Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya 2010


So hows your raya? Mesti meriah kan. Sesapa kat kampung pastinya lagi meriah dari yang di bandar. Hari Raya aku macam hari raya tahun-tahun sebelumnya juga. Tak banyak beza. Cuma sudah 2 tahun aku beraya dengan anak. Kalau dedulu raya berdua senang nak pergi beraya ke rumah kengkawan. Dah ada anak ni memang agak susah sikit. Kene ikut time anak la kan. Pastu kene hangkut mak bapak beg.

Tahun ni aku beli je baju raya yang dah siap. Biasanya aku mesti tempah kat tailor favorite aku. Ntahlah, mungkin aku rasa beli lagi murah dari tempah kot. Tapi bila dah beli ada sedikit rasa tak puas hati. Hahaha..Tahun ni memang simple sangat. Lagipun aku takde masa sangat nak survey-survey baju raya. Rasanya tahun depan aku tempah balik je la kot, kukukuku...

Aku balik Miri dengan si kecik dan maid aku beberapa hari before raya. Si hubby balik dua hari sebelum raya. Tu pun kebetulan diorang kene kasi cuti sebab masih dalam training. Kalau tak, ada kemungkinan takde cuti raya tahun ni. Seperti biasa aku mesti order kek lapis untuk family aku dan si hubby. Dulu aku tempah yang kat KL tapi merasalah kau nak bawak balik Miri naik belon. Sebijik kek dah berapa kilo! So kali ni aku order dari orang Miri je, nama dia Kak Faridah orang Pujut 4. Kalau nak no die pm je aku. Aku paling suka Chill Cheese Cake Oreo. Yang lain aku order rasa kek lapis biasa ler. Sama je rasa semua kek lapis tu. Beza cuma colour dan design je hehehee...


Raya kali ni aku tak visit rumah orang banyak sangat. Sedikit susah sebab anak dah umur setahun lebih. Kalau tahun lepas baru umur 6 bulan, amatlah senang. Baring je atas sofa die tak ke mana pun. Sekarang, adoiii...kene kejar sana sini dahtu kene berjaga takut die kacau segala balang-balang atas meja, dengan gelas air lagi...Mampus aku kalau pecah barang rumah orang. Tapi kadang2 aku amat hairan dengan tetamu yang datang beraya rumah bawak anak kecik, rilek je mak bapak die biar anak die kacau barang rumah orang. Caner tu ek? Makbapak die siap leh borak baik punya, takde nak jeling-jeling anak tu. Yelah kalau anak duduk diam takpelah jugak. Anak diorang dah pegi keluar masuk bilik rumah orang, panjat kerusi/sofa, berkejaran sana sini....emm... agaknya sampai ada barang pecah baru nak tinggi suara kat anak kot? Tak faham, tak faham. Nasib baik gak aku ada maid, dan maid aku tu alhamdulillah orangnya baik dan suka budak jugak. So die la yang dok kejar dan entertain anak aku kat rumah orang.

Apapun terima kasih kepada rakan-rakan/sanak saudara yang menjemput ke rumah terbuka mereka. Maaf kepada mana-mana yang kami tak dapat datang. Satu je lagi aku menunggu sehingga hari ini, bila lagi kitorang nak beraya rumah sendiri. Hehehe.. Aku teringin nak menghias rumah, buat kek dan kuih, menunggu tetamu datang, buat open house.... =p

Keluarga aku

Keluarga si hubby


Thursday, September 9, 2010

Syawal telah tiba

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta para pembaca blog ku yang setia. Semoga Syawal kali ini lebih meriah dan memberi banyak makna serta kenangan kepada anda semua. Kami memohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap, terkasar budi bahasa yang pernah terbuat tanpa disedari, sesamalah kita bermaafan di Hari Raya yang mulia ini.

Selamat Hari Raya!!

Raya tahun lepas, baju pun warna coklat sama tahun ini, si kecik masih 6 bulan

Tuesday, September 7, 2010

Tips: Packing for Travel

Aku dah sampai pun kat Miri untuk cuti berhari raya bersama keluarga. Memang penat nak packing barang. Baju lebih banyak dari biasa sebab perlu tambah baju raya beberapa pasang. Sapa buat baju raya 10 pasang, kene tambah extra 10 pasang. Kasut pun kene bawak extra sikit.

Baju2 kurung aku semuanya kat KL. So kalau balik beraya memang kene bawak banyak. Baju kurung yang ada di Miri hanyalah set baju yang zaman dulu kala, zaman sekolah dan juga zaman universiti. Dan kebanyakannya mak aku dah sedekah kat sapa-sapa ntah.

Duit raya dah siap sedia. Cantik je duit baru tersusun rapi. Rasa macam sayang je nak guna. Eh tapi memang dah niat pun nak kasi kat mak bapak, nenek, cousin yang masih bersekolah, anak-anak buah...

Duit raya from aku and si hubby

Post kali ni bukanla nak crita tips ape pun. Saja nak tunjuk caner aku packing barang setiap kali traveling. Yela aku kan memang kaki traveling. Hampir setiap bulan pasti travel naik turun belon (airplane). Lagipun of cos memasing ada cara nak pack barang kan supaya senang kerja nanti. Takdelah tercari2 hilang sana-sini.

Amenities bag si kecik

Since kat rumah Miri dah ada shampoo dan shower cream for si kecik, jadi aku takperlu bawak from KL. Kecuali kalau travel ke tempat lain, barulah kene bawak saiz kecik. Dan lagi kene bawak berus cuci botol dan liquid wash untuk botol.

Luggage bag si kecik
Bawak diaper sikit je sebab nanti beli kat Miri


Mekap bag mama (complete)

Amenities bag mama

2 in 1 beg Doraemon + Beg mama

Baby bag ni hubby beli kat Aussie masa aku masih preggy dulu. Cukup luas dan trendy jugak. Oh, saja je nak promo, Angelina Jolie pun pakai beg ni. (Sebab tu aku beli, chehhh..) Oh brand dia Storksak. Barang-barang si kecik wajib ada dalam beg ini:
1) Susu
2) Air panas
3) Botol susu x 1
4) Botol air suam untuk minum
5) Container buah
6) Container assorted baby biscuits
7) Pacifier
8) Diaper x 2
9) Baju & Seluar extra
10) Baby wipes
11) Sanitizer
12) Tuala lap
13) Buku
14) Mini drawing board
15) Toy car
16) Sudu
17) Stitch hand

Mama's section:
1) Wallet
2) Handphone
3) Passport maid
4) Passport si kecik
5) Tiket flight
6) Compact powder
7) Lipbalm
8) Lipstick
9) Lipgloss
10) Sikat
11) Dentyne
12) Pen
13) Tissue

Luggage bags dan kotak yang dah siap sedia nak travel balik Miri!

Outfit naik belon: Loose top from The Long Sleeve Closet,
Ruched check skinny pants from Nichii,
Black heels from Charles & Keith,
Accesories from Diva

Si kecik dah ready tolak beg!

Sunday, September 5, 2010

I love my job

Hey, jangan ingat aku surirumah sepenuh masa! Di samping menjadi surirumah tangga (formal nye ayat aku), aku juga buat freelance design untuk company lama aku iaitu A To Z Language Centre. Promo jap: Sapa minat Jepun, bolehlah belajar bahasa Jepun kat language centre ni. Cikgu cikgi die memang best! Principal aka boss aku tu sangat baik orangnye, lemah lembut dan paling penting she is beautiful! Promo lagi: Nanti bulan December ATOZ ada menganjurkan Winter Course seminggu di Tokyo! Dalam masa seminggu tu korang akan belajar bahasa Jepun (ikut level masing-masing) dan juga ada banyak aktiviti yang dah disediakan untuk korang termasuklah pegi berlibur di Disneyland!! Tak ke masyukk tu? Tapi website tak kluar lagi pasal Winter Course ni, aku promo siap-siap.


Berbalik kepada tajuk di atas, Jumaat lepas aku attend meeting kat ATOZ. Staff meeting diorang buat every first Friday of the month la. Boss aku suruh aku datang setiap meeting supaya aku tau gak perkembangan office. Lepas meeting aku meet up dengan Japanese Teacher yang ajar Malay conversation ngan student Japanese. Terrer siot Mizuki san cakap Malay. Campur2 slang KL plak tu. Hehehe..Die ambik course pasal Malay Language masa kat universiti di Jepun dulu. Aku tolong die buat design untuk BM Lesson die. Sometimes she asked me lots bout Malay Language. So kitorang berborak dalam 3 bahasa, English, Japanese and Malay. Meletops!!

Anyway semua orang busy jadi taksempat and terlupa pulak nak ambil gambar dengan Mizuki san. Lainkali aku amik gambar.

Seperti biasa gambar outfit wajib ambil sebelum gerak ke office.

I'm wearing turqoise dress from Japan,
stripe cardigan and skinny jeans from Nichii,
black+turqoise heels from Vincci,
floral waist belt from A Model Xcess,
necklace from Diva,
unbranded bangles



I bought these super cool floral waist belts from online boutique A Model Xcess. Diorang ada boutique baju as well called A Model Studio. Kadang2 aku beli baju cantik-cantik with affordable price from this boutique. Check them out!

Saturday, September 4, 2010

Hari Sempoi je

Gi kluar membeli some accesories kat Diva, One Utama. Dah lama jugak aku tak beli accesories.. balik2 pakai mende yang sama je. Malas nak stylo sangat so kire sempoi je outfit time ni.

Lupe nak book restoran awal untuk berbuka puasa makanya semua dah penuh. Jadi in the end terpaksa booking Chilli's untuk jam 8:30 malam je. Si Hubby bukak puasa makan Auntie Anne's je dulu. Aku lak takpat posa. Kat Chilli's aku order rib+rice dengan chocolate shake... tapi takpat lawan ribs kat Tony Romas lah...


Seperti biasa barang wajib dibawa kalau si kecik ikut keluar bersama ialah portable DVD Player, DVD Barney dan kereta2 kecik die. Tapi tetap jugak suka menjerit2 dan taklayan DVD. Macam tak guna je bawak.

Printed chiffon top from Japan, pink cardigan from Nichii,
denim grey leggings from Bebe, beaded waist belt from Bandung,
Slingbag from Coach


Vincci black sandal

Wednesday, September 1, 2010

10 to 2 at Jalan TAR



Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Masjid India. Dua jalan ni adalah jalan wajib dikunjungi setiap kali bulan Ramadhan. Kat sinilah tempat paling senang nak carik baju melayu, baju kurung, songkok, tudung, brooch, biskut raya, segala bapak kain dan sebagainya semua untuk Hari Raya. Aku datang sini sebab nak carik songkok si kecik, baju Melayu si hubby, baju kurung yang mak aku pesan dan lagi aku nak ambik baju kurung yang aku beli tapi aku suruh tailor aku yang kat Pertama Complex tu tambah manik sikit.


Tapi paling best pegi Jalan TAR ni kalau takde bawak budak. Sebab kesian tengok budak kecik, dahla hari panas terik, jalan himpit2, hari Isnin pun orang penuh sesak, gerai kiri kanan and very close to each other. Stroller si kecik pun kitorang tak bawa sebab susah nak tolak kat area tu. So si hubby je yang dukung si kecik all the way..

F21 printed top, Cotton On green spaghetti strap dress,
unbranded white tube dress turned skirt, Vincci pump shoes,
unbranded bangles, Coach slingbag

Shitake Mushroom

Tanpa membuang masa aku cepat-cepat je ambil gambar bila ternampak ini!

Cuki The Shitake Mushroom

Cartoon ni dilukis oleh Farah (cousin si hubby) kat si kecik punyer DoodlePro drawing board. Sangat comel dengan rambut hitam lebat macam shitake mushroom. Farah memang terer melukis! Thank you Auntie Farah!