Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 31, 2010

Polkadot

I am a fan of polkadots! Aku memang selalu tertarik dengan baju2/skirt polkadot. Comel sangat! Ok, ini adalah outfit polkadot and abstract which I matched together. What do you think? Let me know if you wear your polkadot items!

F21 polkadot top & grey abstract short skirt/Unbranded denim 3/4 leggings/
Unbranded polkadot waist belt/Marie Jane pump/Coach Slingbag


My old polkadot waist belt! Wore once! ;P


Inilah Cik Kak yang rajin mengambil gambar-gambar saya...
Terima kasih daun keladi ye...

Wednesday, July 28, 2010

Sushi Zanmai

The other day we went out for dinner at Sushi Zanmai, One Utama. Bawak cousin Aileen and her mom makan sushi. Sushi Zanmai memang tempat favorite kitorang. Sushinya sedap! Kalau tak sedap memanglah bukan tempat favorite, ye tak.


Masa tengah2 syok makan tu, si papa sempatlah ajar Cuki to collect empty sushi plate plastic cover from the conveyer belt and put it back. Aku taktaula papa die ajar camne sebab aku sibuk menghentam sushi-sushi itu. Mula2 die takfaham asyik nak ambik plastic cover dari plate yang ada sushi. Beberapa kali ajar, in the end die faham. So bile kitorang cakap, "Where is it?" Die pi tunjuk plastic cover yang kosong atas conveyer belt. Pastu die kutip, pastu die letak balik atas conveyer belt. Lucu jugak. Sebab auntie Aileen suke kacau die. Asyik sembunyikan plastic cover tu bile Cuki tengok tempat lain. Bile Cuki tengok balik, dah tak ada dah. Siap buat muka hairan lak tu ke mana menghilangnya plastic cover yang baru je die nampak. Hehehe..Pastu auntie Aileen letak balik, Cuki jerit sambil tunjuk. Kirenye maksud die, hah itu dia, tadi tak ada! Lucu lucu. Sayangnya lupe nak ambik video!

Unbranded Heart Dress/F21 Dark Red Leggings/P&Co Denim Jacket/
Charles & Keith Denim Pumps/Estee Lauder Purple Tote Bag


Monday, July 26, 2010

Hujung Minggu yang Sibuk

Banyak jugak program hujung minggu lepas. Sabtu tengahari pergi ke Hulu Langat dengan kawan-kawan papa untuk menghadiri wedding skoolmate mereka iaitu Zain. Lupe lak nama wife die. Sweet couple =)) Merah gitu.. Aku tak pernah lagi jejak kaki ke Hulu Langat, and that area is quite far from KL.

Congratulations to the newly wed.

Petang lak kuar beli groceries jap. (Left photo)
Malam gi fetch my cuzens and auntie at LCCT yang datang from Kuching. (Right photo)

Left:
Yellow inner from F21
Grey tee from Levis
Purple 3/4 jeans from Pop Soda
Bag from Coach

Right:
Floral jacket and grey leggings from F21
Pink tee from Hard Rock Beirut
Pump shoes from Bandung

Ahad lak kitorang semua keluar gi jenjalan kat MidValley. Gi Kamdar tengok kain. Oh ya I need to find kain hijau nak buat baju for my cousin's wedding (weh aku ada banyak cousin la, takboleh bagitau cousin yang mana satu, kene surprise dulu ni) . I found one, but in the end tak jadi beli sebab rasa nak tengok kat Jalan TAR pulak next Saturday.

Yellow inner from F21
Pink tee from Hard Rock Bali
Knitted vest from F21
Skinny jeans from Levis
Wedges from Charles&Keith
Bag from Coach
Bracelet from Bandung

Oleh kerana aku dan papa masih lagi termimpi-mimpi dan terliur dengan keenakan rib kat Tony Romas, maka tanpa menanya pendapat orang lain, kami berdua menetapkan Tony Romas tempat untuk lunch Ahad itu. Lantakla orang lain nak makan apa. Hahaha! (Gelak jahat jap) Memang berbaloi. Kali ni aku taknak order tayar basikal lagi tapi aku hentam sepinggan rib campur mashed potato, shrimp dan nasi kuning (nasi minyak ke hape?) bersama bottomless Ice Lemon Tea. Slurppp! Sedap, tak tipu. Tapi takbolehlah selalu makan kat sini. Boleh kering poket dibuatnya. Oh, cousin dan auntie aku dari Klang juga join kitorang makan kat sini. Lama juga tak jumpa diorang.

Setelah kekenyangan macam badak sumbu, kami pun pegila jalan-jalan lagi.
Pada mulanya memang takde pun plan nak shopping benda lain selain benda yang perlu dibeli, tapi sekali lagi aku tergugat dengan tulisan Charles & Keith....Eh ada sale tau! Harus masuk. Dahtu teringat pulak dulu aku pernah aim satu kasut tu, tapi tak jadi beli masa tu sebab pakaian aku pakai cam tak sesuai nak testing dengan kasut tu. alah pendek citer aku kebas satu OK! (Gambar kasut baru paling bawah)


Red pumps from Bandung

Nasib baik bawak spare pump shoes. Kaki dah sakit pakai wedges tu so bolehlah tukar ke pumps.

Penat jalan-jalan lagi kitorang duduk makan pancakes kat House of Pancakes. Adoi makan je kojo. Mau naik berat camni. Takleh la pakai baju size S lagi. Adoi adoi adoi.


My new love: Cream Oxford Booties from Charles & Keith (isn't it beautiful?)

Saturday, July 24, 2010

Jalan jalan Aquaria

Semalam papa tak ada training. Oh lupe lak nak cerita, papa sekarang tengah conversion training Boeing 777. Yang aku tau biasanya ada 3 peringkat, 1st: ground classes (CBT, Load & Balance, Limitation, SEP etc), pastu 2nd: Simulator pastu 3rd: line training which is akan fly macam biasa tapi under training. Sampailah dah pass barulah disebut online. Yeah, so lepas ni hanya tunggu sampai masa nak naik pangkat Captain je lagi. Yahoo! (Tukar topic jap).
So sekarang ni papa tengah ground classes lagi tapi semalam takde kelas pulak so kitorang decided bawak Cuki pegi Aquaria KLCC.

Penat jugak aku nak pilih outfit ape nak pakai, sebab nak jugak pakai baju2 yang baru beli from F21 haritu. So, in the end ini yang aku pilih.

Floral Dress from F21
Black Leggings from tak ingat
Dark Red Belt from Sg Wang
Heels from Charles & Keith
Long Necklace from Iora
Bracelet from Diva

Seronok tengok gelagat Cuki tengok ikan-ikan. Ada yang die takut, ada yang die suke tengok. Hehe...kalau kite sebut fish, die tunjuk fish. Tapi takreti nak sebut fish lagi. (>_<)

Hisap paci pun nak keluar lidah..

Lepas menghabiskan masa kat Aquaria, duduk minum jap kat Starbucks.

Best pulak dinding kaler biru nih. Macam blue screen je.

Pastu kitorang ada janji plak dengan uncle dan auntie papa (yang datang KL untuk shopping) untuk pi dinner. Penat gak nak pikir nak dinner kat ne. Sebab aku and papa bukannya tau sangat restoran kat area KL ni. Kalau area Damansara tu taulah jugak. So at last kitorang pi carik restoran kat Pavillion je. Itupun jalan jam hampeh lah.

So makan kat Tony Romas. Ramai kawan-kawanku cakap Tony Romas memang sedap. Dulu kitorang pernah dinner kat Tony Romas The Gardens sekali. Ni kali kedua la. Hmmm memang sedap. Aku amik pasta with shrimp je. Untuk pengetahuan korang aku ni not really into western food. Steak aku tak pernah order untuk diri sendiri. Selalunya curi curi rasa dari papa punya portion je. Anyway pasta aku ni sedapla jugak. TAPI pinggan sebesar tayar basikal budak (overlah kan) yelah portion mat salleh. Seperti biasa aku memang takdapat pun nak habiskan.... Memang membazir je bawak aku pi makan tempat2 macam ni.

Hari dah malam so sejuk sikit aku cuma add Dark Red Cardigan from Comma (My old old old one)

Papa lak amik rib ape ntah nama die. Uishh tapi sedap siot. Gravy die sedap. Hmm..lain kali leh la aku order menatang ni untuk diri sendiri. Selalunya tak pernah pun aku kesedapan sehingga menjilat jari food seperti steak/rib dan yang sewaktu dengannya. Ok boleh kasi 5 stars untuk Tony Romas!

Malam semalam Cuki tido sangat lewat, 12:30 pagi! Sampai rumah sempat lagi die bermain bola dan juga sebok suruh kite tiup bubble. Alah yang mende ko tiup air sabun tu keluar bubble. Pastu dah penat sangat, sekejap je dah terlelap tapi susu tak habis. Haishhh budak ni. Dahlah hanya menyusu time tido!! Pagi tadi bangun 7:30. Macam tak cukup tido je... Oklah hari ini ada banyak program lain pula. Pegi wedding kawan papa, gi beli groceries, malam lak nak ambil Aileen Cuzzie and Auntie kat LCCT. Diorang stay kat umah aku seminggu! Yay!!

Thursday, July 22, 2010

Twilight Saga : Eclipse

Ohhhh sangatlah harus meluangkan masa selama 2 jam untuk menonton kesinambungan siri Twilight Saga ini. Memang best, memang puas hati!
Rasanya lebih best daripada New Moon.

Pertama kali movie ini aku tengok kat Cineplex Miri. Bersama kakak-kakaku anak beranak. Bawa teenagers pulak tu. Huhu~ Tidak tersangka banyak pula scene yang 18sx (seperti kissing dan scene atas katil)... oops...walaupun katanya PG13, tapi standard ini disetkan oleh pihal US, di mana tau-taulah kat US, umur 13 pun dah matured terlampau. Budak-budak umur 13 tahun kat Malaysia apalah nak dibandingkan dengan budak-budak US umur 13 tahun? Jadi ibu bapa sendiri perlu tau lah ok ke nak bawa anak-anak teenager tengok movie camni..

Anyway, pegilah tengok movie ni. Secara kesimpulannya aku masih tetap dengan Team Edward, tapi kali ni aku telah mula minat dengan si Jasper Hale. Hehee..sapa yang dah tengok tu taulah kenape. Jacob masih tetap macho dengan body nya yang tough it..Terliur jugakla nengok......

Oh lupe lak, nak citer pasal Cineplex Miri yang sangat hampeh. Minta maaflah..kalau tak best memang aku kutuk. Kalau best aku puji. Tidak profesional, itu pendapat aku. Siap ada screen blackout for 30 seconds macamtu. Dahtu diorang tak pula rewind part yang missing. Mungkin susah nak rewind kot sebab bukannya pakai DVD kan? Entahlah aku pun tatau konsep cinema macamane. tak google lagi. lagi lampu dalam cinema masih menyala walaupun citer dah start. Hampeh betulla...Kemudian pintu cinema asyik buka tutup dahtu bising pulak orang kat luar. Aku duduk belakang sekali paling dekat dengan pintu. Memang hampeh.............

Kali kedua aku WAJIB tengok movie ni kat Gold Class Signature The Gardens. Tiket pun memanglah mahal tapi sangat berbaloi. Puas hati. Takde stress-stress...
Tengok dari gambar je dah tau...


Tuesday, July 20, 2010

21 @ F21

Sebenarnya tujuan utama gi One Utama Ahad lepas sebab nak lunch kat Sushi Zanmai dan shopping groceries. Pastu aku ingat nak singgah ZARA jap tetapi belum sempat sampai ke ZARA, aku terbelok pulak ke Forever21. Mannequin kat cermin F21 tu memanggil2 aku macam ada emergency pulak..
So aku dengan muka blank melangkah masuk ke F21 sambil mata terus meliar tengok benda-benda yang bergantung-gantungan, nafas makin cepat, kepala makin pening, tangan pun makin laju meraba-raba benda-benda bergantungan tu..

Aku: Papa, kali ni banyakla pulak baju yang best-best.
Papa: Yeke?
Aku: Yup, ada sekali dulu nak beli, langsung takde satu pun menarik. Nak beli bole?
Papa: Belila, nanti potong from allowance.

Tup-tup aku kebas 21 helai pakaian. Crazy, no?
Lantaklah. Duit laki aku.
1 dress
1 jacket
1 vest
3 leggings
5 skirts
6 plain tight t-shirt
4 cute tops


Monday, July 19, 2010

Bon Odori Festival 2010

Aku dah pun balik ke KL Jumaat lepas. Nasib baik visa maid dapat siap sebelum Sabtu kerana Sabtu kitorang nak pegi Bon Odori kat Panasonic Sports Complex Stadium, Shah Alam. Festival ni diadakan setiap tahun di KL dan juga Penang oleh persatuan2 Jepun di Malaysia. Kalau ikut definisi Bon Odori (Bon Dance) sebenarnya ialah berkenaan dengan budaya masyarakat Japanese Buddha bagi menghormati roh atau spirit ancestor yang telah meninggal dunia. Tetapi festival ini diadakan di Malaysia adalah lebih untuk pengenalan kepada budaya, seni tarian dan juga makanan dan minuman Jepun.

Festival ini bermula jam 5 petang tapi kami sampai agak lewat sikit. Dah malam pun semasa sampai. Traffic jam takpayah cakap lagi la. Kami parking kereta pun teramatlah jauh dari stadium ini dan terpaksa berjalan kaki sejauh 1km...kot? Dengan memakai yukata serta terompah Jepun. Penat~ orang terlampau ramai. Kalau ikut memang malas nak pergi benda2 macam ni sebab confirm jalanraya jam pastu kat festival tu jam dengan orang gak. Tapi, bila lagi nak pegi pesta2 macam ni kan? Enjoy je la. Si kecik pun suka tengok orang.

Taksempat nak beli takoyaki sebab HABIS!!! Mak aii...pesal la sikit sangat diorang ni jual. Banyak food dah habis la masa kitorang nak beli. Mungkin juga sebab kitorang lambat sampai? Cuma sempat beli sushi dan gyudon je dari stall SAKAE SUSHI. okla..

Kitorang memang perasan Jepun habislah. Dahtu banyak plak peminat nak ambik gambar. Memang ramai juga yang datang dengan memakai yukata dan jinbei. Memang seronok. Oleh sebab festival ni adalah culture Jepun, maka COSPLAY adalah tidak dibenarkan. Yela, macam contoh, ade ke nak pakai costume Halloween masa Hari Raya? Tapi ade jugak aku tengok minah-minah AhLei yang pakai yukata pendek nampak la kaki panjang longlai. Nak show off la tu.

Hmm..kat tengah padang ada pentas besar dengan gong pastu diorang pusing2 dance kat situ. Syok jugak tengok. Dan banyak jugak Otaku dengan camera DSLR...ntahla aku rasa semenjak dua menjak ni ramai giler orang sibuk dengan camera ni..termasukla laki aku.

APA ITU....

Yukata - Baju Jepun macam kimono tapi lebih nipis dan digunakan masa summer. Kimono tu biasa pakai masa Winter sebab tebal dan juga masa hari perkahwinan dan hari-hari budaya tertentu di Jepun

Geta - Terompah Jepun (dibuat dari kayu)

Obi - Tali pinggang besar kat perut bila lepas pakai yukata/kimono. Yang siap macam ada riben kat belakang tu.

Sushi - Takkan taktau?

Gyudon - Nasi Jepun + Daging dalam bowl

Cosplay - costume play (meniru kelakuan, percakapan dan memakai pakaian seperti karakter tertentu dalam anime/manga etc)

Otaku - orang-orang yang sangat gila dengan sesuatu benda (biasanya merujuk kepada benda seperti anime/game/manga/errr ape lagi ek?)


Oklah enjoy the photos~