Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 26, 2010

Kisah Si Kecik


Malam ini rasa nak rilek-rilek lagipun Si Kecik tu dah masok tido awal. Barang-barang pun banyak dah dikemas, apa yang tinggal pun aku taktahu nak kemas bagaimana lagi. Nantilah kalau ada mood lagi baru kemas lagi. Aku memang busy lately sebab urusan pindah rumah yang telah pun selesai pada Selasa lepas. Sekarang cuma dalam proses mengemas kotak-kotak dan menyusun semula perabot. Sungguh memenatkan proses pindah rumah ini. Kali ini adalah kali ke 7 aku pindah rumah semenjak aku tinggal di Selangor/KL. Rasanya sejak tahun 2003. Yang geram dan tensionnya, pindah rumah kali ini bukanlah yang final.. kalau dah pindah rumah sendiri sebenar nanti barulah dikira final. Entah bila la tu~ Kalau ikut, rumah memang dah ada, tapi nak jual lah pulak, alasan sebab terlalu jauh dari KL, dekat ya amat dengan KLIA. Tapi so far belum ada buyer yang berminat. Selagi rumah tu tak dapat dijual selagi itulah jangan nak sibuk berangan duduk rumah sendiri secepat mungkin.

Berbalik kepada tajuk post kali ini, saja nak update gambar-gambar Si Kecik semasa dalam proses pindah rumah. Kita sibuk mengemas kotak, dia juga nak masok dalam kotak. Ataupun nak berjalan-jalan seluruh rumah dan mengutip benda-benda kecil yang berselerak. Dahlah dengan habuk lagi, dan sampah-sampah daripada kotak-kotak. Bila diletak dalam katil atau playpen kerana kami hendak mengemas barang, sekejap sahaja Si Kecik sudah mula ngek-ngek lagi minta diambil dan diletak di lantai..biasalah, bila sudah pandai berjalan, nak berjalan saja setiap masa. Walaupun tension dan stress dengan bermacam-macam kerja, tapi apabila melihat gelagat Si Kecik, rasa tension hilanglah juga..

Malas nak photoshop gambar-gambar jadi tepaksa upload satu-satu.
Dengan connection P1 Wimax yang sangat lembab malam ni menyebabkan proses upload gambar mengambil masa berjam-jam. Lembab mengalahkan si kura-kura. Tension lagi..


Si Kecik semenjak dua menjak ni suka belek buku. Tapi baca buku terbalik. Nanti ada masa nak pegi beli buku cerita besar untuknya (macam Milan).


Si Kecik dah pandai minum/sedut air dari botol air selepas dilatih selalu.


Si Kecik suka buat muka jaik (kata orang Sarawak) bila diambil gambar. Gigi pun nampak..


Si Kecik sebok belek kotak apabila kita mengemas barang ke dalam kotak. Sila ignore klip itu lagi.. (kali ini kerja pembantu rumah aku pulak)


Si Kecik sibuk ambil keluar makanan dalam tin yang dah disusun dalam kotak.


Gelagat Si Kecik bila diletak dalam katil (Masa ni baru je sampai kat rumah baru, movers tengah keluar masuk angkat barang)


Bergolek-golek dalam katil

4 comments:

  1. Geram nangga Rais, eeeee...sik lamak gik 1 year, dah besar dah nya. agik ada maid ya tek Dy?

    ReplyDelete
  2. aok maid aku abis kontrak ujong bulan 3. yalah balit miri tok nak ncarik maid baru gik...

    ReplyDelete
  3. cute lah dacchi molah muka jaik..hehe

    ReplyDelete
  4. AHAHAHAH gelik ati nangga gambar cuki eh.

    Aileen

    ReplyDelete