Monday, January 3, 2011

Jalan-jalan cari laptop

Hari tu aku and hubby pegi Plaza Low Yat nak carik laptop baru untuk aku. Sebab laptop lama aku tu dah start bebunyik-bunyik, aku rasa from hard disk kot. Dah lama jugak start bunyi ni tapi on and off but lately je die continuosly berbunyi...aku pun risau tahap gaban sebab any time laptop aku tu bleh crash ke ape ke...

My old laptop brand is Lenovo. So far I think I like to use Lenovo more than HP brand. My very first laptop was HP but crashed lepas kene lightning masa hari hujan. Chehh... So laptop Lenovo ni aku pakai for about 2 years gitu la. Die dikira netbook la sebab kecik je screen 10.1". Okla, aku suke sebab sedap pakai and keyboard pun sedap nak type. Aku pernah gak pakai brand lain (lupe lak ape) kakak aku punye netbook, tapi macam tak best je. Screen die macam something wrong je.

My old Lenovo

So I've decided nak carik Lenovo jugak lagi for my new netbook. Ada satu jenis yang dah lama jugak aku berkenan since aku tertengok kat kedai Lenovo di MidValley few months back. So yang nilah aku beli. Dah tengok2 brand lain tapi cam tak besh je.

This is my new cute netbook..pink color giteww...mak suke...
Lenovo Ideapad S10-3s
Asal nampak besar je netbook ni dalam pic ni ek?
Tapi kecit cinonet je sebenarnya.

Papa pun terbeli jugak since his old laptop ada jugak masalah here and there.

Sementara menunggu orang kedai tu install some stuff kat lappie, kite makan dulu.

My favorite 1901 hotdog, Texas Ted!

Gi beli external hard disk
(Aku beli sebab nak save important documents
and files untuk backup sekiranya laptop crash)

Seagate external hard disk 320GB...RM159

Lappie lama aku guna Windows XP. I loveeee Windows XP. Sangat stable and very user friendly. Windows Vista aku tak suka. Banyak problem jugak. So untuk netbook baru ni, the platform used is Windows 7 Starter (mostly for netbooks). Windows 7 Starter ni banyak juga limitation nye. Boleh check out kat sini. Paling mak tak suke ialah tak boleh nak tukar2 wallpaper. Ntah hape ntah itupun tak dapat nak include. Kesian betulla kat pengguna netbook sekarang terpaksa berdepan dengan wallpaper original kaler biru tu je sepanjang hidup.

Tengokla wallpaper original Windows 7 Starter tu...
macam nak sakit jiwa je tengok sepanjang hidup takbleh tukar-tukar tau.

Walaubagaimanapun, disebabkan limitation seperti inilah maka adanya orang-orang yang baik hati mencipta freeware software untuk tukar wallpaper. So aku pun download lah software ini yang bernama Oceanis Change Background Windows 7. Donlodlah kat sini.

Ni la interface nye..

Ok gak software ni boleh set kan supaya wallpaper kite bertukar gambar lain setiap seminit ke 5 minit ke sukati korang nak set.

So skang bolehla nak letak gambar hemsem Lee Min Ho..
hemsem kan? kan? mak suke terlampau!

Tukar-tukar dengan gambau macho, sexy and body ketul-ketul si Jake Gyllenhaal ni..

ataupun letak gambo minah sexy mengancam Angelina Jolie ni...

Yang lain aku tak explore habis lagi Windows 7 ni. Hopefully takdelah banyak sangat mendatangkan masalah disebabkan limitations tu. Kalau nak install Windows 7 Home Premium pulak nanti jadik slow plak netbook. Apapun aku cuma guna netbook mostly for internet and buat kerja design aku guna Photoshop, tu je. Takdelah berat sangat kerja design aku tu. Kalau yang berat-berat of course lebih bagus guna Mac la kan.

Ok itu je entry kali ini.

Mak punye outfit:
Red top from Seed
Military vest from Nichii
Short jeans from Voir Exchange
Unbranded belt
Heels from Vincci (NEW!!!)

2 comments:

  1. haha, taste kita sama la wedy. jendul belikan aku netbook yg sama sebijik kat sini dua bln lepas for 900+ RM lepas convert duit arab hehe

    anyhow, congrats sekali lg on paci-free! suka dgr dia hisap susu byk

    ReplyDelete
  2. t.q for the info.. n aku da don-lod da oceanis tu.. mmg jadi.. t.q..tq

    ReplyDelete