Berbalik kepada tajuk post kali ini, saja nak update gambar-gambar Si Kecik semasa dalam proses pindah rumah. Kita sibuk mengemas kotak, dia juga nak masok dalam kotak. Ataupun nak berjalan-jalan seluruh rumah dan mengutip benda-benda kecil yang berselerak. Dahlah dengan habuk lagi, dan sampah-sampah daripada kotak-kotak. Bila diletak dalam katil atau playpen kerana kami hendak mengemas barang, sekejap sahaja Si Kecik sudah mula ngek-ngek lagi minta diambil dan diletak di lantai..biasalah, bila sudah pandai berjalan, nak berjalan saja setiap masa. Walaupun tension dan stress dengan bermacam-macam kerja, tapi apabila melihat gelagat Si Kecik, rasa tension hilanglah juga..
Malas nak photoshop gambar-gambar jadi tepaksa upload satu-satu.
Dengan connection P1 Wimax yang sangat lembab malam ni menyebabkan proses upload gambar mengambil masa berjam-jam. Lembab mengalahkan si kura-kura. Tension lagi..
Si Kecik semenjak dua menjak ni suka belek buku. Tapi baca buku terbalik. Nanti ada masa nak pegi beli buku cerita besar untuknya (macam Milan).
Si Kecik dah pandai minum/sedut air dari botol air selepas dilatih selalu.
Si Kecik suka buat muka jaik (kata orang Sarawak) bila diambil gambar. Gigi pun nampak..
Si Kecik sebok belek kotak apabila kita mengemas barang ke dalam kotak. Sila ignore klip itu lagi.. (kali ini kerja pembantu rumah aku pulak)
Si Kecik sibuk ambil keluar makanan dalam tin yang dah disusun dalam kotak.
Gelagat Si Kecik bila diletak dalam katil (Masa ni baru je sampai kat rumah baru, movers tengah keluar masuk angkat barang)
Bergolek-golek dalam katil