Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 18, 2010

Tukar susu


Nak update skit pasal susu si Kecik tu. Masa admitted kat hospital si Kecik tepaksa tukar susu Isomil sebab doctor cakap takut die tetiba lactose intolerence sebab tu asyik diarrhea je.
Lepas tukar, slowly diarrhea bertambah baik.
Pastu bile dah habis Isomil, aku try la tukar balik ke susu lama die Progress Gold.
Ntah camne leh lak kuar rash kat montot die pastu ada diarrhea sikit2 lagi.
Aiseh, tukar balik Isomil.
Nampak gayanya memang lactose intolerence la si Kecik ni. Camane lak bleh jadik camtu.

Sebelum habis Isomil tin kedua, aku dan laki aku bercadang nak tukar susu die ke Pediasure.
Sebab Pediasure tu bagus jugak untuk bebudak underweight dan hyper active.
Lagipun bile baca2 info kat tin die, rupanya Pediasure tu lactose free gak. Walaupun bukan soy based la. Okla ble la try.

So sesi penukaran susu secara perlahan-lahan pun bermula la.
2 kali Pediasure dan 1 kali Isomil sampaila Isomil tu habis.
So far takde pun alergy ke diarrhea ke.
Mula-mula si kecik tu takdapat menghabiskan susu Pediasure sebotol. Asyik ade je lebih.
Tapi lama-lama ok juak, habislah sebotol setiap kali minum.

Maka dengan rasminya susu Rais sekarang ialah Pediasure.
Aku belikan perisa coklat tin kecik dan Vanilla tin besar untuknya.
Yang coklat tu sekali sehari minum. Yang lain vanilla.
Sedap tau Pediasure ni. Aku curik2 minum la sikit, memang rich susu tu dahtu rasa cam ice cream vanilla and coklat. (Aku plak suke, kalau susu tu ada tinggal buih2 je lam botol, aku akan habiskan hahahaha...)

Rais minum susu masih 4 oz setiap kali dan dalam masa 24 jam, 4 hingga 5 kali susuan.
Walaupun tak minum sampai 8oz ke tapi makan bubur die nak, so oklah tu.

Bagi aku, yang penting susu die nak, sebab baby umur ni perlukan calcium secukupnya untuk pembentukan tulang yang kuat semasa membesar. Makan tu nombor 2.
Kang nanti tergemuk plak. Hehe. Tak mau lah.



No comments:

Post a Comment