Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, August 19, 2010

Perancangan masa depan

Tidak lama dulu aku dan laki aku pernah berbual-bual mengenai masa depan anak-anak kami. Eh apsal lak formal sangat ayat aku nih...
Kitorang bertukar2 pendapat tentang nak masukkan anak sekolah mana, bagaimana nak control sikap dan perbuatan mereka, apa yang patut kami lakukan untuk membantu mereka mencari arah tujuan hidup apabila besar nanti dan sebagainya...

So far inilah antara yang kami bincangkan. Apa yang aku nyatakan di sini adalah hanya daripada pendapat kami berdua dan bukan nak bersikap prejudis. Semuanya berdasarkan pengalaman kami dari kecil dan kami mahu anak-anak kitorang dapat mencuba atau menceburkan diri dalam sesuatu perkara yang kami tak berpeluang mencuba semasa kecil.

1) Untuk pre-school, kalau boleh dan mampu, aku nak hantar the kids masuk centre macam Q-Dees dan sebagainya. Kalau boleh taknak masukkan ke taska biasa. Entahlah..macam tak trust je.

2) Untuk sekolah rendah, aku akan pastikan the kids masuk sekolah Cina. Why? Sebab aku nak diorang pandai cakap Mandarin. Bagi aku bahasa ini adalah sangat berguna di Malaysia. Taknak masukkan diorang ke sekolah yang belajar bahasa lain. Seperti Tamil atau Arab. hehe.. Sebab, kalau pandai cakap Mandarin, nak carik kerja nanti kire senang jugak since boleh bercakap easily dengan customer Cina. Lagipun taklah buang masa selama 6 tahun bersekolah terus sekali dengan belajar bahasa Cina. Kalau masuk sekolah yang belajar bahasa lain, bukannya ada nak guna sangat pun kat malaysia bahasa tu. Betul tak? Ini pendapat kitorang la.

3) Untuk sekolah menengah, aku tak kisah lah nak masukkan die sekolah biasa ataupun sambung sekolah Cina.Sebab biasanya bila dah ada basic skolah rendah Cina, budak2 dah boleh fluent jugak cakap bahasa Cina. Apa yang penting, aku taknak the kids masuk Asrama. Aku selalu dengar parents cakap masuk skolah asrama bagus, sebab boleh independent, lagi mesti boleh score sebab asyik study je. But kenape aku taknak diorang masuk asrama? Sebab bagi kami, budak2 boleh juga belajar independent kat rumah. Yang penting, parents kena disiplin dan ajar anak-anak. Aku pernah duduk asrama. Laki aku budak harian. Tapi die jauh lebih independent dari aku. Dan study die lebih bagus dari aku.
Selain itu, bila the kids sekolah harian, lagi senang nak control dan tengok perkembangan. Lagipun aku taknak die terperap dalam kawasan skolah asrama je. Dan lagi satu pendapat kami, bila lepas SPM nanti pun diorang akan pergi jauh juga dari keluarga (maybe masuk Universiti overseas ke etc), so masa sebelum 18 tahun, seelok-eloknya spend time dengan family sebanyak yang mungkin. Sebab lepas university nanti tatau mereka akan jadi apa, mungkin kerja jauh, dahtu berkahwin dan pastinya semakin jauh dari family.

(Dari semasa bersekolah rendah) Selain bersekolah dan pergi buat aktiviti sekolah, kitorang nak the kids buat 3 jenis aktiviti luar iaitu:
- Martial art. tak kira belajar silat ke, taek won do ke, Kendo ke..
- Sports. Paling bagus, swimming. Atau yang lain seperti bolasepak atau basketball, depends dengan minat anak.
- Entertainment. Seperti piano, guitar, drum, dancing dan sebagainya. Ataupun kalau mereka berminat nak belajar language lagi, pun boleh juga. Japanese, French, Arabic etc...

Ini bertujuan untuk meng'expose'kan mereka kepada perkara-perkara fun yang mereka boleh lakukan. Supaya mereka mendapat idea walaupun sedikit, apa yang mereka hendak lakukan bila besar nanti.

Kalau kat rumah, kena ada disiplin jugak. Hanya boleh gunakan internet selama 2 jam dalam satu hari. Homework kene habiskan sebelum nak main internet. Aku taknak anak terlalu leka dengan internet, apatah lagi dengan adanya application macam Facebook, games dan sebagainya sekarang ni pasti anak-anak cepat leka.

Pastu satu lagi NO HANDPHONE! Until hmmmm...bila masa yang sesuai untuk ada hp ek? Mungkin dibenarkan ada handphone bila Form 4 kot. Itupun depends. Lagi kalau anak ada kelas/aktiviti kat luar, mungkin hp dipinjamkan sebentar dengan anak supaya senang nak call diorang. Pastu hp ambil balik bila dah balik rumah. Hp pun memberi influence yang besar terhadap bebudak. Lagipun diorang mesti ada hp pun untuk apa? paling-paling bersms atau berkontek dengan kawan-kawan dan juga boyfriend/girlfriend. Pastu duit banyak dihabiskan beli kredit. No No No No and No.... umur macamnilah kene diajar berjimat cermat walaupun ibubapa memang berkemampuan.

Lagi pasal duit belanja pula. Ini contohlah, masa sekolah rendah mungkin beri duit setiap hari. Tataulah ikut keadaan ekonomi masa tu la. seringgit ke 2 ringgit ke sehari. pastu sekolah menengah plak mungkin beri duit belanja untuk setiap bulan, contohnya RM50-RM70 setiap bulan. Jadi, diorang kene pandai-pandai guna duit tu dalam masa yang ditetapkan. Sebab kalau habis sebelum sampai waktunya, NO duit extra. so kat sini diorang dapat belajar financial management.

Ini semua adalah perancangan kami berdua untuk anak-anak kami dengan harapan kami dapat melaksanakannya suatu hari nanti. Yelah kadang-kadang benda yang dirancang pun tak semestinya akan betul-betul dilaksanakan. Kita cuma manusia. Tetapi it's very good to have a plan daripada langsung takde plan. Tak boleh jugak. Hancus nanti. Hehe...elok jugak aku jot down planning kat sini, mana tau suatu hari nanti aku nak refer balik apa yang aku dah plan. =)

Anak kembar ku Rais Dasuki & Rina Dasumi

3 comments:

  1. Pandangan jauh...sampai si Lais kaweng..

    Semoga diberkati hajat dan niat ya Dy..

    :)

    ReplyDelete
  2. ada satu g yang patut n sangat2 penting utk di amik beratkan dalam mendidik anak, iaitu didikan agama nya..ITU AMATLAH PENTING..

    ReplyDelete
  3. yett: hopefully. its just a plan..
    anonymous: of course agama is penting as well, takperlulah nak dicerita semua. semuanya ada di dalam plan. apa yang dicerita di atas adalah salah satu drpd plan yang aku n husband borak. kang panjang pulak entri. =))

    ReplyDelete