Thursday, January 13, 2011

Kisah rambut~

Sebenarnya dari kecik sampai ke universiti aku selalu berambut pendek. Paling panjang pun takat bawah bahu sikit. Memang tak pernah rambut panjang mengurai takat pinggang. Masa pertengahan kat UTM aku membuat keputusan untuk menyimpan rambut panjang. Nak konon-konon ayu gitu la. Ada pernah sekali panjang pastu first time lak aku buat curl...tapi buruk giler la... hahaha...zaman tu tak reti nak berfashion lagi. Taktau style ape yang cantek.. Memang kelakar gile. Jom lihat gambar aku zaman dedolu. Gelakla korang puas2 ye~

Zaman sekolah. Takpayah cakap banyaklah, muka budak baik gile.

Tahun SPM 1997.

Zaman universiti, rambut pendek gile noks.

Zaman universiti, ni zaman bercintan cintun dengan hubby mak.
(Hubby mak kurus ya amat ^O^)

Masa graduate hubby. First time nak curl. Buruk aaaaaaa...
gelakla korang puas-puas.. sebab aku pun nak gelak ni..
muahahahahhahaha....


Rasanya aku determine nak simpan panjang ni masa graduate kot. Pastu masok kerja AirAsia masih pendek lagi. Masa tulah aku pun simpan rambut and cuma potong2 sikit je nak kemaskan. So kire lama la jugak aku berambut panjang sampai pinggang gitewww..


Masa gi Bali untuk promo AirAsia, rambut baru nak panjang.


Betul-betul panjang since 2005 kot? Pastu tak pernah potong pendek lagi. Sepanjang berambut panjang, aku biasanya maintain rambut straight je, aku gi buat rebonding. Ntahlah senang nak jaga kot.

Mak gi Manchester tahun 2006, rambut panjangs gitew.
Mak sukewww..

Pegi Bali lagi tahun 2007 kali dengan hubby mak. Dah kahwin ok.

Ada satu masa tu aku berkenan rambut loose curl. So gi la buat digital perm. Masa mula2 memang tak berapa cantek sangat sebab baru la, jadik curl tu tak nampak natural. Nampak macam makcik jual sayur je aku tengok. Dah beberapa bulan barulaa nampak natural loose2 curl gitu. Tapi bile rambut curl ni high maintenance la sket. Kene pakai syampu untuk curly hair, pastu lepas cuci rambut nak kene letak cream untuk jaga curl tu.. tapi aku suka jugak rambut curl ni sebab senang jugak kot sebab bangun tido rambut dah curl2 cantek gitu..kalau ponytail pun comel je ada curl2...

Gi Japan 2008 rambut mak curl...comel kan?? Kan??

Masa preggy mak masih rambut curl.

Dah ada baby pun masih lagi, tapi curl tu dah semakin loose...

Lepas 2 tahun berambut curl, aku dah bosan and rebonding balik. Kali ni aku potong bangs macam anime. Hahahaa...nak buat ala-ala kiut konon. Ntah tak menjadik pon.


Dah boring dengan bangs, nak pulang simpan rambut depan. Jangkamasa nak tunggu rambut depan panjang nilah yang paling sakit hati. Sebab taktau nak style kan macamana. Sekejap sepit rambut ke atas. Sekejap letak tepi. Takpun pakai hairband ke...


Dah 2 tahun berambut straight bosan datang lagi. Sepanjang 2 tahun ni lebih dari 50 kali aku terpikir nak potong pendek, tapi sayang. In the end tak jadi potong, cuma trim sikit2 je. Tetap rambut panjang. Bosan datang lagi suruh hairstylist blow curl je.


Sekarang memang dah taktahan lagi rambut yang sama, nak tukar style lain tapi MASIH tak pasti nak potong pendek ke nak permanent curl macam dulu lagi?? So in the end, this is my new look. Ok tak?

Polka dress from TicTacToe
pink cardi from Nichii
scarf from Jalan Masjid India
Belt from (can't remember)
pumps from Charles & Keith
LongChamp handbag

3 comments:

  1. semua cantik lah...plg suka pic mcm anime tu...serius mcm anime japan.

    ReplyDelete
  2. i love ur first pic...classic n vintage gile....

    ReplyDelete