Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, August 6, 2011

Day 5: Annyeong Haseyo!

Hari ni plak visit sekitar Seoul. Sebelum tu breakfast kat restaurant Pakistani. Tapi kedai Pakistani susah sikit nak cari makanan untuk budak sebab semuanya pedas-pedas. Maka aku pun suruh waiter tu masak telor goreng for Dasuki. Masak telor goreng pun untuk budak pun die bleh letak lagi black pepper....adeiiiii....dah cakap untuk budaklah hello! Pastu terpaksa Ms Jennifer cakap lagi kat mamat tu telor kosong je jangan letak ape2...




The first place we visit was Gyeongbok Palace. Palace ni sangat luas! And scenery pun sangat cantik. Bila berada kat sini teringat drama2 Korea yang cerita pasal kisah pemerintah2 mereka zaman dedulu. Dasuki pula bertemu dengan peminat-peminatnya yang terdiri daripada budak sekolah. Semuanya geram and nak ambik gambar dengan Dasuki. Famous pulak anak aku kat Korea ni.



Peminat Dasuki.


Out of the blue taknak kene dukung, nak lari-lari maybe sebab
tengok kawasan luas kot?



Si kecik tetiba nak berjalan dengan Ms Jennifer.



Lepas tengok Palace kami pun visit Sarangchae Presidential Museum. Museum ni menerangkan keadaan Korea pada masa lampau, sekarang dan masa hadapan. Tapi tak banyak sangat ambik gambar kat sini.


Itu adalah Hanbok (Baju tradisional Korea).
Aku suka yang putih tu.


Kemudian kami pegi visit tempat buat Kimchi dan sekaligus experience camne nak buat Kimchi. Interesting!!! Lepas siap buat Kimchi, bleh plak testing pakai baju tradisional Korea atau dipanggil Hanbok. Apalagi sesi bergambar sudah bermula.....!!! Perasan awek Korea jap.

Yang berbaju hitam itulah Ms Jennifer, Tour Leader kami.

Konon pay attention.

Sapu sambal Kimchi tu kat kobis yang dah diperap.


Tadaaa!! Dah siap bungkus. Buruk je Kimchi aku ni.

Wah mamat Korea mana ni? Berlakon drama ape mamat ni?

Awek Korea. Konon.

Bersama mamat Korea.


Selepas bergambar sakan dengan mamat Korea, kami pun pegi visit Blue House. Eh bukan masuk lah, just lalu je itupun takleh stop. Blue House ialah tempat kediaman dan office Presiden Korea. Nampak dari jauh je lah. Tapi kepada sesapa yang dah tengok drama Korea City Hunter yang dilakonkan oleh Lee Min Ho, taulah Blue House tu camne. Dalam drama tu lebih nampak lagi camne rupa Blue House tu.

The Blue House


Selepas tu, kami pun pegi lunch kat restaurant yang sama. Actually aku prefer makanan Korea lah daripada Pakistani tu. Sebab kite pegi Korea so kenelah try Korean food ye tak? Pegi Korea tapi makan Pakistani cheh mende! Lepas makan, jalan kaki ke Seoul International Mosque dan terus menunaikan sembahyang di situ. Mosque die sangat comel dan kat atas bukit. Jenuh nak naik tapi boleh menguruskan badan. Huhuh...



Lepas tu pegi plak Namdaemun Market. Market ni macam panjang gitu kiri kanan banyak kedai. Kat sini pun banyak jugak jual merchandise celebrities. Apa lagi haruslah aku rembat merchandise celebrity kegemaran ku........ Sempat gak singgah Uniqlo kat situ.




Dinner awal hari ini. Makan steamboat. Hmm sedap gak. Bleh tahan. Dasuki dah makan macam biasa. Tapi belum try Korean food lak, adakah die nak makan atau tak?


Sedap?


Dinner awal sebab malam tu sepatutnya kitorang pegi tengok show yang diberi nama Jump Show, tapi aku, hubby and Dasuki tak ikut yang lain sebab kami rasa Dasuki takleh nak duduk diam dalam show tu nanti. Taulah die ni duduk diam paling2 5 minit je pastu dah nak turun dari tempat duduk, atau nak jerit2, atau nak berlari-lari. Nanti kacau pulak show orang. I know my own son macamane. Maka kami pun bagitau Ms Jennifer yang kami nak balik hotel je. So dari restaurant tu kami bertiga terus ambik cab balik hotel. Pastu keluar jap jalan2 sekitar hotel, tapi takde kedai menarik sebab kat situ semuanya macam jual alat-alat sukan. Cheh. Ingat ada kedai baju ke ape...

Dengar2 daripada cousins yang Jump Show tu interesting! And nasib baik kami bertiga tak pergi sebab rupanya memang budak kecik takleh masuk!! And tour leader pun tak tau pasal budak takleh masuk. Cheh. Ok to be continued....

No comments:

Post a Comment