Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 30, 2011

Day 4: Annyeong Haseyo!

Day 4:

Hari ni balik ke Seoul. Perjalanan agak jauh dari Mt Sorak area. Itinerry hari ini kitorang pegi theme park, Yongin Everland, then shopping at Dongdaemun Market.

Ramen. Sedap.

Mama yang sebok kasi budak kecik makan which actually
die tak makan langsung pon
and papa sebok melayan budak kecik supaya tak bising

So that morning, sejuk gilassssssss!! Aku memula pakai baju and coat yang kurang tebal. Sekali keluar dari hotel, Ya Allah sejuk gilerrr sampai ke tulang! Lepas breakfast kat hotel, aku terpaksa mintak tolong encik driver bus tu bukak balik tempat luggage bawah bus tu sebab bags semua dah masok bus dah. aku kene ambik jaket tebal ni. Mampus kalau sejuk satu hari. Sebab kalau bags dah masok bus susah ler nak ambik2 baju lagi. Ni yang susah nye kat negara 4 musim. Pening nak fikir baju ape kene pakai. Musim sejuk pun ada sejuk gila, ada sejuk sederhana, ada tak berapa sejuk. Mampus kau kene sedia 3 jenis coat ikut ketebalan.
Dah tukar coat tebal, and pakai jeans (memula aku pakai leggings)...baru lega sikit.

Budak kecik kene paksa pakai jaket tebal

So pastu kitorang pon terus proceed ke Yongin Everland. Sampai-sampai kat tempat parking bus, kitorang kene turun and naik shuttle untuk ke theme park. Mak aii dah sampai kat sini hari panas lah pulak. Haru lah kau pakai baju tebal kan. Dah terpaksa bukak balik coat tebal and letak kat stroller. Stroller Dasuki dah jadik tempat gantung coat lah pulak. Dah tak macam stroller. Macam penyangkut baju yang boleh bergerak ada roller tu. Best gak theme park. Ada macam-macam. Tapi sayangnya kitorang cuma diberi 4 jam je kat situ. Ade ke pegi theme park setakat 4 jam je? Manala cukup Cik Jennifer oii.. Nak main satu game pun nak kene queue lagi. And nak pegi from 1 place to 1 place kat dalam theme park tu pun bukannya dekat. Haishhh....tetapi memandangkan itinerary dah macam tu nak buat cemana. Terpaksalah ikut je.

Naik mende alah ni best jugak

Since hubby and cousins nak main roller coaster, maka kami pun berpecah. Mereka bertiga cepat-cepat pegi queue sebab queue leh tahan panjang. Aku, Dasuki, MIL and FIL pegi lunch dulu dengan Ms Jennifer dan Ms Zara. Sebab only Ms Jennifer je tau kat mana kitorang leh makan. Lunch sangat simple takde nasik. I think mende tu rice cake ke nama die. Boleh lah. Kesian FIL makan mende tu je for lunch. Huhu. MIL plak tak kisah sangat. Lepas lunch aku bawak Dasuki ikut Ms Jennifer pegi ke kids section. Ingat nak suruh si kecik ni naik ride ke ape ke. Sampai kat tempat kids tu, aku bawak die naik mary go round dulu. Tapi die tamau naik horse. Die nak masuk dalam carriage. So kami berdua pun duduklah dalam carriage sambil ride tu berpusing-pusing. Pastu aku bawak die ke ride yang ada banyak jenis kereta. Kesukaan Dasuki. He loves cars! So aku pon suruh die pilih which car die nak masok. Punyelah die pilih slow-slow. Bebudak lain dah masok kete cepat dah. Boleh tak in the end Dasuki taknak masuk kete. Aku pon tak faham. Budak ni takut ke ape? Tapi die ia-ia nak masok tadi. So last-last ride dah nak start Dasuki tamau masuk kete, so kitorang pun kluar lah dari situ. So tengok from outside je.

Mama berdua dengan Cuki

Aku pun tanye Dasuki apesal tamau masuk car. Die takreti plak nak menjawab aku. Yelah takreti nak bercakap lagi kan. Huhuhu.... Pastu kitorang pegi lak tengok ride lain...Dasuki lebih syok memerhati daripada nak main. Lantak kau lah. Pastu kami berdua pun jalan balik ke tempat restaurant sebab MIL and FIL menanti kat situ. Sampai situ hubby and cousins pun ade skali tengah makan. Diorang cuma sempat main satu ride je. Kesian kan. Tula aku cakap orang datang theme park at least nak satu hari sampai ke malam. Ni setakat 4 jam je. Dapat buat ape?


Then kitorang semua satu group proceed ke safari kat situ. Kami semua naik shuttle dan shuttle tu bawak kami masuk ke dalam open safari. Best! Banyak animals macam tiger, elephant, bear, lion semua lepak2 dan berjalan-jalan dalam tu sebab jenis open. Kirenye animals tu bleh datang ke bus kitorang. Hehhee...Even ada white tiger! Bear plak siap buat show lagi. Dasuki sangat excited tengok animals!

Mama, look!

White tiger yang sexy

Bear yang membuat persembahan..

Budak kecik syok main bende ni plak.
Real ride takut plak nak naik.

Pastu ada masa free sikit kitorang pegi tengok section bunga. Hmmm beautiful scenery. Tulips. Belum sempat bergambar dengan tulips, tetiba ada parade sedang berlangsung. Maka kami pun pergi tepi jalan nak tengok parade. Dasuki syok tengok ramai orang dance, dan kereta2 parade dengan character-character kat atas kereta tu....in the same time die takut jugak...hehehe maybe sebab kereta tu besar kot?


Lepas parade tamat, maka kami pon sambong la bergambar dengan tulips.

Syok korek bijih ke?


Dah cukup masa, its time to go. Naik bus dan terus ke Dongdaemun Market. Nama je market tapi macam shopping mall la. It's a wholesale and retail market. Tak beli baju pon kast situ tapi pegi tingkat atas sekali tempat souvenir. Jumpe la Jang Keun Suk nyer merchandise yang aku carik-carik. Jang Keun Suk tu sape? Klik sini, sini dan sini for my previous post about this guy.
Apa lagi aku pon rembat la sebanyak mana yang aku mampu. Huk huk. Tapi takde plak gambar ye. Si hubby tak sempat plak nak mengambil gambar sebab sibok pilih souvenir. Sambil tu aku rembat jugak beberapa souvenir nak kasi kengkawan and untuk simpanan diri sendiri. Yang penting aku rembat sudu Korea.

Dah penat bershopping.

Budak kecik yang kepenatan shopping berkeliaran.

Aku kayaaaaaaaaaaa!!!


Lupe nak cite, sampai ke masa ini, si kecik masih takmau makan LANGSUNG. memang takde masok nasi ok. On milk only. Aku risau tahap gaban. Tantrum masih tahap yang memeningkan kepala. Masuk stroller pun taknak, asyik kene dukung all the time. Stroller jadik tempat letak barang. Tukang dukung ialah encik hubby sebab cik wifey tak larat nak mendukung budak itu lama-lama.

So lepas shopping pegi dinner pulak. Kali ni dinner ginseng sup ayam. Wah sedap. Serius. And untuk pertama kalinya, aku try kasi Dasuki makan, dan die nak makan!!! Betapa happy nya aku masa tu dan seronok kasi die makan nasik and sup. Sebab die memang suke minum sup. Kalau kat rumah every lunch and dinner wajib ada sup (ape-ape sup lah). Tapi makanan Korea pun ada sup jugak. So aku wonder lah maybe die tak suke makanan Korea kut? Ok, we will see esok lusa macamana plak adakah betul die taksuke Korean food?

Sup ayam ginseng. Sedap.

Camni rupe ginseng ek. Aku pon baru tau.

Hotel kami stay malam tu akan kami stay selama 2 malam. Sebab kami ada di Seoul selama 2 malam.


To be continued...

Tuesday, July 26, 2011

Day 3: Annyeong Haseyo!



Day 3:

Depan Hotel Kumiho Seorak

Di waktu pagi lepas breakfast kitorang pergi Teddy Bear Farm...comel-comel je teddy bear. Dasuki pun syok tengok and bergambar...

Eh over plak Prince ni..

Dasuki seronot main Happy Birthday dengan teddy bears


Then proceed to Mount Sorak National Park. On the way to Mount Sorak ada nampak banyak pokok sakura tengah berbunga kat tepi jalan. Memang cantik amat! So Ms Jennifer pon suruh encik bus driver untuk stop sekejap sebab semua jakun nak bergambar ber-background-kan pokok sakura itu..


Daripada tempat parking bus nak pegi ke Cable Car tu bleh tahan jugak jauh jalan kaki. Jalan plak berlubang-lubang tak smooth. Hampeh tolak stroller sebab Dasuki tertidur. Sampai kat Cable Car alamak takleh bawak stroller. Camne nih dahlah budak kecit tu very light sleeper. Kalau dah tertidur memang aku tak suka nak move die sebab die senang terjaga. Tapi apakan daya terpaksa la aku keluarkan die dari stroller dengan perlahan tahap gaban. Mak aii ko ingat senang ke nak suruh budak ni tidur? Penat camne sekalipun kalau die tamau tidur die sanggup menahan mata tak tidur tapi pas tu cranky ambik kau. Nasib baik (agaknya penat sangat kot) die tak terbangun bila aku dukung die. So kami pon masuk cable car. Best tengok view from cable car tapi aku cuak la jugak sebab macam tergantung kan, dahtu tinggiiiiiiiiiiiiiii ya amat. Mak acrophobia okay. Eh takdelah acrophobia pon, yang tu severe fear of heights. Tapi of course la takut jugak tinggi2 tergantung ni....

Budak kecit tido dalam cable car


Dah sampai kat atas tu rupanya nak kene naik tangga lagi banyak-banyak kalau nak pegi tengok view yang cantik dari atas gunung. Tapi budak kecit ni masih tidur maka aku terpaksa meninggalkan diri di tempat cable car tu dengan MIL. Si hubby dan yang lain semua pi naik dan ambik gambar terlampau. Tengah menunggu tu Dasuki terbangun. Weh dah bangun cranky lah pulak. Memang semasa bercuti ni aku amatlah stress. Bukannya enjoy holiday pon. Stress sebab Dasuki BANYAK songeh. Makan pun taknak ye tuan-tuan dan puan-puan. Die minum susu je. Kasi roti ke biskut ke semua tamau. Taktahu lah apehal ke sebab makanan Korea tak lalu ke. So berbalik kepada cerita entah apa dimimpikan, bangun pun cranky, marah-marah, baring atas lantai etc...
antara mereka-mereka yang berjaya naik ke puncak, as if....hahaha

mereka-mereka yang rasa diri berjaya naik ke puncak entah di mana...


Sambil melayan kerenah si kecik kami terus menunggu sampailah yang lain balik ke tempat cable car. Pastu kitorang satu group semua turun balik ke bawah naik cable car.

Naik bus dan terus proceed ke Alpensia Resort Hotel plak. 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan nampak lagi selaut pokok sakura tepi jalan...maka jakun-jakun tadi suruh Ms Jennifer stop sekejap untuk bergambar bersama pokok sakura. Apalagi peluang sudah di depan mata maka dengan perasannya bergambar ala-ala celebrity...


Kami terus ke hotel awal sebab nak spend time relax-relax kat resort tu. Kire awal jugak la sampai hotel around 3 ke 4 petang macam tu. Si kecik plak tertidur lagi so terus angkat masuk bilik. Kami pun relax lepak-lepak. Menjelang malam lepas dinner aku, si hubby, Dasuki, cousins Farah dan Nadiah pergi lepak kat bilik arcade kat resort tu. Siap ada Karaoke box kat dalam tu. Kami pun melalak-lalak lagu Jepun and English. Actually ingat nak massage bagai tapi spa kat situ tutup la pulak. Si cousins 2 orang tu teringin nak berendam dalam onsen (hot spring) pun tutup jugak. Under construction ke kalau tak silap. Sebab masa tu adalah bukan musim peak. Peak season die siap ada main skii kat bukit belakang tu. Interesting...

Sila lihat gambar:

Bibimpap (mixed rice with vege), rice dalam bowl kecik tu.
Serius SEDAP. Terima kasih.

Concentrate dengan iPad




To be continued.....