Wednesday, July 14, 2010

Tips untuk Kaum Perempuan


- Sekiranya bekalan elektrik putus di rumah anda

Jangan panik! Kalau anda duduk sorang diri ke atau kat rumah takde orang lelaki ke, sila ikut langkah2 ini:
1) Pergi ke main switch box - benda alah ini biasanya lekat kat dinding berdekatan dengan pintu utama rumah anda
2) Ada banyak switch. Cari switch utama (biasanya kalau elektrik terputus switch utama ini akan berada dalam posisi turun ke bawah)
3) Tolakkan switch utama ini ke atas. Lihat apa yang berlaku.

Sekiranya elektrik masih putus, mungkin bermakna seluruh kawasan rumah anda mengalami terputusnya bekalan elektrik.
So tak ada choice kene tunggu dalam gelap dan panas (kalau malam).

Sekiranya elektrik ada, dan selepas beberapa minit pun masih ada, it should be fine.

Tetapi sekiranya terputus kembali, cuba push lagi ke atas, dan kemudian selepas beberapa saat, terputus lagi (berulang kali) ini mungkin bermakna ada short circuit pada mana-mana barangan elektrik di rumah anda.

Bila terjadi keadaan begini, anda perlu buat trouble shooting sendiri.
Tak perlu terus call electrician dan buang duit bayar service mereka kerana anda mungkin dapat menyelesaikan sendiri masalah elektrik terputus itu. Dan juga kalau malam, anda tak perlulah bergelap dan berpanas sampai esok pagi (kerana mungkin electrician tak kerja waktu malam so kene tunggu siang).

Elektrik terputus atau short circuit kemungkinan disebabkan ada barangan elektrik yang rosak.

Apa anda perlu buat untuk trouble shooting sendiri:

Pertama sekali, check dengan seluruh ahli keluarga atau housemate ada tak sesiapa yang sedang memasang plug barang elektrik semasa terputusnya bekalan elektrik.

A>> Jika ada, contohnya ada orang hendak memakai seterika dan semasa memasang plug, elektrik terputus.
Buat langkah2 ini:

1) switch off seterika tersebut
2) Switch On kembali Switch Utama kat Switch box dengan tolak ke atas. 3) Sekarang, on kan plug seterika.
Sekiranya bekalan elektrik terputus lagi tiba-tiba, ini bermakna seterika itu rosak (mungkin wayar ke ape ke aku pun tatau).
So jangan guna seterika itu lagi. Maka dengan ini anda dah tau apa punca elektrik terputus. Jadi tak perlu panggil electrician.

B>> SEKIRANYA tak ada sesiapapun ahli rumah atau housemate yang sedang memasang barangan elektrik semasa putus bekalan itu berlaku, anda perlu buat langkah2 ini pula:

1) Switch off kesemua plug/lampu/kipas di dalam rumah anda. Kalau malam, gunalah torch light. (Sila pastikan torch light sentiasa ada dalam simpanan, dengan battery yang masih elok!!)
2) Switch On Switch Utama di Main SwitchBox.
3) Sekarang On setiap plug/lampu/kipas satu persatu.
Sebagai contoh sekiranya salah satu lampu di ruang tamu sebenarnya yang rosak, tatkala anda switch on lampu tersebut, bekalan elektrik akan terputus lagi.
4) Cuba sekali lagi, matikan lampu tersebut, On Switch Utama kemudian On lampu itu lagi, kalau elektrik terputus lagi maksudnya memang lampu itu yang mengalami masalah (mungkin wiring ke).

Contoh lain sekiranya wiring automatic gate yang bermasalah, bila anda On switch gate itu, elektrik akan terputus. Cuba dua tiga kali kalau terputus jua memang sah itulah masalahnya. So anda bolehlah memanggil Encik Gate untuk fix masalah wiring tersebut. Maka, buat sementara waktu kene tolak auto gate secara manual. (Kisah benar, ini berlaku hari itu di rumah kakak ku)

Nota: Perempuan jangan panik. Dengan pengetahuan yang ada anda boleh menyelesaikan masalah di rumah anda.
Gambar dari Google
Add Image

5 comments:

  1. Marek bok mek org sikda elektrik. First time!! nervous juak aku sikda elektrik masa summer sitok, hehe.

    ReplyDelete
  2. pandai nyer....kitak dy
    kamek pernah jadi koh.
    tepon bapak tanyak apa nak polah.
    exactly macam tok lah instruction nya
    masa ya hubby kamek travel.
    terpaksa punya pasal

    ReplyDelete
  3. duh mun di luar negara siktauk ku, adakah sama juak concept electricity kat sinun ngan mesia. hehe... aok eh aku pun sebenarnya kol Wandy nanyak apa perlu polah hahaha...

    ReplyDelete
  4. dy...kamek nak request kitak polah entry pasal cara carik rumah di KL boleh? haha..mun dapat lah.

    ReplyDelete
  5. nur...pasal cari rumah macamne? rumah sewa? rumah beli? condo? umah tanah? hehe...

    ReplyDelete