Beberapa post selepas ini adalah dalam Bahasa Melayu sebab aku nak senang dan cepat. Dah lama tak update blog jadi semua nak cepat. Masa tak mengizinkan. Kalau memblog dalam English memang mau berjam-jam sebab nak kene pikir ayat dengan grammar yang betul lagi dan sebagainya. Kebelakangan ni amat sibuk, selepas pindah rumah, sibuk mengemas balik ke kampung halaman. Lepas tu pulak sibuk menguruskan Majlis Aqiqah dan Birthday Party Si Kecik itu.
Kami 3 beranak pulang ke Miri bersama dengan PakNek dan MakNek si Kecik, mentua ku (Kejap, mertua ke mentua?). Si Kecik seronok semasa di KLIA, berlari sana sini mentang-mentanglah dah pandai berjalan. Memang penat mengejarnya dengan berhigh heel. Tak apa, janji "ngesep" mengejar pakai kasut tinggi pun kejarlah...
Aku risau juga bagaimana gelagat si Kecik dalam flight. Dacchi memang susah duduk diam. Paling-paling duduk diam pun beberapa minit saja kemudian dah nak turun atau kacau barang yang berdekatan. Aku dah pun belikannya buku-buku bacaan yang besar. Tapi nasib baik sebaik sahaja take off, tak sempat pun nak hiburkan Si Kecik dengan buku barunya, dia terus terlelap sehingga dekat nak landing. Alhamdulillah kami dapatlah tenang rilex di dalam flight. Tidaklah sakit kepala nak melayan kerenah Si Kecik.
Berlari-larian di KLIA
Dah kegilaan membuat muka jaik setiap kali bergambar (muka jaik dalam bahasa Melayu apa ya?)
Selepas bangun tido bermain dengan PakNek di kerusi belakang
Buat muka favorite lagi