Aduh, minta maaf banyak2 semenjak dua menjak ni aku sangat MALAS nak update blog. Taktau kenapa tapi memang malas. Ok tak apa, aku cuba merajinkan diri sekali lagi. Nanti tak ada orang nak baca blog aku pun bosan juga kan, tak de initiatif nak meng-update pulak. Hehee...
Ok jom sambung cerita pasal The Makin of Baby no 2 aku nih... Aku tau persoalan dalam kepala korang. Belum ya, aku belum lagi pregnant as per we speak now. Infertility? Yes...
Lepas mencuba with clomid selama 3 bulan tetapi masih tak berjaya, makan aku and hubby meneruskan usaha kami dengan membuat fertility treatment seterusnya iaitu IUI. IUI ialah Intra Uterine Insemination. Secara ringkas memasukkan sperma ke dalam uterus dengan menggunakan sejenis alatan.
Sebelum buat IUI, kene buat persiapan untuk telur2 aku. Iaitu dengan mengambil clomid dan juga men-injek diri sendiri sebanyak 3 kali. Takut? Hahahaa.. Masa memula diberitahu kene injek perut sendiri, aku kecut perut. Kecut beb. Takut. Seram. Kalau ikutkan aku biasa dengan injection nih, tapi biasanya nurse or doctor yang inject kan. Bukannya inject diri sendiri weh. Injection ambik darah ke, masuk anasthetic ke, jab montot ke semua aku tak takut sebenarnya. Lagipun aku tau yang inject kan tu adalah orang yang dah certifed. Dah pro. OK. So nak takut ape. Huhu...tapi nak jab sendiri?
Sebelum nurse tunjuk macamana nak jab perut sendiri aku dah seram sejuk, berpeloh dan perut pon butterfly.....Si hubby pun gelak je tengok aku ketakutan macam tu. Then bila nurse ajarkan macamana (tapi die jab perut aku) rupanya takdelah susah mana pun and tak sakit pun. So hati aku pun lega la skit.
Macam ni la cucok perut sendiri.
Injection tu adalah Gonal-F, bentuk macam pen.
Tujuan adalah untuk make more eggs.... Perlu jab berdekatan ngan pusat sekali setiap 2 hari. Jumlah sebanyak 3 kali jab semuanya.
Pastu ada check-up dengan Dr Menon ku kat Tropicana Medical Centre untuk tengok macamana hasil eggs ku itu adakah cukup besar dan cukup banyak.... Pada hari check-up tu nampaknya eggs aku dah pun keluar. Maka Dr Menon mencadangkan aku membuat insemination pada hari itu juga. Pagi itu juga hubby perlu mereleasekan sperma nya sebab nak dimasukkan ke dalam uterus.
So aku pun dibawa ke bilik yang ada banyak katil. Bukan Operation Theater. Just bilik biasa je. So kat situ aku pon baring kat katil dan disuruh mengangkang. Kemudian nurse masukkan mende alah nama die tenaculum untuk hold cervix supaya terbuka. Kemudian barulah Dr Menon insert sperm ke dalam uterus menggunakan alat yang bernama canulla.
Pastu aku kene lie down for about 1 hour. Nak kasi sperm tu lek lok kat dalam jangan tumpah keluar laks. So total cost buat IUI ni termasuk medication lebih kurang dalam RM2k gitu lah...
Lepas tu tunggulah sampai sepatutnya haid keluar ke tak. Kesimpulannya, haid aku keluar jugak. So, failure lagik. Takpe, we keep on trying....
Tapi aku rest dulu selepas buat IUI tu (bulan Feb). Nak pegi holiday dulu. Jom jalan-jalan. Pi mana? Kitorang pi Korea! Ok next post pasal gi Korea lak.
Sorry ah lambat betul nak update. Ok aku akan update benda yang dah lepas-lepas... I'll try to update every 2 days. I'LL TRY!!!
No comments:
Post a Comment