Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, April 24, 2010

Salmonella Infection

Tak sempat lagi nak buat post pasal trip to Bandung, Rais pulak kene admitted to GH Miri due to Salmonella Infection.
Panjang kisahnya. Kalau rajin, bacalah post ini.

Bermula dengan high fever 2 hari sebelum ke Bandung. Tambah dengan runny nose dan batuk sikit.
Die tak pernah kene high fever macam tu sebelum ni. Kalau adapun fever biasa-biasa je.
High fever kali ni sampai menggeletar kesejukan tapi sangat panas di dalam badannya.
Memang kesian tengok.
Badannya dilap-lap dengan kain basah. Dan ada juge aku mandikan die dengan air suam.
Kemudian terberak cirit sebab panas sangat kot?
Bawak gi Tropicana Medical Centre (TMC), doc kasi die antibiotik dan beberapa ubat yang lain.
Pastu demam die dah ok, cuma die masih runny nose.
So kitorang amik keputusan teruskan je trip Bandung tu lagipun tiket semua dah beli, hotel dah book, mak bapak aku pun dah sampai KL.
Kalau demam die masih ada memang kitorang terpaksa postpone trip.

Kat Bandung Rais memang ok. Cuma masih runny nose je. Sekali sekala terberak beberapa kali dalam satu hari. tapi memang nasib baik die tak demam. Tido malam pun ok.
Susu ok cuma makan ada banyak kerenah. Mungkin masa tu sakit perut dah start dah tapi kitorang tak perasan. Jadi tak selera makan. Sebab tu masih juga terberak.
Tapi stool nya masih macam biasa, takdelah kaler hijau dan rupa yang pelik.

2 hari balik from Bandung die kene high fever lagi. Again. Sama macam sebelum gi Bandung.
Terberak juga dan flu.
Dahlah masa tu tengah sibuk pasal nak uruskan maid yang dah ada di Miri.
Masa tu tak pasti lagi nak suruh mak aku bawa maid gi KL ataupun kitorang balik Miri ambik maid.
At last kitorang decide balik je Miri sebab nak buat visa die kat Miri.
Pagi sebelum flight ke Miri malamnya, kiitorang bawak Rais gi TMC lagi.
Doc kasi ubat lagi. Cakap throat die infected lagi sebab die batuk jugak.
Petang tu sebelum bertolak ke KLIA pegi TMC Emergency lak (hari Sabtu masa tu so bahagian PAED semua closed) sebab tetiba lak ada dot dot merah kluar kat bahagian leher Rais.
Masa tu tak lain tak bukan memang takut la denggi ke ape ke.

Tapi doc on-call cakap tu cuma rash je sebab throat die sakit ke hape bende.
So doc cakap kalau risau gak ble amik blood test, tapi memandangkan flight balik Miri malam tu and takut tak semapt tunggu result so doc cakap buat kat Miri je sebab die tengok Rais masih stabil. Oklah so balik Miri that night.

Kat Miri lak, memang takdapat tido sebab demam panas die datang balik. Memang kesian.
Dahtu terberak lagi.
Awal pagi gi MCMC ingat nak admit die je sebab gerenti kurang air sangat-sangat.
Yelah bagi air pun die cam dah taknak minum. Susu pun sikit je. Makan memang tak langsung since before tu.

Kat MCMC, doc cakap kemungkinan cam Influenza je. Doc pun risau.
Masa tu aku and nurse sponging si Rais kat bilik sebelah. So doc suruh refer to GH sebab MCMC takde facility nak buat isolation for kes infant. Adei..apela..sikti-sikit nak refer GH.
Doc kasi support letter la.

Kat GH lak gi emergency section. Sponging Rais lagi sebab fever die on and off.
Tapi memang tinggi sampai cecah 39 degrees. Pastuh buat x-ray, amik blood sample and terus kene drip. Budak ni plak bila dah cucuk bende alah tu kat tangan die, die lak sebok nak tarik2 jarum tu..adoi...memang kene 2 orang tahan die. Aku and laki aku la. Kalau sorang memang takdapat handle die. Dahtu tamau baring atas katil, nak dukung je. Sorang dukung sorang lak pegang tangan die so that die takdapat tarik.

Dahtu stop drip and admit la ke common wad. Mak aii, kat tengah-tengah dunia lak katil die sebab 8 buah katil kat tepi2 semua dah full. Tepaksa la. Nak admit kat private tak ble lah pula.
Tapi ok gak dah petang skit ada budak dah discharged so Rais amik tempat die tepi dekat ngan pintu besar wad tu. Doc and nurse lak sebok la bertanya kenape dan ape hal si Rais ni dan bermula lah sesi bercerita yang panjang lebar. Bukannya sorang je tanye, banyak plak tu jenuh la mulut nak story semua. Kene lak full story macamana bermulanya sakit si Rais ni (macam aku cerita dari mula di atas la, kan panjang tu, imagine kene cerita kat semua doc and nurse yang bertanya). Yang geram nye ade Doc Singh sorang tu, nama die Doc Sandeep dengar cerita dari laki aku tapi macam tak concentrate je. Ntah masuk telinga kanan kuar telinga kiri je. Pastu kutuk private clinic sebab kasi ubat macam-macam kat Rais. Takpayah la nak kutuk2. Private and government sama-sama banyak save lives orang ok. Beza cuma the service je!

Rais cuma diberi antibiotik dan ubat demam first day tu.. yang pelik nye, kitorang dah cerita banyak kali pasal die terberak cirit tapi takde tindakan lak. Cuma sibuk pasal x-ray die sebab ada nampak cam lung infection. So cuma sibuk nak treat lung die. Sebab tu kasi antibiotik tu.
Sepanjang malam fever masih on and off. Rais tido memang pakai diaper je. Sebab nak sponging die pastu tukar diaper banyak kali sebab tercirit. Kaler stool pun hijau dan berlendir-lendir. Maybe sebab batuk die berkahak. Bontot die pun dah merah. Kesian.

2nd day kitorang tekankan pasal stool die tu. Masa tu barulah doc ambik stool sample.
2nd day takde perubahan. Die lemah sangat-sangat.
Petang tu sekumpulan doc datang menjenguk Rais. Pagi tu ade gak dorang ni datang tapi masa tu aku balik rumah tido. Laki aku nyer shift.
So petang tu doc2 tu tanye lagi. Ntah camana rupanya sorang doc cina yang senior tu, die PAED la nama die Doc Teh, baru tau yang kisah demam si Rais ni bukannya berlarutan dari first die kene demam before Bandung tu. Die ingat demam Rais ni dah seminggu lebih tak baik-baik. Sebenarnya demam die ni sekali masa before gi Bandung, pastu dah baik seminggu, kene lagi.

so Doc Teh tu cakap kalau cam tu dah lain story. Die cakap risau ILI (Influenza Likely Illness) and suspected H1N1. So die cakap Rais perlu di isolated. Maka dengan bestnye Rais dipindahkan ke bilik perseorangan yang ada aircond. Ni baru lah best sikit tak panas macam kat common wad. Dan takde bunyik bising bebudak lain nangis dan mata-mata yang memandang.

3rd lak result stool came out didapati ada bacteria, maka Rais bukan sahaja lung infection tapi juga bowel infection. So tukar lak antibiotik lain yang cover lung and bowel skali. Ceh, nape tak ambik stool sample from day 1 lagi? Takdela buang masa macamni.
Pastu ambik swab lak, from hidung and air liur. Yela nak test for H1N1. Duhhh..risau nye.
Pastu lak ade ke patut, mamat tu silap ambik swab. Kene buat sekali lagi. Stupid tak? Takkan sebelum ni tak pernah ambik swab for H1N1? Eeeee....geram betul lah, dah delay satu hari dah. Kene lak submit swab tu ke Kuching for test.
\

Rais masih gak lemah dan kene drip lagi. Memang dah terover dehydrated. Kesian!
4th day Rais looks better. Tak selemah macam 2 hari sebelumnya. Stool masih macam tu.
Tukar diaper sebab berak masih lagi more than 10 times a day.


5th day Rais active dah. Dah cukup air. Susu pun nak. Makan pun nak sikit-sikit. Alhammdulillah. Dah lewat petang, result test H1N1 kluar. Negative. Alhamdulillah.
Cuma dia didapati kene infection Salmonella. Sebab diorang perlukan 3 days untuk cultivate bacteria dari stool die. So dapat la tau infection tu Salmonella Infection. So salmonella ni menyebabkan diarrhea which can escalated to pneumonia (sebab tu die kene lung infection).
Maksudnye everything started from bowel die tu.

Okeh, petang terus disuruh discharge. Yay. Alhamdulillah. Cuma tukar antibiotik lagi for 5 days which is specifically untuk Salmonella nih. 4 kali tukar antibiotik die. Hmm...

Apapun besok nak buat Makan Tolak Bala kat rumah Luak.
Alhamdulillah syukur kepada Allah semuanya dah selamat dan Rais pun negative H1N1.
Sekarang cuma perlu menjaga pemakanan Rais dengan lebih lagi.
Dan juga jaga kebersihan dengan lebih lagi.

Anda juga perlu jaga kebersihan ya. Jangan lupa. Jangan neglect!
Sama-sama kita membanteras Salmonella Infection!

Sila baca mengenai Salmonella :

Akhir kata, Japan trip dimansuhkan buat sementara kerana tidak dapat travel ke mana-mana buat sementara waktu. Agaknya bilalah boleh travel lagi ya?
kang nanti si Rais dah berumur 2 tahun, ade plak adik baru akan datang.
Lagi la takble nak travel... campo tolak another 3 to 4 years lah takleh gi mane-mane..



3 comments:

  1. Adohai, aku gik rasa sedih nangga Rais camya gilak rupanya. Mun kita kenak diarrhea gik rasa sik nyaman, apa gik daknya nok agik kecik nya kan? Ya lah, peritnya jadi ibu bila anak sakit. Dy, Columbia Asia tek sikda isolation facility juak kah?

    ReplyDelete
  2. Yalah sikpasti juak aku columbia asia ya. pagi ya cuma gi MCMC terus suruh refer GH. yalah kita diarrhea and food poisoning gik nang sikpat nak bangun eh lemah alu badan. tok nemiak kecik. yarabi kesian and nak nangis ku nangga rais terlentang lemah. eh carol so sorry aku sik sempat meli lace kau. hari pegi pasar baru ya, kamek org rah tempat tudung ajak dah berjam-jam. nok kain-kain rah tingkat lain nang sik sempat diagak. aku pun siksempat nak nangga kain kedirik. heheh..haish nang shopping heaven bah bandung tok..

    ReplyDelete
  3. Syukur la Dy,Rais dah keluar hospital.
    Baru la aku dengar nama penyakit ya...ermm ya la semua mauk kena jaga kinek tok mcm2..

    ReplyDelete