Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, January 24, 2010

A.V.A.T.A.R

Rasa nak tulis post dalam Bahasa Melayu lah pulak hari ni sebab rasa tak tau macamana nak express feeling dalam English. Aku dah tengok movie Avatar dua kali dengan Wandy. Sekali ambik yang 3D, sekali lagi biasa. Memang BEST. Gempak. Aku suka sangat cerita macamni. Jalan cerita pun berlainan sikit, biasanya manusia adalah orang yang baik nak hapuskan alien ke hape. Tapi AVATAR pulak pasal manusia yang nak menjajah tempat kaum Na'vi dari planet Pandora. Pastu pulak macam cerita The Last Samurai (kalau pernah tengok lah) yang mana orang bukan dari bangsa Jepun (mat salleh) akhirnya ingin menjadi orang Jepun, ingin menjadi Samurai. Samalah dengan AVATAR ni di mana orang bukan makhluk itu ingin menjadi sebahagian daripada kaum itu. Memang zaman sekarang, macam-macam sahaja idea jalan cerita fantasi dapat dibuat dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.



James Cameron pengarah movie ni yang membuat movie Titanic yang hit suatu masa dahulu. Agaknya sampai sekarang memang masih ada orang yang suka tengok Titanic banyak kali. Hero dan heroin nya pula tak adalah terkenal sangat pun. Tapi aku respect dengan mat salleh, walaupun diorang adalah orang baru ke tetapi lakonan tetap kelassss gitu. Takdelah macam pelakon-pelakon baru Malaysia. Macam tak reti berlakon pun ada. Tak natural lah kata orang.
Heronya Sam Worthington, pernah berlakon dalam Terminator Salvation. Heroin pulak Zoe Saldana, muka macam pernah tengok tapi aku taktau dia pernah berlakon dalam filem apa entah. Boleh Google sendiri. Computer graphic movie ni pun memang best.

Kisah cinta Jake Sully dan Neytiri memang seronok dihayati. Duduk di planet Pandora tu pun macam best. Patutlah ramai yang kata movie ni macam ala-ala Pocahontas sebab lebih kepada alam semulajadi. Terasa macam nak tinggal kat situ je. Tenang dan aman damai. Pastu boleh menunggang Ikran. Ataupun kalau terrer macam Jake Sully bolehlah menunggang Toruk dan digelar Toruk Macto (penunggang Toruk). Lepas tu rambut panjang tocang boleh disambungkan dengan semua haiwan sebab haiwan pun ada satu rambut panjang, kira jadi macam connector lah, macam USB port je. Bila dah sambung, boleh berhubung dengan haiwan secara psikik. Bestlah macamtu. Kalau yang dah menonton movie ni barulah faham apa yang aku ceritakan. Apapun dua ibu jari diangkat (Two thumbs up) untuk movie ni. Wajib tonton 10 kali di wayang. Puas hati. Sekian. Oh lupa nak cakap, Jake Sully sangat cool (aku taktau nak translate dalam Bahasa Melayu pulak) apabila dalam bentuk badan kaum Na'vi.

No comments:

Post a Comment