoscopic surgery iaitu tebuk lubang kat perut untuk buang benda yang sibuk je nak tumbuh dalam uterus aku tu. Seminggu pastu aku buat la surgery. Masa surgery tu, Dr Menon found out aku ada cysts jugak dan rupanya aku menghidapi (cam serius je bunyik) penyakit Endometriosis. Penyakit endometriosis inilah yang sebenarnya menghalang aku daripada pregnant. Apa itu endometriosis sila klik sini dan sini. Kata Dr Menon, penyakit ni takde treatment, die cuma dapat tolong bersihkan kawasan endometriosis tu je, kerana sejak dulu setiap kali haid, sedikit darah kotor itu akan masuk ke tiub falopio dan mengumpul darah kat luar uterus aku. Jadi sikit demi sikit, darah tu terkumpul, dan setiap kali haid, kawasan dinding kat luar uterus tu pun berdarah jugak macam dalam uterus bila haid. Maka ia telah menjadi pool of blood. Yang kotor. Sebab tulah setiap kali ovulation, ovum aku terus jatuh kat pool of blood tu. Tak sempat pun nak bertemu dengan sperm hubby kat tube falopio. Aku rasa sperm tu fikir "Eh mana lak telur ni? Kata dah keluar dah tapi tak nampak2 pun! Cheh buat penat aku je berenang sampai sini. Baik aku tido ke..".......

Untuk hubby Dr Menon kasik Tribestan pills untuk improve standard sperm die. Dan jugak kasi increase kuantiti sperm. Waseh...! Anyway, 2 bulan selepas laparoscopy, Alhamdulillah aku pun pregnant. Hasilnya si Cuki tu lah. So hari tu pi jumpa Dr Menon lagi sebab dah few months jugak trying to conceive for 2nd baby, tak jugak dapat2...Aku rasa mesti ada masalah lain lagi ni. Scan punya scan, Dr Menon kata ovari kiri aku terlekat kat uterus maka tube falopio kiri tu pun terlekat sama dan susah untuk catch ovum aku. Aiseh ada pulak jadi camtu ye. Semuanya disebabkan oleh endometriosis tu. Sebab darah-darah tu jadi sticky maka menyebabkan ovari terlekat kat uterus. So sekarang ni aku cuma bergantung harapan pada tube falopio sebelah kanan untuk catch ovum yang keluar either from left or right ovary. Sedihnyer cerita ni. Aku cuba carik gambar kat google tapi susahla pulak. Baca je lah ye. Sambil2 tu try2 la imagine.

Untuk langkah seterusnya, Dr Menon suh aku ambil fertility pills. Pil kene makan start from the 2nd day of my next period sampai hari ke 5. Tak perlu surgery lagi katanya sebab boleh cuba dengan makan pill dulu. Nak keluarkan banyak ovum supaya right fallopian tube tu ada peluang nak catch satu daripada ovum2 yang keluar. Takpun die boleh ter catch dua ovum sekali. DUA OVUM? Kalau ada dua sperm bertemu dan terus bercintan cintun dengan dua ovum ini adakah ini bermakna aku boleh mendapat anak kembar? Insya Allah. Dr Menon kata ada possibility. Identical twin memang mustahil sebab takde pun keturunan kembar dalam keluarga aku dan hubby. Aku rasa kali ni pasti sperm tu berkata "Wahhhh ada banyak telur!!! Serang!!"

Nasihat aku kepada married couple, kalau dah try conceive beberapa lama tapi tak jugak pregnant, silalah berjumpa dengan doktor pakar dan buat check-up for both of you and husband. Jangan takut, kalau ada banyak duit, macam2 cara boleh buat untuk get pregnant. Bagi aku, duit jangan risau, yang penting aku nak ada anak sendiri. Last resort is IVF. Kalau memang dah takboleh jugak pregnant, tu adalah kuasa Allah. Allah yang menentukan semuanya. Bawak banyak berdoa dan usaha!

Sila tunggu kisah selanjutnya dalam The Making of Baby 2 Part 2.

Monday, October 25, 2010

Love is in the air..

Hello! Cam dah lama je tak update blog. A lil bit busy lately...dengan ATOZ design works yang boleh tahan melambak, pastu gi lepak2 kat Genting dan Sunway Lagoon (lenkali aku blog pasal ni).. campur lagi melayan kerenah si kecik yang semakin gila tantrum skarang nih...!!

Malam ni terasa nak buat entri pasal photoshoot yang kami buat pada masa Raya lepas. Selama ni aku, hubby and si keick takpernah lak ada gambar formal bertiga masa Hari Raya. Biasa ambik gambar pakai camera sendiri je la. Pastu bile suruh orang ambik gambar, kabur la, senget la, kau tau jelah kan...... So aku cakapla kat hubby apa kata Raya kali ni kite suruh someone ambik gabar kitorang bertiga TAPI aku takmau typical gambar studio. Ala, yang si emak duduk kat kerusi, si baby plak atas peha, si suami berdiri kat belakang. Cam boring je. Aku mau outdoor photoshoot. Maka hubby pun contact la kawan die Faizal Huio yang juga merupakan part-time photographer kat Miri.

Maka inilah beberapa daripada hasilnya outdoor photoshoot kami yang ala-ala bertema kan Go Green!! Locations adalah rahsia...hahaha..*gelak jahat*

P/S Yang gambar last ni orang cakap macam dalam video klip dalam lagu melayu je...eeeeww..

Friday, October 15, 2010

I Love Red and Black




Kalau perasan, aku salu jugak pakai outfit black dan red. Ntahlah dua kaler ni cam best je.
Kaler yang wajib ada dalam closet. I think. Untuk setiap orang. I think. Dan sangat best untuk di mix and match. I think. Do you?

TicTacToe check skirt.
Iora black top.
Charles & Keith wedges.
P.E.N.T.Houz studded waist belt.
Unbranded bangle.
Diva long necklace.

Tuesday, October 12, 2010

Makanlah vitamin supaya jadi sihat!

Ni entri pasal si kecik ye.
Selama ni aku dan si hubby kasi si kecik makan Kindervital Multivitamin. Mahal jugak vitamin ni yelah, bukan local kan. Anyway hubby nak si kecik ambik vitamin ni sebab vitamin ni more on calcium. Sambil tu campur beberapa jenis vitamin lain di dalamnya maka jadi multivitamin. Since si kecik consume 4oz susu je every nap jadi dikhuatiri beliau akan kekurangan calcium. So far so good lah.

But lately aku nampak ramai jugak ibu-ibu emak-emak yang kasi anak mereka makan Scott's Emulsion. Rata-rata aku nampak anak mereka chubby2 kuat makan and menyusu. One of my fren Bayoh pun suggest ambik vitamin ni sebab die pun cuba kasi kat anak die and nampak progress yang memuaskan. Maka hubby pun belilah Scott's Emulsion ni.

Aku takdelah risau sangat si kecik ni, asalkan die sihat cukuplah, tapi aku perasan jugak dah berapa lama berat die tak naik, tak sampai 10kg lagi weh, umur dah setahun tujuh bulan (lengkap giteww). Lagi plak semalam pi klinik sebab die muntah dan cirit birit, timbang die jatuh takat 9kg!!! Adeii...aku cuma risau die semakin underweight dan underweight...tu je. Pastu lak makan berkurangan 2 3 hari ni, tak macam biasa. Suke simpan bubur dalam mulut plak tu. Makan sampai 1 jam! Dahlah baru je makan vitamin baru ni. Kene stop sekejap sebab makan ubat-ubatan plak lah kan. Tapi aku dah stat balik kasi die makan Scott's Emulsion tu tengahari tadi.


Dengan harapan, si kecik ni bertambah la berat sikit, makan dan menyusu pun nak jugak. Aku tak expectlah die sampai debab ke ape. Asalkan at least around 12kg untuk umur die ni pun dah cukup ok.

Thursday, October 7, 2010

Birthday Lunch

So, hubby's birthday celebration was quite simple. Since parents die ada kat KL, so we decided pi lunch kat Tony Romas. My outfit that day was chosen by hubby. Actually I nak pakai one of the dress I bought online but then die nak tengok I pakai this lace cropped top which I bought from Deedeeliciousness Boutique. Actually it was quite last minute tetiba die suh pakai lace tu. So aku pun cam kelam kabut lak nak pikir match macamana.

Maka kami pun beramai-ramailah meramaikan Tony Romas kat Gardens. Macam biasa aku order rib + mashed potato + rice + chicken BBQ. Hmm memang sedap. Tapi aku tepaksa kongsi ngan maid aku. Sebab banyak giler beb. Aku seorang memang takdapat nak habiskan pinggan sebesar tayar basikal tu. Lagipun kongsi la ngan maid kan, takkan nak order satu pinggan untuk die yang secara purata harga makanan kat situ dalam RM30-60...lu pikirlah sendiri ye.

Lepas sesi menyumbat perut, pi groceries shopping kat Carrefour. Ok tu je lah. Anyway, Happy Birthday ye encik suami. =p

White lace cropped top + white spaghetti top from Deedeeliciousness Boutique,
ruched check skinny pants from Nichii,
belt from Iora, bag from Coach

heart necklace from P.E.N.T.houz

heels from Charles & Keith

Oh saje nak promo skit, Deedeeliciousness Boutique ni adalah salah satu blogshop yang menjual baju from Korea/Japan tuh. Ala yang selalu macam sama je model2 die tu. Tapi dalam banyak-banyak blogshop jual fesyen Korea/Japan nih, blogshop ni la yang jual harga paling murah! Memang berbaloi. Dahtu blogshop owner die pun baik (pernah jumpa masa COD) dan service tip top ye!

Sunday, October 3, 2010

Aku Cinta Kamu

Si hubby dah masuk 3 series hari ini. Dia muda 2 bulan dari aku.
Secara tidak langsung aku adalah kakak selama 2 bulan bagi dia. Hahaha..
Ade ke camtu ek. Aku tatau nak kasi hadiah ape for si hubby since die sendiri pun tatau nak ape for his birthday. Takpe, kalau die dah tau nak ape nanti la belikan.

Anyway, 30 things about my hubby:

1) Sangat suka buat lawak jenaka
2) Suka menyakat orang
3) Happy go lucky punya orang
4) Jarang bad mood
5) Tapi kalau sekali bad mood tu memang nampak la..takutsss...hahaa
6) Bukan seorang yang kuat cemburu
7) Bukan seorang yang romantik, tapi kadang-kadang tanpa disedari boleh menjadi romantik (di pandangan mata aku)
8) Very smart, berpandangan jauh
9) Open minded
10) Suka masak
11) Tapi tak suka cuci pinggan
12) Gila anime dan figurin
13) Ada banyak sangat koleksi figurin
14) Ada banyak koleksi anime
15) Suka tengok movie
16) Tidak suka membaca!
17) Selalu tension bila line training or base check sebab terpaksa belajar dan membaca!
18) Pernah jadi structural engineer selama 10 bulan
19) Walaupun tak minat sesuatu subjek tapi tetap boleh score punya!
20) Terrer Physics!
21) Suka makan!
22) Favorite food, pizza! To be exact, Sarpino's Pizza!
23) Top 3 masa kat flying skool
24) Seorang yang bukan pengungkit kisah lama
25) Tidak suka air teh tapi sangat suka milo ais!
26) Sangat close dengan Cuki walaupun selalu away flying
27) Crazy with anything about Japan
28) Suka JRock, R&B, oldies..
29) Jarang shopping baju
30) In love with ONLY Me!

Baybee boo, Happy 30th Birthday! Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Semoga sentiasa nampak muda dan hemsems...hehehe...

Mama loves you always and forever~

Saturday, October 2, 2010

Raya Open House

Eh eh bukan aku yang buat open house ye. Saje je nak cerita aritu kitorang gi open house kawan pilot hubby, Atif. Rumah bapak die la. Yang aku tau dari hubby, bapak die bekas secretary PakLah dulu.

Aku ni first time la pi open house rumah orang ternama. Hehehe..
Ramai jugak tetamu nya. Rupanya bukan takat raya open house je, diorang buat sekali ngan Doa Selamat dan cukur jambul cucu-cucu baru bapak si Atif aka anak buah die la.

Siap ade invite kumpulan nasyid Rabbani untuk memeriahkan majlis tu. Best jugak.

Ramai tetamu yang hadir.

Ni lah Encik Atif. Batchmate si hubby masa kat flying skool. Now sama kat Boeing 777.

Ni plak abang si Atif tu menyanyi jap. Suara sedap gilosss. Anak die cukup jambul gak.

Cuki dan papa.

Kami bertiga.

I'm wearing stripe mini dress + pink sash from Dress2Dazzle.
Black skirt from one of my baju kurung.
Wedges from Charles & Keith.


P/S Sorry gambar tak clear sangat sebab pakai camera phone.. Lupe nak bawak camera!! Chess!