Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 19, 2010

Bandung Trip Part 1

Barulah aku ada masa nak cerita pasal trip Bandung.
Apapun aku cuba ringkaskan lah kang nanti boring plak korang nak baca panjang lebar.
Trip Bandung kali ni disertai oleh mak bapak aku dan juga keluarga uncle laki aku. Seminggu sebelum berangkat, aku dah ready itinerary kitorang, book hotel dan jugak transport. Oh, paling penting kene sediakan kertas kecik, tuliskan exchange rate siap2. Penting untuk SHOPPING.

Flight
Kitorang naik AirAsia Indonesia sebab flight tu je yang ada direct ke Bandung. Dahtu Boeing 737 plak. Yelah sebab Airbus blum dapat landing kat Bandung nyer airport so kene pakai 737. AirAsia Malaysia lak dah takde 737 dah, sumer Airbus 320.
Anyway, first time dalam seumur hidup ku, bila naik flight AirAsia Indonesia ni, cabin crew buat announcement untuk safety demo dalam 2 bahasa. Kebiasaannya aku selalu tengok dan dengar dalam satu bahasa je. Usually in English. Tapi yang ni die buat dual language.
Pendapat aku la, oleh kerana die buat dual language, maka announcement tu jadik cepat dan crew yang buat demo tu kene buat 2 kali.
Masalahnya bukannya habis set dalam bahasa Indonesia kemudian barulah set English, tetapi habis satu ayat dalam bahasa Indonesia dah tukar English plak. Bagi aku kalau first timer naik flight memang boleh confused dan takpaham ape diorang ni nak sampaikan sebenarnya. Dahlah cepat plak tu.

Bagi aku yang penting penyampaian safety demo tu kepada penumpang. Nanti penumpang takpaham susahla pulak bila terjadi emergency. So lebih baik announce dengan perlahan tetapi tegas dan jelas.

Hotel
Airport Bandung kecit je. Especially arrival hall die. Memang sempit.
Bila keluar, aku expect Pak Supir dari hotel dah menunggu kitorang dengan bawak kertas yang ada tulis nama aku.
But then, hampa dan geram sangat, mamat tu lambat tahap gaban lah pulak.
Aku rasa adala dalam sejam gak tunggu die datang. 2 buah mpv.
Alasannya "jalan macet". Hello, kalau dah tau jam, geraklah sejam lebih awal. Ingatkan jauh sangat hotel tu, takdela sangat, cuma sebab jam jadik lama dalam kete.
Masa tu aku dah takpuas hati dah dengan service hotel ni.

Hotel kitorang duduk tu Hotel Cihampelas 2. Nampak dari website die cam ok je. Tapi, dukacita ku maklumkan, aku sangat tidak berpuas hati.
Memanglah murah, tapi ada jugak hotel yang murah tapi kualiti bagus.
Maaflah ye, tapi aku SANGAT tidak mengesyorkan korang amik hotel ni. Gi la carik hotel lain k.

Maafle gambar hotel pun aku taksempat nak ambik. Yela dah ada anak ni memang tak ingat sangat nak ambik gambar.

Kekurangan hotel ini ialah:
1. Suis main plug susah betul nak carik. Tersembunyi belakang kabinet la pulak. Pastu bukan 3 pin macam kat sini. Takpela lainkali kene bawak converter sendiri la.
2. Air panas kat bathroom sekejap panas sekejap sejuk. Ntahlah kesian betul Rais tengah mandik tetiba air jadi sejuk. Sejuk bukan sejuk biasa tapi sejuk cam ais!
3. Toilet kat bilik mandi mak bapak aku tetiba rosak pulak. Adeii..
4. Tuala yang diberi walaupun dah cuci tapi kadang2 diorang bagi tuala yang ada hitam-hitam. Eeewww...! Terpaksa gi beli tuala sendiri. Takpun banyak kali kene mintak tuala baru untuk replace tuala yang hitam2 tu.
(Nanti kalau aku ingat ape lagi, aku tulis)

Kebaikan hotel ni:
1. Bilik luas, katil pun ok.
2. Transportation dan pak supir disediakan. Perkhidmatan Pak supir bawak gi shopping dan ke mana-mana je tu kire bagus jugakla. Cuma keciwa pada hari sampai kat airport tu je diorang lambat, memang hampeh.
3. Ada kedai ala-ala 7eleven kat sebelah.
4. Berdekatan dengan tempat shopping dan makan.

Ok nanti Part 2 plak sambung kisah shopping lak k. Sila tunggu~


Tuesday, May 18, 2010

Tukar susu


Nak update skit pasal susu si Kecik tu. Masa admitted kat hospital si Kecik tepaksa tukar susu Isomil sebab doctor cakap takut die tetiba lactose intolerence sebab tu asyik diarrhea je.
Lepas tukar, slowly diarrhea bertambah baik.
Pastu bile dah habis Isomil, aku try la tukar balik ke susu lama die Progress Gold.
Ntah camne leh lak kuar rash kat montot die pastu ada diarrhea sikit2 lagi.
Aiseh, tukar balik Isomil.
Nampak gayanya memang lactose intolerence la si Kecik ni. Camane lak bleh jadik camtu.

Sebelum habis Isomil tin kedua, aku dan laki aku bercadang nak tukar susu die ke Pediasure.
Sebab Pediasure tu bagus jugak untuk bebudak underweight dan hyper active.
Lagipun bile baca2 info kat tin die, rupanya Pediasure tu lactose free gak. Walaupun bukan soy based la. Okla ble la try.

So sesi penukaran susu secara perlahan-lahan pun bermula la.
2 kali Pediasure dan 1 kali Isomil sampaila Isomil tu habis.
So far takde pun alergy ke diarrhea ke.
Mula-mula si kecik tu takdapat menghabiskan susu Pediasure sebotol. Asyik ade je lebih.
Tapi lama-lama ok juak, habislah sebotol setiap kali minum.

Maka dengan rasminya susu Rais sekarang ialah Pediasure.
Aku belikan perisa coklat tin kecik dan Vanilla tin besar untuknya.
Yang coklat tu sekali sehari minum. Yang lain vanilla.
Sedap tau Pediasure ni. Aku curik2 minum la sikit, memang rich susu tu dahtu rasa cam ice cream vanilla and coklat. (Aku plak suke, kalau susu tu ada tinggal buih2 je lam botol, aku akan habiskan hahahaha...)

Rais minum susu masih 4 oz setiap kali dan dalam masa 24 jam, 4 hingga 5 kali susuan.
Walaupun tak minum sampai 8oz ke tapi makan bubur die nak, so oklah tu.

Bagi aku, yang penting susu die nak, sebab baby umur ni perlukan calcium secukupnya untuk pembentukan tulang yang kuat semasa membesar. Makan tu nombor 2.
Kang nanti tergemuk plak. Hehe. Tak mau lah.



Saturday, May 8, 2010

Cerita-cerita je

Besok dah nak balik KL. Tahun ni memang banyak naik flight.
Nanti Raya balik lagi. Mungkin sebelum Raya ada lagi balik kot? Tengok keadaan.
Lagipun visa maid pun belum siap lagi. So ada kemungkinan balik lagi.
Sekarang cuma dapat nak renew visitation pass maid je.

Aku nak blog pasal Bandung trip pun belum dapt lagi. Lagipun gambar2 semuanya masih dalam memory stick kat camera mahal SLR tu. dan camera tu kat KL.
Hari tu pun memang tak sempat nak transfer semua gambar terbaru ke laptop aku nih.

Sekarang plak aku sibuk dengan keje2 design aku. Bila ada keje, semuanya datang mendadak dalam satu masa. Adoi. Paling busy awal bulan.
Sebab ada 2 keje design yang wajib disiapkan setiap bulan. Kemudian keje2 design extra yang lain plak. Tak apalah, aku memang suka buat design. Best. Membuat fikiran ku jadi creative.
Okla tu. Takdapat keje kat ofis pun keje kat rumah pun jadi lah. hehhe..
At least aku masih dapat buat kerja yang aku minat. Kan?

Oh, bulan ni ada banyak birthday. Memang pokai (habis duit). Kepada anak-anak kakak-kakakku, aku cuma beri duit je lah. Lagipun dah besar-besar kang nanti beli present diorang bukannya minat pun. Baik beri duit je. Pastu ada lagi 2 orang special yang birthday bulan ni.

Aku bercadang nak beli heels kat Charles and Keith sebagai hadiah. Sambil-sambil beli hadiah tu, wajiblah nak sambar lima satu kan? hadiah untuk diri sendiri. Huhuu...tapi nak cuba bawa-bawak berbincang akaun negara dengan laki dulu. manalah tau buat-buat puppy face menjadi ke. *wink*. Haishh kesian laki aku, cari duit pastu bini lak shopping je. Takpe cantik untuk die jugak...Errkk...

Si kecik tu masih juga berak tak menentulah. aku pun takfaham.
Nak kata diarrhea tak jugak, tapi kadang2 stool die cair jugak. Takpelah nanti bawak jumpa Paed kat KL je. Tapi yang penting makan n susu die masih nak.

Aku pun tatau nak blog ape arini. Cerita-cerita je. Nanti kat KL post pasal Bandung Trip.



Budak kecik yang didera pakai tudung. Adoi..Kesian.

Sunday, May 2, 2010

SUPER WANT!

Oh! No!
Jiwaku parah!
Kepalaku pusing!
Perutku memulas!
Mataku berpinar!
Tangan plak seram sejuk~

Sengaja membuat jiwa sendiri parah, website Charles & Keith aku terjah.
Dang! Itu dia ada 6 heels SUPER DUPER WANT!
OMG! Gerenti rasa sexy bila pakai nih~
Wow this is so cool, pakai dengan skinny jeans! I want!!!!!
Adoi ni pun sexy pakai dengan dress~~
Colourful! Leh pakai wit any color baju!
I need more wedges!
Purple sexyyyy~


Bee, buy for me?
For my penat lelah tanpa maid selama 2 minggu ini...