Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 8, 2011

Korean Drama Review

Ok maaf ye lama tak update blog. Banyak sangat benda happen and nak di settle kan. Campur dengan sibok menonton Korean drama sampai jam 6 pagi. Gile ke ape.
Anyway ni review untuk latest Korean drama yang aku beli.


HE'S BEAUTIFUL/YOU'RE BEAUTIFUL
Rating: 5 stars 100% best gile mampus! Drama paling best pernah aku tengok ok!

Pasal pompuan ni, Go Mi Nyu masuk band group A.N.Jell untuk replace twin brother die, Go Mi Nam for a while. So die menyamar jadik lelaki la. Banyak kisah between die dengan group tu yang ada 3 lagi member. Lead group, Hwang Tae Kyung tu jenis yang arrogant, serius tiba2 dapat tahu pompuan tu menyamar so ada banyak la kisah lucu yang terjadi antara mereka. In the end lead group tu jatuh syok sama Go Mi Nam. Lagi dua orang member tu pun ada kisah2 tersendiri yang memang lawak dan buat korang ketawa non stop di samping ada part-part yang sedih... Lagu-lagu dalam drama ni memang semua best!!

Harus mak beli CD+DVD Theme Song and Mini Concert A.N.Jell. Pastu terjumpa The Making Of pun wajib beli. Best giler ok. Laki mak yang tak pernah berminat tengok drama Korea sebab die tak suke bahasa Korea pun boleh jatuh cintan tengok drama selepas aku memaksa die tengok drama ni. Hahahaa...!! Berjaya jugak! Die mengaku drama ni best! Drama lain die tamau tengok.


Sila tengok muka mamat Hwang Tae Kyung atau nama sebenar Jang Geun Suk yang telah menjadi poooojaan hatiku selepas nengok drama ni. Comel gile mak punye taste ok! Nasib laki mak jenis sporting so die tak kisah aku nak minat macam orang giler cair air liur meleleh ngan artis2 ni. Hohohoh! Nanti2 aku post pic mamat ni lagi ye...heng heng heng.

Dah minat giler ngan mamat ni aku pi carik movie yang die berlakon. Baby and Me Movie aku beli. The Case of Itaewon Homicide pun aku beli gara-gara nak tengok die speaking English dalam movie tu walaupun aku tak suke cerita pembunuhan. Demi Jang Geun Suk aku sanggup. Pehh mamat Korean ni speaking bleh tahan...cair lagi.....kehkehkeh...


YUHEE, THE WITCH
Rating: 5 stars jugak

Drama ni aku tengok kat Astro Animax sebenarnya. Nampak macam best je aku pun terus pi carik dvd die kat Speedy. Aku ni jenis tak suke nak follow drama kat TV sebab lambat nak mampus, seminggu sekali je bile nak habis!! Harus beli dvd and tengok 24 jam non stop. Boleh tak gitu. Biar sampai kul 6 pagi sebab takleh nak stop...hahaha....

Yu Hee ni kisah pompuan ni boss kat company very bitchy la gitu sebab tu die dipanggil Witch. Somehow die ada masalah ngan mamat yang datang dari keluarga tak seberapa ni, so end up mamat tu terpaksa bekerja sebagai maid die kat umah untuk bayar hutang ngan Yu Hee sambil die keje sebagai chef assistant kat restaurant. Kisah mereka berdua nak getting along pun best jugak and end up dua2 suka sama suka tapi bapak si Yu Hee ni plak tak setuju anak die ngan mamat tu...Biasala kadang2 cam typical je jalan cerita Korean drama ni.. But still, tak membosankan dan takde la dragging2...


OH! MY LADY
Rating: 5 stars jugak

Drama ni aku tengok sebelum beli He's Beautiful. Drama ni pun aku suka and jatuh cinta gak ngan mamat hero die nama betul Choi Si Won sebab body pehhh, muka pun comel gak and tinggi. Lam drama ni die berlakon sebagai seorang actor and singer. Heroin die plak jadi maid die. Pompuan tu lebih tua dari hero and divorcee ada anak sorang. Somehow satu hari tu tetiba ada orang hantar budak kecik ke rumah mamat ni and kebetulan si maid tu ada kat situ. Rupanya budak kecik tu anak mamat tu. Mula2 die takleh nak accept and banyak benda happen. Si maid tu yang take care anak die.. maid tu duduk serumah tolong jaga anak die. Then terjadi plak kisah reporter dapat tau ada pompuan yang slalu datang rumah mamat tu. Kire rahsia terbongkar la. In the end lak terbongkar die ada anak. Macam2 lagi berlaku and slowly die simpan feeling untuk heroin yang lebih tua dari die tu...huhu...tapi best gak ar die berlakon..


MY FAIR LADY
Rating: 5 stars jugak!

Kisah si pompuan ni cucu orang kaya teramat dan perangai bitchy. (Kenape mesti ada watak yang teramat kaya gila melampau and sorang lagi miskin?) Pompuan ni siap ada butler lagi. Somehow die dapat seorang butler yang dapat menangkis segala kerenah jahat die sampai die slowly become a better person. Butler ni mula2 syok kat pompan ni la...in the end pompan ni plak tak sedar die ada feeling kat butler die. Pun ada macam2 kisah towards the end. Cinta terlarang gitu kan.... Pelakon pun bawak watak mereka best! Puas hati.


NAUGHTY KISS
Rating: 3 stars

Drama ni diadaptasi dari komik Itazura Na Kiss version Jepun. Pastu Jepun buat drama die (hampeh aku cakap) dan juga anime die (anime die best), pastu lak Taiwan pun buat drama ni jugak. And latest Korea plak buat drama ni. Jalan cerita sama je la cuma aku tak berapa puas hati dengan pelakon yang melakonkan watak ni. Aku rasa kalau si Jang Geun Suk tu berlakon cite ni mesti gempak lagi. Mamat hero drama ni adalah one of the boys dalam Boys Before Flower (ala yang sekali ngan lee Min Ho tu). Tapi bagi aku, kalah la die berlakon berbanding Jang Geun Suk. So sedikit bosanla tengok drama ni walaupun jalan cerita original memang best. Anime Jepun buat memang best! Meletup!

Pasal pompuan budak sekolah ni kelas paling bodoh suka dengan budak kelas paling pandai. Tapi mamat genius tu turned her down la. Somehow minah ni dengan bapak die end up stay serumah ngan mamat tu disebabkan rumah mereka roboh sebab earthquake (yang lawaknya ble plak roboh pada scale 2 je. rumah diorang je roboh, hahaha).. rupanya bapak mereka ada teman rapat masa skolah dulu so bapak mamat tu ternampak si kawan die ni masuk dalam berita sebab rumah roboh so terus invite bestfriend die tinggal dengan mereka buat sementara waktu.
Slowly mamat tu simpan feeling untuk pompan tu..

OK Sekian itu saja Review kali ini. Kepada yang suka tengok Korean drama aku suggest beli la dvd ke donlod ke drama He's Beautiful. Memang puas hati worth it beli dvd die. =))

3 comments:

  1. korea mari..dah minat susah eh.mun aku gila ceta pinoy hahha..

    ReplyDelete
  2. cm ner u lerh kata yang kim hyun joong berlakon dalam drama playful kiss tu x best..best ok..!!

    ReplyDelete
  3. sebab die berlakon tak berapa best bagi i. tak suke cara die bawak watak tu. tapi kalau u suke die, its up to u lah kan. kite memasing ada citarasa sendiri kan? hehehee...

    ReplyDelete