Thursday, March 17, 2011

The Making of Baby 2: Part 3: Langit tidak selalunya cerah

Cewah tajuk macam suspen. Aku tau korang tak sabar nak tau sambungan. Nak tau, baca dulu cerita misteri di bawah.

Skang nak citer kisah seram misteri yang berlaku masa aku mengandung si kecik 5 bulan.
Seminggu sebelum tu aku start pakai Palmer Cocoa Butter stretch mark cream.. yelah kan semua wanita mengandung risau takut perut nanti ada stretch mark...nanti perut tak cantek lagi. Nanti takut hubby geli nak tengok. So aku start la pakai cream tu. 1 week after that perut aku start keluar macam rash, merah2 kat perut. Aku pun terus stop pakai cream tu takut aku allergic ngan cream tu ke. Tapi rash tu tak stop...semakin hari semakin membesar...gatal ya Allah!! tapi aku tahan tak garu, kang bebekas pulak lagi haru biru. Tapi semakin hari semakin besar. Bawak pi jumpa gynae aku, aku citer kat die aku pakai Palmer tu. Tapi die cakap tak mungkin Palmer tu, sebab 100% proven ok. Tapi dia cakap aku kene PUPPP. Apa itu PUPPP? Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy, woh nama panjang amat. Ok sebut PUPPP jelah. Isk, aku tengok balik sites pasal PUPPP ni meremang bulu teringat masa aku kene dulu. Dahla tu pompuan mengandung sangat2 jarang tekena PUPPP ni. Ntah cemana aku plak tekene. Korang bacalah link PUPPP aku tu ye malas nak explain.

Gynae kasi ubat and cream. Takde kesan beb. Dok camtu jugak. Family kat Miri suruh balik, suruh pi berubat dengan orang-orang pandai. Balik Miri, aku pi skin specialist dulu. Doc tu pulak taktau amende yang terjadi kat aku ni. Die pun kasi segala mak bapak cream dan ubat. Pun takde kesan beb. Seram? Part haru nye, bukan je kat perut, hives tu dah menular ke seluruh badan aku beb. Naik kat dada, nasib baek breast tak kene. Tangan, paha semua kene. Kalau bogel memang nampak macam ada satu lapisan kaler merah kat badan aku. Siap bertungku dan macam2 gak dah buat. Tapi takde kesan. Mak aku tolong sapu cream kat seluruh badan, aku dah tak kesah lagi mak aku nampak semua. Hubby lak terpaksa balik KL yelah, die kan keje.

Pegi lak jumpe dukun ni. Die baca-baca and suruh mandi air dalam botol die dah baca. Pastu few days pastu kakak aku lak bawak aku jumpa sorang Ustaz ni. Ustaz tu baca-baca something pastu kasi air jugak. Ustaz tu kata aku kene ludah si polan si polan masa kat KL. Wallahualam. Aku berusaha dan berdoa takat ku mampu. Alhamdulillah few days pastu hives tu stop spreading. Hives tu dah sampai leher aku dah. Nasib baik tak naik muka. Aku risau gak pasni mesti badan aku berbekas. Sebab dah banyak camtu, ofcos aku garu jugak, mana tahan beb!

Alhamdulillah, hives semakin berkurangan...in the end, tadaaa hilang semuanya and Alhamdulillah takde bekas langsung! Macam pelik je kan. Macam tipu-tipu je aku kene hives tu. Pastu aku pakai je lotion Baby Johnson je. Tak berani jugak nak pakai Palmer tu balik. Pakai baby Johnson ok je. Alhamdulillah lagi, perut aku langsung takde stretch mark. Hives tu remain misteri. Tapi kan tapi kan, aku and hubby macam tak puas hati lah, ape sebenarnya yang menyebabkan hives tu...ada at one time tu aku nak cuba prove kan Palmer tu takde problem, so aku pakai lagi for a day. Guess what, few days after that rash tu keluar balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tapi sikit je sebab aku tak pakai sehari je. Pastu die hilang....Waaaaaaaaaaaaa!!!! Adakah rash tu sebenarnya PUPPP atau disebabkan Palmer cream??? Ataupun ludah si polan si polan??? Wallahualam...hanya Allah yang tahu.

Nak tengok tak perut aku? Pasti korang seram...


Ini baru takat kene kat perut...Merah jeeeee....seram..

Ada gambar aku ambik masa dah merebak kat paha and lengan tapi aku tak tau kemana peginye gambar tu ek... Korang imagine lah mende tu kat seluruh badan aku.

Oklah tamau cerita pasall rash/hives lagi. Aku dah seram sejuk teringat. Ok sambung cerita haritu, dukacita dimaklumkan mak tak preggy lagi ye. Up until now. It's been few months since I've had Clomid. Aku ambik Clomid for 3 months. Kesan sampingan Clomid ni kepada aku ialah aku akan mengalami severe headache bila dekat2 nak period. Sakit giler amat kau. Hubby aku pun kesian tengok aku. Aku akan rasa macam nak demam2 je tapi takde demam pun lah disebabkan severe headache tu. Aku dok baring rest kat katil je lepas ambik 2 bijik panadol. Lagi satu kesan, period aku datang lambaaaaaatttttt sangat!! Selama ini, cycle period aku sangat teratur, sentiasa datang lebih awal 2 atau 3 hari dari tarikh period bulan sebelumnya. Contohnya kalau bulan lepas aku period 20 hb, bulan ni period aku datang 18 hb plak. Lepas ambik Clomid, ketiga-tiga bulan tu period aku datang lambat 2 3 hari pulak. Ceh, dah perasan macam preggy la sebba period lambat kan. Terus je test, tengok takde 2 bar. Lepas tu baru period datang. Ceh.

So aku dah kehabisan Clomid. Maka sebelum period bulan 4 datang, aku and hubby pegi jumpa Dr Menon lagi untuk dapatkan advise ape nak buat seterusnya. Kira jangan buang masa la. Usaha dan usaha dan usaha lagi...Dr Menon pun pelik gak apesal aku tak preggy lagi. Die kata rahim aku ok je. Die cuma risau tube aku blocked. Tapi die cakap sepatutnya tak mungkin, sebab masa aku buat laparascopy dulu die dah clearkan everything, takkan cepat sangat enometriosis tu datang balik.

So die bagi 4 options:
1) Teruskan Clomid for another 3 months (ongkos paling murah dalam 100 je)
2) Buat laparascopy sekali lagi (ongkos dalam 7-8k)
3) Buat IUI - Intra-Uterine Insemination (ongkos dalam 2k)
4) Buat IVF - In Vitro Fertilization (ongkos dalam 15-20k)

So, aku and hubby pun discuss. Kalau teruskan Clomid, kene try sampai 3 bulan. Kalau dapat tu okla kan, tapi kalau takdapat, 3 bulan terbuang macam tu je. Then kene jugak buat either lapo atau IUI. Kalau terus buat lapo, ongkos agak mahal. Dr Menon cakap, kalau buat lapo, baru dapat tengok tube blocked ke tak. Kalau tube blocked sikit, die bleh fix, die akan potong tempat blocked dan sambung balik tube. Tapi tapi tapi kalau tube blocked kesemuanya, he can't do anything. So, aku and hubby pun pikir kalau tube aku tu sebenarnya blocked dan blocked kesemuanya, kira rugilah jugak buat lapo dahlah spend 8k camtu....kalau dah blocked, terpaksalah terus buat IVF...dah double ongkos. Sangat susah nak buat decision. Kalau dapat fix takpelah jugak kan. Kira 50-50 la ni. In the end aku and hubby opt for IUI. At least ongkos nya tidaklah semahal lapo. Dan kalau menjadi, alhamdulillah. Kalau tak, then pikir options seterusnya.

Lagipun umur semakin meningkat, semakin berisiko nak preggy. Dan aku kene fikir jugak situasi sekarang. Since maid aku masih ada, aku nak ada anak cepat2. Takut-takut nanti habis kontrak die tamau sambung lagi, susah plak aku nak carik maid baru yang ok macam die....Jadi, sementara masih mampu, aku dan hubby akan berusahalah sepenuhnya dulu, cuba semua options...sambil berdoa kepada Allah, kalau dah habis semua options and in the end memang tak dapat preggy jugak, means, memang belum ada rezeki dan barulah aku berserah sepenuhnya pada Allah S.W.T....Dialah yang menentukan segalanya...

Next part, aku citer detail pasal IUI pulak ye. Sila tunggu~

5 comments:

  1. So sorry to hear that. But dont worry. You both are still young. And you have SUCH a cute son! Ada tips nak buat baby cute? Hehe.

    Actually, if you remember me, I ada komen dalam yr previous post, that I also have PCOS and seeing Dr.Menon. I just got to know that I am pregnant, and about 5 weeks now.

    I love Dr.Menon, and have faith and trust with him ya. I hope my pregnancy goes well, and lots of baby dust to you!

    ReplyDelete
  2. Hi dear! I still remember you...but I think u should leave ur nickname or something hehehee... i only can see anonymous here...huhu...anyway waaaa congratulations for ur pregnancy!!! i am so happy to hear that! so ape dr menon buat dekat u? did u do any surgery? or did u do IVF?

    ReplyDelete
  3. Heheh, nanti bila my pregnancy dah masuk at least 3 months, I will share my name/blog add with you. Buat sementara waktu ni, I maintain low profile dulu hehee.

    I buat lapo with Dr.Menon in January, skali dgn ovarian drilling. Dia drill 12 on one side, another side 22! Pastu buang adhesion and abnormal growth. Besok I have appointment dgn dia lagi, hopefully sumer ok, and boleh tgk sac. Dr.Menon pernah kata, PCOS patient higher risk of miscarriage, tu yg i risauuu sgt, nak maintain low profile. I am on Duphaston now. Tgk apa kata dia plak besok. Wish me luck.

    -s-

    ReplyDelete
  4. Dear, no prob! Would love to read your blog too... i doakan ur pregnancy will be smooth.. I pun ambik duphaston lepas buat IUI, tapi tu lah takde hasil gak. I ni kira dah tua gak dah 31 tahun ni... sebab tu kalau bole nak buat anak cepat huhu... tapi tu semua kuasa Tuhan jugaklah kan. Kita usaha and doa je..

    Anyway, amende ovarian drilling ek? takut je i dengar hehhee...dahlah banyak plak tu sampai 22.. anyway, let me know ur appointment k! Good luck dear!

    ReplyDelete