Aku dah pun balik ke KL Jumaat lepas. Nasib baik visa maid dapat siap sebelum Sabtu kerana Sabtu kitorang nak pegi Bon Odori kat Panasonic Sports Complex Stadium, Shah Alam. Festival ni diadakan setiap tahun di KL dan juga Penang oleh persatuan2 Jepun di Malaysia. Kalau ikut definisi Bon Odori (Bon Dance) sebenarnya ialah berkenaan dengan budaya masyarakat Japanese Buddha bagi menghormati roh atau spirit ancestor yang telah meninggal dunia. Tetapi festival ini diadakan di Malaysia adalah lebih untuk pengenalan kepada budaya, seni tarian dan juga makanan dan minuman Jepun.
Festival ini bermula jam 5 petang tapi kami sampai agak lewat sikit. Dah malam pun semasa sampai. Traffic jam takpayah cakap lagi la. Kami parking kereta pun teramatlah jauh dari stadium ini dan terpaksa berjalan kaki sejauh 1km...kot? Dengan memakai yukata serta terompah Jepun. Penat~ orang terlampau ramai. Kalau ikut memang malas nak pergi benda2 macam ni sebab confirm jalanraya jam pastu kat festival tu jam dengan orang gak. Tapi, bila lagi nak pegi pesta2 macam ni kan? Enjoy je la. Si kecik pun suka tengok orang.
Taksempat nak beli takoyaki sebab HABIS!!! Mak aii...pesal la sikit sangat diorang ni jual. Banyak food dah habis la masa kitorang nak beli. Mungkin juga sebab kitorang lambat sampai? Cuma sempat beli sushi dan gyudon je dari stall SAKAE SUSHI. okla..
Kitorang memang perasan Jepun habislah. Dahtu banyak plak peminat nak ambik gambar. Memang ramai juga yang datang dengan memakai yukata dan jinbei. Memang seronok. Oleh sebab festival ni adalah culture Jepun, maka COSPLAY adalah tidak dibenarkan. Yela, macam contoh, ade ke nak pakai costume Halloween masa Hari Raya? Tapi ade jugak aku tengok minah-minah AhLei yang pakai yukata pendek nampak la kaki panjang longlai. Nak show off la tu.
Hmm..kat tengah padang ada pentas besar dengan gong pastu diorang pusing2 dance kat situ. Syok jugak tengok. Dan banyak jugak Otaku dengan camera DSLR...ntahla aku rasa semenjak dua menjak ni ramai giler orang sibuk dengan camera ni..termasukla laki aku.
APA ITU....
Yukata - Baju Jepun macam kimono tapi lebih nipis dan digunakan masa summer. Kimono tu biasa pakai masa Winter sebab tebal dan juga masa hari perkahwinan dan hari-hari budaya tertentu di Jepun
Geta - Terompah Jepun (dibuat dari kayu)
Obi - Tali pinggang besar kat perut bila lepas pakai yukata/kimono. Yang siap macam ada riben kat belakang tu.
Sushi - Takkan taktau?
Gyudon - Nasi Jepun + Daging dalam bowl
Cosplay - costume play (meniru kelakuan, percakapan dan memakai pakaian seperti karakter tertentu dalam anime/manga etc)
Otaku - orang-orang yang sangat gila dengan sesuatu benda (biasanya merujuk kepada benda seperti anime/game/manga/errr ape lagi ek?)
Oklah enjoy the photos~
Best ehh! Jeles kmk. Rasa mok mkn takoyaki kinektok. hahaha
ReplyDeleteAileen
Wah kacak nya torang anak beranak. nippon abis!!! Rais ya bah, kiut lalu!
ReplyDeleteRais ya byk peminat nya hahhaa...Best juak sekali sekala pegi benda macam tok. Rasa kedak artis ajak rami org mintak bergambar. lol
ReplyDeleteU LOOK LIKE A JAPANESE ALREADY!!!!!!!!!
ReplyDeleteahhahaha even dacchi got an outfit to match!? SGT CUTE!!!!!!!!
yanny: Jinbei dacchi tu i beli kat japan masa honeymoon dulu. tapi masa tu tak preggy lagi so tatau boy ke girl. so i bought two set, a boy one and a girl one. the girl one is pink!!!
ReplyDeletetq wedy for this info..i borrow ur pic & ... link back 2 u.
ReplyDelete