Wednesday, March 30, 2011

Dua petang di beach

Kalau dah balik Miri, ofkos kene pegi beach. Dah beach dekat nak mampus pun malas nak pegi. So last weekend on Saturday, aku bawak si kecik, Yaya (my niece) and my maid to the beach in Miri which called Esplanade. Kat sini memang ramai family bawak kids gi lepak2, ada jugak geng-geng mat mot duduk lepak2, ataupun couple2 lepak menikmati angin sepoi sepoi bahasa..

Sebelum gerak ke beach, aku singgah dulu kat Merdeka Mall yang tak jauh dari rumah kakakku untuk beli beach tools for si kecik sebab die tak pernah ada pun since penakut dengan pasir. Kali ni aku nak pastikan die berani bermain kat beach..yelah nama je budak Miri tapi penakut dengan pasir..ape la...

Mula-mula si kecik memang takut gile nak pijak pasir..adoi anakku ini. Takut ya amat. Aku, Yaya and maid terus je duduk atas pasir dan bukak slipper bagi si kecik tengok dengan harapan die tak takut la..si kecik masih berdukung dengan aku, kitorang pun mula la korek2 tanah dengan beach tools yang baru dibeli. Si kecik pun tengok dan dah start nak pegang2 beach tools.. aku letak die kat pasir tapi masih pakai slipper lagi. Slowly aku letak pasir kat kaki die, tu pun die jerit2 marah and takut. Slowly die bermain dan mula excited die dah lupe dah. Then slipper sebelah tertanggal die bising, then aku pun cakap semua orang tak pakai slipper. Then pastu die pun bukakla the other slipper. Okla jugak die bermain...tapi takut dengan air jugak..


Si kecik sebut startfish --> papish ka (starfish star)


Hubby balik Miri malam tu, so Sunday aku ajak hubby bawak si kecik and Yaya ke beach lagi. Yaya pun sangat excited main air and pasir. Aku pun excited sama! Eh sapa tak suka buat sand castle? Tapi aku tak retilah nak buat sand castle so korek lubang buat bridge je. Huhu...

Sunday lagi ramai orang kat Esplanade. Air plak pasang so beach jadi pendek je. Yang pelik nya si kecik pandai takut balik dengan pasir. Cheh...bukan main lagi the day before bermain dengan seronok sekali... sekali lagi die berdukung dengan aku tamau turun. Kaki pun takut sentuh pasir.. ape la...sekali lagi la bab pujuk memujuk. In the end berjaya jugak.


Sangat seronok menyakat - siram air kat aku tapi sendiri yang basah...
hehehehe...

dah basah dah...

buat bridge je lah...

tapi bridge roboh..

anyway mission accomplished - berjaya bawak si kecik main kat beach tanpa takut.

2 comments: