Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, July 26, 2011

Day 3: Annyeong Haseyo!



Day 3:

Depan Hotel Kumiho Seorak

Di waktu pagi lepas breakfast kitorang pergi Teddy Bear Farm...comel-comel je teddy bear. Dasuki pun syok tengok and bergambar...

Eh over plak Prince ni..

Dasuki seronot main Happy Birthday dengan teddy bears


Then proceed to Mount Sorak National Park. On the way to Mount Sorak ada nampak banyak pokok sakura tengah berbunga kat tepi jalan. Memang cantik amat! So Ms Jennifer pon suruh encik bus driver untuk stop sekejap sebab semua jakun nak bergambar ber-background-kan pokok sakura itu..


Daripada tempat parking bus nak pegi ke Cable Car tu bleh tahan jugak jauh jalan kaki. Jalan plak berlubang-lubang tak smooth. Hampeh tolak stroller sebab Dasuki tertidur. Sampai kat Cable Car alamak takleh bawak stroller. Camne nih dahlah budak kecit tu very light sleeper. Kalau dah tertidur memang aku tak suka nak move die sebab die senang terjaga. Tapi apakan daya terpaksa la aku keluarkan die dari stroller dengan perlahan tahap gaban. Mak aii ko ingat senang ke nak suruh budak ni tidur? Penat camne sekalipun kalau die tamau tidur die sanggup menahan mata tak tidur tapi pas tu cranky ambik kau. Nasib baik (agaknya penat sangat kot) die tak terbangun bila aku dukung die. So kami pon masuk cable car. Best tengok view from cable car tapi aku cuak la jugak sebab macam tergantung kan, dahtu tinggiiiiiiiiiiiiiii ya amat. Mak acrophobia okay. Eh takdelah acrophobia pon, yang tu severe fear of heights. Tapi of course la takut jugak tinggi2 tergantung ni....

Budak kecit tido dalam cable car


Dah sampai kat atas tu rupanya nak kene naik tangga lagi banyak-banyak kalau nak pegi tengok view yang cantik dari atas gunung. Tapi budak kecit ni masih tidur maka aku terpaksa meninggalkan diri di tempat cable car tu dengan MIL. Si hubby dan yang lain semua pi naik dan ambik gambar terlampau. Tengah menunggu tu Dasuki terbangun. Weh dah bangun cranky lah pulak. Memang semasa bercuti ni aku amatlah stress. Bukannya enjoy holiday pon. Stress sebab Dasuki BANYAK songeh. Makan pun taknak ye tuan-tuan dan puan-puan. Die minum susu je. Kasi roti ke biskut ke semua tamau. Taktahu lah apehal ke sebab makanan Korea tak lalu ke. So berbalik kepada cerita entah apa dimimpikan, bangun pun cranky, marah-marah, baring atas lantai etc...
antara mereka-mereka yang berjaya naik ke puncak, as if....hahaha

mereka-mereka yang rasa diri berjaya naik ke puncak entah di mana...


Sambil melayan kerenah si kecik kami terus menunggu sampailah yang lain balik ke tempat cable car. Pastu kitorang satu group semua turun balik ke bawah naik cable car.

Naik bus dan terus proceed ke Alpensia Resort Hotel plak. 2 jam perjalanan. Dalam perjalanan nampak lagi selaut pokok sakura tepi jalan...maka jakun-jakun tadi suruh Ms Jennifer stop sekejap untuk bergambar bersama pokok sakura. Apalagi peluang sudah di depan mata maka dengan perasannya bergambar ala-ala celebrity...


Kami terus ke hotel awal sebab nak spend time relax-relax kat resort tu. Kire awal jugak la sampai hotel around 3 ke 4 petang macam tu. Si kecik plak tertidur lagi so terus angkat masuk bilik. Kami pun relax lepak-lepak. Menjelang malam lepas dinner aku, si hubby, Dasuki, cousins Farah dan Nadiah pergi lepak kat bilik arcade kat resort tu. Siap ada Karaoke box kat dalam tu. Kami pun melalak-lalak lagu Jepun and English. Actually ingat nak massage bagai tapi spa kat situ tutup la pulak. Si cousins 2 orang tu teringin nak berendam dalam onsen (hot spring) pun tutup jugak. Under construction ke kalau tak silap. Sebab masa tu adalah bukan musim peak. Peak season die siap ada main skii kat bukit belakang tu. Interesting...

Sila lihat gambar:

Bibimpap (mixed rice with vege), rice dalam bowl kecik tu.
Serius SEDAP. Terima kasih.

Concentrate dengan iPad




To be continued.....

No comments:

Post a Comment